" Semua diminta berkumpul.Kita ada sedikit taklimat daripada boss kita semua,Tengku Haqiem.Saya tak nak dekat belakang sana ada yang berbual dan sebagainya. " panggil Encik Musa seraya menepuk kedua-dua belah tangannya bagi menarik perhatian para staf yang lain untuk berkumpul.
Masing-masing membuat muka pelik.Taklimat apa lagi yang mahu disampaikan.Selalu Encik Musa yang ditugaskan untuk memberi tentang beberapa info atau taklimat ini pula bos atasan yang berbuat demikian.Mereka menurut perintah lalu segera berkumpul dan berbaris panjang.
" Hai dan assalamualaikum semua. " ucap Tengku Haqiem ceria.Bukan senang nak lihat lelaki itu gembira pada suatu masa.Masing-masing menjawab salam dengan penuh semangat.
" Saya nak kenalkan.Meet my wife,Mikayla binti Mustapha. " kenalkan Tengku Haqiem sambil menarik tangan gadis itu lalu memeluk bahunya erat.Jelas kelihatan kecomelan mereka berdua.Seorang bertubuh tegap dan sasa dan seorang lagi kecil-kecil cili padi.
Hampir terbuntang biji mata mereka apabila mendengar pengakuan daripada lelaki itu.Sehinggakan ada yang melopong membuat bentuk ' O ' .Mereka berbisik sesama sendiri dan ada yang suka dan ada yang tidak.
" Saya tak nak dalam tempat saya ada yang suka mengumpat dan sebagainya.Saya paling tak suka orang macam itu.One more thing,saya tak nak kau orang berani sentuh dia walaupun sehelai rambut dia gugur.Kalau kau orang rasa nak kena dibuang kerja,dipersilakan. "
" Saya ada berita baik untuk awak semua.Mulai bulan ini,saya naikkan gaji kau orang jadi dua kali ganda.Sebab,apa yang saya pantau,alhamdulillah pencapaian kilang di sini sangat memberangsangkan.And next week,ada orang yang akan buat lawatan.So,make sure patuh pada arahan.Faham ? " tegas Tengku Haqiem.Tangannya masih mencengkam bahu isterinya.
Mereka semua mengangguk tanda faham.Mikayla hanya mencemburutkan bibirnya melihat suaminya itu.Dia cuba mengawal emosi daripada sesiapa yang melihatnya.
" That's all." kata lelaki itu lalu lekas menarik tangan gadis itu keluar.Yang lain sudah beransur dan sedia untuk mula bekerja pada hari itu.
" Nak pergi mana ni ? " tanya Mikayla yang menolak tangan lelaki itu.Namun,masih tidak berganjak.
" Breakfast la sayang oi.Tak lapar ke ? " tanya Tengku Haqiem sambil tersenyum.
" Saya tak laparlah.Dah masuk waktu kerja ni.Nanti,Encik Musa dan Encik Amin marah saya.Lepaslah." marah Mikayla.Terjegil matanya melihat.
" Sekarang siapa boss awak ? Anggap je ni arahan daripada majikan awak merangkap suami awak.Dosa tau kalau tak ikut arahan suami." usik lelaki itu sambil ketawa.
" Fine ! " jawab Mikayla kasar lalu membuntuti langkah Tengku Haqiem berjalan ke arah gerai yang berdekatan.Tangan mereka masih berpegangan seperti itu.Erat.Tidak pula Mikayla membentak.
" Do you love me ? " tanya Tengku Haqiem tiba-tiba sambil melihat ke arah anak sungai yang berada di tepi mereka.
" No." jawab Mikayla sepatah.Dia tidak memandang ke arah suami.Dingin sahaja Mikayla yang sekarang ini.Dulu,dia seorang yang manja dan sangat ceria.Namun,segalanya telah berubah.
" Why ? " tanya Tengku Haqiem pula.Masih tidak mengalah.
" I hate you." balas Mikayla kasar.Tengku Haqiem memandang ke arah isteri yang berada disebalahnya lalu menguatkan pegangan tangan.Tidak mahu dilepaskan.
" But I love you.Can you give me one more chance ? " pujuk Tengku Haqiem.Tangannya beralih kepada pinggang Mikayla.Segera gadis itu menolak.
" Malu lah nanti orang kampung pandang.Dia orang tak tahu lagi yang kita ni dah kahwin." Mikayla ralit memandang ke arah sekeliling.Risau kalau ada yang membawa mulut.
" Sayang.I'm sorry.I want you in my life.I just want you." pujuk Tengku Haqiem sayu.
" Sudahlah.Saya malas la nak dengar.Dekat depan tu ada gerai roti canai.Kita makan dekat situ." ajak Mikayla lalu merungkaikan pergelangan tangan Tengku Haqiem lalu berlalu pergi.Lelaki itu hanya mengeluh perlahan lalu mengikuti langkah isterinya dari arah belakang.
" Mana Amin ni ? Batang hidung pun tak nampak.Tak pernah-pernah macam ini." rungut Nurul sendirian.Selalunya,lelaki itu akan sampai dulu dari dia atau kadang-kadang mereka akan pergi kerja bersama-sama.Namun,hari itu kelibatnya langsung tiada.
Dia mengambil telefon bimbitnya di dalam poket baju kerja.Dia menekan punat 'call' lalu menekapkannya di telinga.Tiada jawapan.
Dia berfikir seketika.Apa yang berlaku?
Dia mengetap bibirnya cuba mencari idea.Gadis itu bercadang untuk pergi ke rumah lelaki itu untuk berjumpa dengan sahabat baiknya.Risau kejadian tidak diingini menimpanya.Dia menyambung kerjanya semula.
"Woi,Ain.Kau rasa kan si Kayla dengan boss kita kahwin tu mesti ada sebab kan ? " tanya Bella tiba-tiba.Dia mencalit sedikit gincu merah di bibirnya yang besar.Matanya ralit memandang cermin tandas.
" Bodoh betul soalan kau ni.Mestilah dia orang kahwin sebab cinta.Habistu sebab apa?" balas Ain pula.Kepalanya digelengkan.
" Maksud aku,mana lah tau dia orang kahwin sebab kena tangkap basah ke apa.Bukan sebab cinta.Miang kot." sindir gadis itu sambil mencebikkan bibirnya.
" Amboi mulut kau ni.Macam tak ada insurance kan ? Kalau dibuatnya Tengku Haqiem dengar,silap-silap kau kena buang kerja.Kau nak?" geram dengan sikap kawannya yang suka cakap lepas.
" Alah dia tak dengar punya.Aku nampak dia orang keluar tadi.Mesti ada benda yang disembunyikan.Tapi kan,handsome betul boss kita tu kan.Kalau lah dapat dekat aku,aku tak nak lepaskan dia.Dahlah kaya.Senang hidup aku." kuat betul minah ni bab berangan.
" Kau jangan nak cari pasal eh Bella.Dia orang tu dah kahwin.Kau lupa apa boss kita cakap tadi? Siapa berani kacau bini dia,habis lah.Kau jangan nak buat kerja gila." nasihat Ain.
" Alah.Rilex la.Aku tahu nak buat apa." sengih Bella bersedia untuk merancang strategi.
" Bang.Bagi roti telur dua dengan teh ais satu and kopi ais satu." pesan Tengku Haqiem kepada penjual di gerai itu.Mereka mengambil tempat di kawasan yang agak tersorok sedikit.Mahu menghidarkan diri dari panas matahari yang mula menampakkan dirinya.
" Kau tak tanya aku pun nak makan apa ? " soal Mikayla.Lelaki itu hanya tersenyum mesra.
" I know everything about you,Mikayla."
" Ceh yelah tu.Kalau tahu,apa favourite Kayla?"
" Tomyam seafood,right? Abang tahulah sayang suka sangat makan tu."
" Correct." jawab Mikayla teruja.Tanpa disedari,ada senyuman meniti di bibirnya yang halus.
" Sayang.Abang nak tanya boleh ? "
" Kita pergi Australia nak ? Abang ada kenal doktor pakar dekat hospital terkemuka dekat sana.Kita buat rawatan dekat sana.Nak tak?"
" No way " jawab Mikayla sepatah.Senyumannya mati.
" Why ? " tanya Tengku Haqiem tidak puas hati.Bukan apa dia terlalu risau dengan keadaan kesihatan gadis itu.
" Tak perlulah kau nak susah payah habiskan duit untuk aku.Aku ni bila-bila masa je akan mati.Sia-sia je."
Tersentak hati Tengku Haqiem.Dia mengenggam jari jemari gadis itu erat.Cuba memberi semangat kepada sang isteri.
" Allahuakbar.Sayang kenapa cakap macam tu?Abang tak suka tahu tak.Abang nak sayang sihat.Abang nak kita bahagia.Please." rayu Tengku Haqiem.Ada air mata yang bertakung di tubir matanya.
" Haqiem.Aku dah tak boleh mengandung.Aku dah tak boleh bagi kau zuriat.Kenapa nak bela perempuan macam aku lagi ? Kau pergi lah cari wanita yang boleh ada zuriat kau sendiri.Aku tak mampu."
" Siapalah kita nak melawan ketentuannya sayang? Abang dah cukup ada sayang dalam hidup abang.Inshaallah kalau ada rezeki mana tahu Allah beri kita keajaiban.Abang tak kisah semua benda tu.Yang penting,abang perlukan sayang dalam hidup abang.Abang dah separuh mati dah cari sayang dekat merata tempat.Dan alhamdulillah,Allah temukan kita dekat sini,sayang. " luah Tengku Haqiem.Sebak hatinya.
" Bagi kau sangat mudah Haqiem.Aku ni perempuan.Aku ada hati dan perasaan.Aku nak ada zuriat dan keturunan kita.Kau sama je macam lelaki dekat luar sana." balas Mikayla pula.Dia menarik tangannya semula selepas digenggam erat oleh sang suami.
" Please.Jangan anggap abang sama dengan lelaki di luar sana.Abang bukan macam tu.Abang lain sayang.Trust me." ikhlas benar lelaki itu menuturkan kata-kata.
" Bagi saya masa." jawab Mikayla sekilas.
Share this novel
Bella oiii..jgn cari pasal..