BAB 52

Romance Completed 438988

Hari ini,hari pertama gadis itu bekerja di sebuah kilang yang besar di hujung kampung.Setelah dia diterima masuk,semangatnya berkobar-kobar ketika itu.Tidak sabar rasanya dia hendak memulakan kehidupannya yang baru itu.

Pagi lagi dia sudah bangun dan membersihkan diri.Setelah menunaikan solat fardhu Subuh,dia menyarungkan uniform kerja ke tubuhnya dan memakai tudung bawal.Dia mencalitkan sedikit gincu ke bibirnya yang sedia merah.

Setelah bersalam dengan wanita tua itu,dia berjalan menuju ke arah tempat kerjanya dengan berhati-hati.Jarak antara rumahnya dengan kilang itu tidaklah terlalu jauh.Cuma hari itu,dia ingin membiasakan dirinya dengan kawasan sekitar.

Sesampainya dia di sana,dia diarahkan untuk melaporkan diri di bilik pengurusnya itu iaitu Encik Musa.Lelaki itu menerangkan skop kerjanya dengan lebih meluas.Segala persoalan yang ditanya telah dijawab oleh pengurusnya memandangkan hari itu hari pertamanya bekerja.

Setelah sedikit taklimat yang telah diberikan,dia diminta untuk ke ruang kerjanya bersama dengan para pekerja yang lain.Encik Musa memperkenalkan dirinya kepada rakan sekerja mereka.

" Minta perhatian semua.Kenalkan kita ada kawan baru.Nama dia Mikayla.Jadi saya nak yang ada dekat sini bantu membantu sekiranya ada yang Cik Mikayla tidak tahu.Saya tak nak yang dekat sini pentingkan diri sendiri.Kalau saya dengar ada yang report,saya akan panggil kamu semua.Faham?" tegas Encik Musa ke arah para pekerja yang lain.Masing-masing mengangguk tanda faham dan memerhatikan Mikayla dari atas hingga ke bawah.Tidak selesa gadis itu bila dilakukan sedemikian.

" Hai Mikayla.Saya Nurul.Selamat berkenalan." kata seorang pekerja yang meluru ke arah gadis itu.Dia memperkenalkan dirinya dengan ramah sekali.Mikayla tersenyum ke arahnya lalu mereka berjabat tangan.

" Hai,Nurul.Saya Mikayla.Salam kenal juga.Terima kasih tegur saya." jawab gadis itu pula.Terharu dia apabila ada juga seorang gadis yang mahu bertegur sapa dengannya.

" Sama-sama.Kalau ada benda yang awak tak tahu,awak tanya je saya okay.Awak duduk mana?" tanya Nurul lagi.

" Saya duduk dekat hujung kampung sana.Rumah warna coklat.Sebelah sungai." jawabnya.

" La yeke.Tak jauh la daripada rumah saya.Kalau macam tu,nanti bila kita dah dapat gaji,bolehlah kalau kita jalan sama-sama.Nak tak?" ajak gadis itu sambil memegang lengannya.

" Wah.Bagus juga idea itu.Bestnya dapat kawan macam awak ni."

" Hehe.Okay jom saya bawa awak tengok tempat ni.Sambil-sambil tu bolehlah awak kenal yang lain juga." pelawa Nurul seraya menarik tangan Mikayla.Mikayla tidak menjawab sebaliknya dia hanya tersenyum lalu membuntuti langkahnya.

" Eh ! Amin ! " jerit Mikayla apabila ternampak kelibat lelaki itu.Dia melambaikan tangannya ke arah lelaki itu yang ralit mencatat rekod.

" Mikayla ! " balas lelaki itu tersenyum.

" Kau orang berdua kenal ke?" tanya Nurul hairan.Baru sahaja hari pertama bekerja,takkan dah kenal.

" Haah kita orang pun baru je kenal." jawab Mikayla teruja.

" Ouh yeke.By the way,Encik Amin ni assistant manager dekat sini.So,apa-apa boleh refer dekat dia je." kata Nurul.

" Okay Encik Amin." balas Mikayla pula.Amin hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

" Kau orang tak payah la nak formal sangat dengan saya.Si Nurul ni memang.Dia suka menyakat.Kalau Mikayla okay,nanti lunch kita makan sama.Lagipun si Nurul ni memang dengan saya je."

" Ok boleh Encik Amin.But,tak manis pula kalau kawan yang lain.Is okay.Dalam kerja kita kena serious.Dekat luar,kita jadi geng.Amacam?" balas Mikayla sambil menjongketkan keningnya.

Masing-masing mengangguk lalu ketawa.Seronok betul Mikayla dapat rakan dan manager yang baik.Bertuah dia.

" Bro.Kau dekat mana?Basah ketiak aku dengan si Su ni tunggu kau." tanya James sambil mengerling jam di tangannya.Lambat betul rakannya yang lagi seorang itu.Takut sesak pula lebuh raya pada waktu sebegini.

" Aku on the way.Jalan sesak ni.Lagi 10 minit inshallah aku sampai." balas Tengku Haqiem mendatar.Hari pun dah nak hujan.

" Su.Kita tunggu je la si mangkuk ayun tu.By the way,semua file yang berkaitan dah bawa ke?Saya tak nak dalam perjalanan nanti tiba-tiba kena patah balik.Bising pula yang lagi seorang itu." seloroh James sambil memandang ke arah gadis di sebelahnya.

Walaupun peribadi James yang agak poyo,namun dalam dirinya ada sedikit sifat ketegasan apabila bekerja.Sifatnya itulah yang mencuri hati Suraya.Namun,masing-masing tidak berani untuk meluahkan perasaan masing-masing.Apatah lagi Suraya.Dia hanya seorang setiausaha sahaja jika dibandingkan dengan jejaka itu.Bagai langit dengan Bumi.

Suraya tersenyum sambil menyelak rambutnya ke belakang.Matanya dilarikan daripada bertentangan dengan James.Mereka berdua terdiam sambil menunggu kehadiran majikan mereka.

" Haa sampai pun kau." kata James yang melihat Tengku Haqiem di dalam kereta.Dia tidak keluar dan hanya membuka sedikit tingkapnya.Cermin mata ditanggalkan.Tanpa jawapan,dia menaikkan semula cerminnya lalu memecut meninggalkan mereka.Dingin betul dia hari itu setelah dipaksa James.

Lelaki itu memang bercadang untuk tidak turut serta mereka memantau aktiviti di tapak baru itu.Tetapi,seperti biasa atas alasan,James memaksa juga lelaki itu.Katanya,Tengku Haqiem perlu keluar daripada kepompong sebegini dan mungkin dengan kehadirannya,dia akan terjumpa isterinya semula.

Dia juga perlukan sedekit ketenangan memandangkan kawasan yang mereka hendak pergi itu kawasan yang tenang dan mendamaikan.Teringat kata-katanya bersama James semalam.

" Bro.Kau tak boleh macam ni.Jangan campur adukkan urusan peribadi kau dengan hal rumah tangga kau.Kau kena fikir keadaan staf kau dekat sini bila kau tak ada.Diorang pun nak cari makan.Aku tak kisah berapa lama kau nak macam ni but aku ni kawan kau.Aku tak sampai hati tengok kau macam ni.Aku kawan kau dari sekolah lagi." nasihat James sambil menepuk bahu rakannya lembut.

" Aku nak kita pergi sana bukan semata untuk bekerja.Aku nak kau tenangkan diri kau.Muhasabah diri kau dekat sana nanti.Inshaallah bro.Mana tahu dengan izin Allah,dia temukan kau dengan Mikayla semula.Siapa tahu?So,aku nak kita settle kan kerja kita dekat sana dulu.After that,kita cari Mikayla sama-sama.Don't worry.Aku dah janji dengan kau.Kali ini,kita cari dia dekat tempat lain pula." janji James lagi.Risau dia dengan keadaan kesihatan Tengku Haqiem.Namun,sebagai rakan dia perlu menasihatinya juga.

Tanpa berlengah,James dan Suraya segera meloloskan diri di dalam kereta dan mengekori kereta Tengku Haqiem menuju ke lebuh raya pantai timur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience