BAB 79

Romance Completed 439027

" Macam mana keadaan cucu saya,doktor ? " tanya Mak Tok.Berita cucunya yang masuk ke hospital akibat dipukul sungguh menyedihkannya.Tangan tua itu mengenggam erat jari jemari Adam.

" Alhamdulillah,dia semakin baik.Sekarang kena bagi dia rehat.Nanti,mak cik boleh datang melawat dia lagi." ujar doktor cina itu.Mak Tok hanya sekadar mengangguk lalu meminta izin kepada penjaga penjara di situ.

Dia ingin bersama cucu kesayangannya itu seketika.Air mata yang mengalir dikesat menggunakan tudung.Adam yang pelik dengan sikap neneknya itu segera menegur.

" Mak Tok,kenapa nangis ni ? " tanya Adam tidak tahu.

" Tak ada apa lah.Adam dah cium abang Amin ke ? " tanya Mak Tok.Adam menggeleng laju lalu segera mencium dahi Amin lembut.

" Along,nanti cepat sihat tau.Boleh kita main sama-sama lagi.Bosanlah Along tak ada.Kasihan Mak Tok." petah sungguh kanak-kanak itu berkata.

" Mak Tok,kenapa tangan Along kena ikat ? " tiba-tiba sahaja soalan itu keluar daripada mulutnya.Orang tua itu buntu.Apa jawapan yang harus dia beritahu.

" Tak ada apalah.Jom kita balik,dah lewat ni.Esok,kita datang lagi." kata Mak Tok seraya menarik tangan kecil itu untuk beredar.Malam semakin larut.Nasib baiklah ada Pak Hassan.Jiran yang paling rapat dengan orang tua itu.Dapatlah mereka menumpang Pak Hassan.

Mikayla berdiri menghadap luar jendela sambil matanya memandang tepat ke arah jalan raya yang suram.Pandangannya entah kenapa terasa kosong sekali.Sesekali dia menjeling ke arah wanita tua itu yang kelihatan penat sekali kerana menjaganya.

Dibiarkan sahaja Mary Jonson berehat di atas sofa yang telah disediakan.Dengkuran kecil kedengaran.Dia bercadang untuk berjalan-jalan di sekitar hospital itu memandangkan matanya tidak dapat dilelapkan walau sesaat.

Dia membuka pintu perlahan.Bimbang tidur Mary Jonson terganggu dek bunyi bising.Kepalanya di toleh kiri dan kanan mencari seseorang.Namun hampa,kelibat Tengku Haqiem masih tidak kelihatan.

Kebanyakan penghuni hospital itu sudah berehat dan ada yang sedang tidur.Hanya beberapa orang pelawat sahaja yang masih berada di cafe tersebut.Mungkin mahu menghilangkan ngantuk.

Teriakan dari arah luar pintu kecemasan mengejutkan gadis itu.Segera wajahnya dipalingkan.Kes apa pula kali ini.Matanya menangkap satu sosok tubuh yang paling dia kenali.Tubuh itu terbaring kaku dengan wajahnya berlumuran darah.

Hampir gugur jantungnya melihat keadaan suaminya itu.Lututnya tiba-tiba terasa longgar.Segera dia mengejar pasukan petugas yang sedang berusaha membawa mangsa ke unit kecemasan walaupun keadaannya yang sakit.

" Abang ! " jerit gadis itu sehingga banyak mata-mata yang memandangnya pelik.Tidak peduli lagi segera dia mendapatkan suaminya.Belum sempat dia berbuat demikian,lengannya ditarik oleh seseorang dari arah belakang.

" Abang Fir." teriak Mikayla sambil menangis tersedu sedan.

" Bawa mengucap,Kayla.Sabar." nasihat Aiman Firdaus.

" Apa dah jadi ? " tanya Mikayla.

" Haqiem excident tadi.Masa abang Fir nak balik,abang Fir nampak kereta Haqiem terbabas langgar pokok." cerita Aiman Firdaus.

" Allahuakbar.Kayla nak suami Kayla.Kayla nak dia.Tolonglah,bawa Kayla pergi jumpa dia." rayu gadis itu.Terduduk Mikayla dibuatnya.

" Puan ni isteri kepada Tengku Haqiem ke ? " tanya jururawat yang baru keluar daripada unit kecemasan itu.

" Ya saya isteri dia,doktor.Macam mana keadaan dia ? Boleh saya jumpa dia ? " bertubi -tubi soalan yang dilontarkannya.

" Buat masa ini belum lagi.Saya minta puan bersabar dan menunggu sampai doktor kami merawatnya ya." kata jururawat itu lalu meminta izin untuk pergi.

" Ya Allah,abang Fir.Macam mana ni ? Kayla nak buat apa sekarang ni ? Ya Allah kuatkanlah semangat ku." doa Mikayla.Air matanya laju menuruni pipinya.

" Istighfar,dik.Inshaallah Haqiem akan selamat.Kita tunggu je keadaan dia nanti." pujuk Aiman Firdaus yang melihat gadis itu sudah tidak keruan.Wajahnya pucat lesi.

" Kayla minta maaf,abang." laung Mikayla dari arah luar pintu itu.Dia menekup wajahnya.Dilepaskan segala tangisannya di situ.Teresak-esak dia.

Berita itu benar-benar sangat mengejutkannya.Hampir gugur jantungnya melihat.Mikayla meminta izin untuk ke surau hospital seketika.

Usai solat sunat,dia turun ke bawah untuk menunggu keadaan semasa suaminya itu.Walaupun Aiman Firdaus melarang,gadis itu tetap berdegil untuk menunggunya.

" Kayla berehat dulu.Mesti doktor cari tu.Kayla kan tak sihat lagi.Biar Abang Fir tunggu Haqiem dekat sini.Apa-apa Abang Fir bagitahu ya." pujuk Aiman Firdaus yang melihat keadaan gadis itu sangat lemah.

" Tak apa Abang Fir.Kayla boleh tunggu dekat sini.Abang Fir jangan risau ya." balas Mikayla sayu.Pada masa yang sama,dia tetap menoleh ke arah unit kecemasan itu.

Selang beberapa minit sahaja kelihatan seorang doktor keluar dari situ.

" Puan Mikayla ya ? Kenapa puan dekat sini lagi ? Puan kan tak sihat lagi." kata doktor itu lagi.

" I'm okay doctor.Don't worry.Macam mana keadaan suami saya ? "

" Keadaan dia masih tidak stabil lagi.Pendarahan pada kepalanya agak teruk.Jadi,dia memerlukan masa untuk pulih semula.Inshaallah,dalam dua tiga hari ni dia akan sedar.Banyakkan bersabar ya." nasihat doktor itu lalu masuk semula ke dalam unit itu.

Mikayla terduduk di kerusinya semula.Dia menarik nafas panjang lalu menghembusnya perlahan.Cuba mengumpulkan semangat yang ada.

" Kayla pergi rehat dulu.Esok pagi,kita lawat dia ya ? " pujuk Aiman Firdaus lagi.Kali ini gadis itu tidak membantah sebaliknya dia mengangguk tanda setuju dan naik semula ke biliknya.Pasti Mary Jonson sedang mencarinya.

Matahari mula menampakkan bayang-bayangnya.Kedengaran bunyi burung berkicauan sungguh menyegarkan suasana pagi.Walaupun cuaca cerah tetapi angin yang menyentuh lembut kulitnya sungguh sejuk.

Mikayla bangun daripada katilnya sambil dibantu oleh Mary Jonson.Sesekali dia meringis kesakitan.Namun,cuba ditahannya.Dia mahu berjumpa dengan suaminya.Rindu pada lelaki itu.

" Awal bangun." kata Aiman Firdaus yang tiba-tiba muncul.Terkejut gadis itu dibuatnya.

" Nak jumpa abang." balas Mikayla ringkas.

" Abang macam mana ? " tanya gadis itu tidak sabar.

" Doktor pindahkan dia dekat wad hujung sana.Jom abang tunjukkan." pelawa Aiman Firdaus.Gadis itu sekadar mengangguk.

Pintu yang dilabel nama 'Tengku Haqiem bin Tengku Kamal' dibuka dengan perlahan.Hanya bunyi mesin pernafasan sahaja yang kedengaran.Air matanya sudah tidak dapat ditahan lagi.

Mary Jonson dan Aiman Firdaus meminta izin untuk menunggu di luar bagi memberi ruang kepada mereka berdua bersama meluangkan masa.Mikayla menapak ke arah sekujur tubuh yang masih tidak sedarkan diri.

Dia duduk di kerusi yang disediakan lalu mencapai tangan lelaki itu.Dikucup tangan kekar itu lama.Bibirnya pula beralih ke dahi suaminya pula yang kelihatan pucat.

" Assalamualaikum,abang.Sayang ni."

" Abang bila nak bangun ? Sayang rindu sangat-sangat dekat abang." Mikayla menarik nafas sebelum menyambung bicaranya.

" Bangunlah abang.Sayang nak peluk abang.Sayang nak abang bangun sekarang.Abang tak kesian dekat sayang ke ? "

" Sayang tahu abang boleh dengarkan apa yang sayang cakap ? Maafkan sayang,abang.Sayang tahu sayang banyak dosa dengan abang.Tolonglah bangun."

" Sayang janji dengan abang,sayang akan ikut apa yang abang cakap.Kita pergi Australia ya? Abang kan nak tengok sayang sihat macam dulu."

" Tapi,sekarang ni abang kena kuat.Sayang nak abang bangun.Kita sama-sama hidup bahagia as wife and husband.Sayang tahu sayang ni terlalu ikutkan perasaan.Sayang degil.Selfish.Janji sayang tak akan buat lagi."

Mikayla menangis tersedu-sedan di dada bidang lelaki itu.Keadaan Tengku Haqiem masih sama.Hanya bergantung kepada alat pernafasan.Dahinya dibalut menggunakan kain.Manakala,kakinya disimen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience