BAB 86

Romance Completed 438970

Queen Victoria Market

Suasana pada malam itu hiruk pikuk dengan para pengunjungnya yang lain.Lampu-lampu yang menghiasi kelihatan meriah sekali.Kedengaran beberapa orang penghibur menyanyi bagi memeriahkan lagi suasana.

Pelbagai jenis hidangan Barat turut dijual di situ.Memang sesuai bagi mengisi perut yang sedang kelaparan.Bukan itu sahaja,ada juga beberapa kedai yang menjual cenderamata dan baju sebagai memori.

Kesempatan ini digunakan oleh para pelancong sama ada di dalam negara mahupun luar negara untuk meneroka lagi Bumi yang luas ini.Dapatlah juga mereka mencuci mata dan meluangkan masa bersama insan tersayang.

Begitu juga dengan gadis itu.Mikayla duduk di kerusi yang telah disediakan di situ.Sebentar tadi,dia sudah memesan beberapa jenis hidangan.Tinggal Mary Jonson sahaja lagi yang masih belum memesannya.

Dia membuka telefon pintarnya yang terletak di atas meja.Saja mahu membelek isi di dalamnya sementara menunggu.Jelas terpampang gambar dia dan suaminya menghiasi skrin tersebut.

Gambar Tengku Haqiem sedang mengucup pipinya manakala gadis itu hanya tersenyum malu memandang ke arah kamera.Mikayla mengukir senyuman mengingat kejadian waktu itu.

Sememangnya aksi itu spontan.Dia tidak menyangka lelaki itu mengucupnya di tempat awam.Nasib baiklah tak ada yang nampak.Kalau tak,naya mereka berdua.

Ada air mata yang mengalir di pipinya namun segera dia menyeka kasar.Risau Mary Jonson melihat.Sudah pasti wanita tua itu akan risau dengan keadaan dirinya.

Dia menutup semula telefon pintarnya itu lalu memasukkan di dalam poket.Suhu malam itu agak dingin.Jadi,dia memilih untuk mengenakan sepasang jaket nipis berwarna coklat muda.

" Number 103." laung peniaga di situ.

Gadis itu membelek nombor pada kertas kecil yang dipegangnya lalu segera menuju ke arah itu.Pesanannya sudah siap.Tidak sabar mahu menikmatinya.

The Langham Melbourne yang terletak di tebing Sungai Yarra menjadi tempat penginapan lelaki itu sesudah sampai di sana.Dia meletakkan beg bagasinya di tepi lalu membuka stokin.

Dia membuka sedikit tingkap lalu menghirup udara di tengah kota itu.Lampu-lampu berwarna warna menghiasi pemandangannya dari situ.Sungguh indah !

Tengku Haqiem mencapai tuala mandinya lalu bergegas menuju ke bilik air.Kecantikan dan kecanggihan kemudahan di dalam bilik itu memang memukau pandangan.

Selepas ini,dia perlu meneruskan misinya mencari sang isteri.Terlebih dahulu dia perlu mengisi perutnya yang sedang lapar memandangkan sejak di dalam pesawat lagi dia belum menjamah hidangan berat.

Hanya mencuit sedikit donut sudah cukup baginya.Kali ini,benar-benar dia terasa lapar.Ini bukanlah kali pertamanya datang di negara Barat itu.

Sebelum ini dia pernah berkunjung ke situ namun atas urusan kerja sahaja.Selepas 3 hari,dia terus pulang ke tanah air.Belum sempat dia mahu meneroka dan mendalami budaya di negara tersebut.

Jadi,peluang ini dia gunakan sebaik mungkin.Pada masa yang sama,dia perlu cepat mencari buah hati.Risau jika hati gadis itu sudah berubah dan terpaut pada mat saleh pula.

Usai membersihkan diri,Tengku Haqiem turun ke bawah lobi untuk memulakan perjalanannya.Kali ini,dia tidak menempah teksi memandangkan jarak antara hotel dan pasar itu tidaklah terlalu jauh.

Sepanjang perjalanan,matanya tidak lekang memandang ke sekelilingnya.Berbagai gelagat dapat dilihatnya dan ada kala mencuit hati.Malam itu kota Melbourne sememangnya bersinar dek cahaya lampu yang meriah.Menyambut kedatangan pengunjungnya.

Tengku Haqiem meneruskan perjalanannya menuju ke Queen Victoria Market.Hanya beberapa meter sahaja jaraknya lagi.Perut pun sudah berbunyi minta untuk diisi.Segera dia mempercepatkan langkahnya.

" Mummy order apa tu?" tanya Mikayla yang melihat wanita tua itu sedang menatang sepinggan makanan.Mary Jonson tersenyum lalu duduk berhadapan dengan gadis itu.

" Hamburger with french fries."

Gadis itu mengangguk lalu mencuit sedikit kepingan roti itu.

" Marissa dulu suka betul makan burger dekat sini.Setiap hari,lepas je balik kerja dia akan singgah then dia bawa balik rumah." ceritanya.

" Ouh i see.Mesti mummy rindu dia kan?"

" Of course.Anak menantu mummy.Nanti,I bawa you pergi ziarah dia."

" Sure.I pun rindu sangat dengan dia.Dapatlah I lepaskan rindu."

Sedang mereka berdua bersembang,Mary Jonson perasan ada satu sosok yang sangat dia kenali.Dia berdiri tidak jauh daripada meja mereka.Lelaki itu sedang ralit memesan menu makan malamnya di sebuah gerai.

Haqiem,gumam hatinya.

" You dah habis kan?Jom kita balik." cemas sahaja wajah Mary Jonson ketika itu.Segera dia menarik tangan gadis itu untuk segera beredar.
Terpinga-pinga Mikayla melihat karenah wanita tua itu.

" Dah.Burger you tu tak habis lagi?"

" I dah kenyang."

" Okay." balasnya sepatah.Mikayla hanya menurut sahaja kehendaknya.Dia mencapai beg tangannya lalu membuntuti langkah Mary Jonson.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience