BAB 92

Romance Completed 438737

Tengku Haqiem lantas bangun daripada duduknya apabila melihat reaksi Mikayla yang sedaya upaya mencari nafas.Bunyi mesin di sebelahnya semakin kuat kedengaran memecahkan lagi kesunyian di dalam bilik itu.

" Sayang ?! Sayang ?! " Tengku Haqiem menggoncang tubuh isterinya kuat.Risau dengan keadaan gadis itu.Melihat situasi itu,Mary Jonson segera memanggil doktor berhampiran.

" Tunggu di luar,ya?" pinta doktor itu yang lebih dikenali sebagai Doktor Ali.Dia merupakan doktor yang berdarah kacukan Melayu-Malaysia.

" Saya nak stay sini dengan my wife." Tolaknya pula.Doktor itu segera menggeleng.Dalam keadaan begini,waris juga perlu memberi kerjasama dengan memberi ruang kepada mereka untuk menjalankan rawatan.

" Beri kerjasama,Tengku Haqiem." pintanya lagi.Kali ini,nadanya semakin meninggi.Akhirnya,Tengku Haqiem juga akur dengan kehendak daripada doktor itu tadi.

Masing-masing diam terkelu tanpa kata-kata.Lelaki itu berjalan mundar-mandir di luar bilik isterinya.Sesekali dia akan meninjau ke dalam bilik itu.

Setiap hari dia tidak jemu untuk melawat dan bermalam di situ.Habis sahaja solat fardhu,dia pasti akan membaca surah Yassin di samping Mikayla.Gadis itu seakan-akan tahu bila mana suaminya datang,ada air mata yang menitis di pipinya.

Pintu dikuak daripada dalam menyentakkan mereka berdua.Segera dia bangun daripada kerusi dan mendekati Doktor Ali.

" Macam mana dengan my wife?" Tanya lelaki itu.Tidak sabar ingin tahu keadaan semasa isterinya.

" I'm sorry.Dia tidak dapat diselamatkan." jawab Doktor Ali lalu menepuk bahu lelaki itu lembut.Cuba memberi kekuatan.

" Ti...tipu...Kau tipu aku kan?! Mummy,doktor ni penipu!" jarinya tepat menunjukkan ke wajah doktor itu.

" Bawa mengucap,Tengku Haqiem.Saya tak tipu.Banyakkan bersabar.Saya pergi dulu." Segera meninggalkan mereka berdua yang terkontang-kanting di situ.

" Qiem,sabar.Allahuakbar." Mary Jonson mengurut dadanya yang sakit.

Terduduk lelaki itu dibuatnya.Dia bersandar pada dinding hospital lalu menjerit sekuat hatinya.Hatinya benar-benar sakit bagai dihiris dengan pisau yang tajam.

" Kayla !! " jeritnya lagi.

Lelaki itu termenung memandang pusara arwah isterinya yang selamat dikebumikan petang tadi.Walaupun musim salji sudah tiba,kerja-kerja pengebumian di situ dipermudahkan dan dipercepatkan.Segalanya berjalan dengan lancar.

" Qiem,jom balik." ajak Mary Jonson daripada belakang.

" Mummy balik dulu.Qiem nak teman Kayla." balasnya lemah.Air mata tidak henti menuruni pipinya.Dibiarkan sahaja ianya berlalu.

" Jangan macam tu.Sejuk ni,nanti demam pula.Qiem pun tak makan lagi kan dari siang tadi?" pujuknya lagi.

" Is okay,mummy balik dulu.Qiem duduk sini sekejap.Kalau Qiem balik mesti Kayla sedih.Nanti,Qiem follow mummy."

" Yalah,mummy balik dulu.Jangan lama-lama." Mary Jonson mengalah lalu beredar meninggalkan lelaki itu yang masih setia menemani isterinya.

" Kayla,my wife.Kenapa sayang tinggalkan abang? Kayla tak sayang abang ke?"

" Abang tak tahu macam mana nak hidup lagi lepas ni.Abang takut sayang.Abang rindu nak tengok sayang gelak,nangis macam dulu.Rindu nak tengok sayang manja-manja dengan abang.I miss you so much."

" Abang bodoh.Abang salah.Abang kejam dengan sayang dulu.Abang buta menilai betapa baiknya sayang.Sayang terlalu sempurna untuk abang.Abang bersyukur dapat isteri macam sayang."

Tengku Haqiem mengeluarkan sampul surat yang berada di koceknya.Kata Mary Jonson,Mikayla memberikan surat itu padanya semasa dia sampai di sini.Tak sempat dia nak bagi kepada suaminya pula.

To my abang,

It's me Kayla.Rindu Kayla tak? Kayla pun rindukan abang.Kayla tak tahu bila nak bagi abang surat ni sebenarnya sebab Kayla malu.Maybe,masa abang baca surat ni,Kayla dah tak ada.

Penyakit Kayla makin teruk abang.Kayla tak nak abang risau sampaila Kayla buat operation tu.Maafkan Kayla sebab tak bagi tahu abang tentang kondisi Kayla yang sekarang.

Kayla tak nak abang risau.Abang jaga diri baik-baik tau?Abang kena kuat dan sabar.Macam abang kata dekat Kayla dulu.Kayla ni orang yang kuat tau?Hehe...

Kayla cuma nak abang tahu yang Kayla cintakan abang sepenuh hati Kayla.Kayla mengaku yang Kayla bukan orang yang romantik macam abang,tapi i just want you to know that i really love you,sayang.

Abang adalah syurga Kayla dunia akhirat.Ampunkan segala dosa Kayla pada abang.Doakan Kayla selalu dan jangan pernah berhenti untuk kejar kebahagiaan abang.

From,your wife.

Surat itu basah dengan air mata lelakinya.Dia menutup semula surat itu lalu mengamati sekeping polaroid yang terselit di dalam sampul itu.Gambar mesra mereka berdua.Dia mengucup lama gambar itu.

" Abang balik dulu,ya sayang? Nanti,abang datang balik." Tengku Haqiem berjalan perlahan meninggalkan pusara isterinya lalu ke tepi jalan raya.

Matanya tertangkap akan satu cahaya yang berdiri di seberang jalan raya.Setelah diamatinya lama-lama,wajah itu adalah wajah isterinya.Bibirnya mengukir senyuman.

" Sayang?!" jeritnya jauh.

Mikayla tersenyum manis di situ.

" Ni Kayla." balasnya lembut.Matanya tidak lekang memandang sang suami di sana.Rindu pada suaminya.Tengku Haqiem melambaikan tangannya kepada gadis itu yang tegak berdiri.

Tanpa melihat kiri dan kanan,Tengku Haqiem terus melintas bagi mendapatkan isterinya di seberang jalan sana.Dia mahu memeluk gadis itu sekuat-kuatnya.

Beppppp.....

Tubuh sasa itu melayang merempuh lori kecil yang datang lalu menghempap jalan raya kuat.Dia meringis kesakitan.Ada cecair yang mengalir pada wajahnya.Pedih.

" Kita jumpa dekat 'sana' ya?" kata gadis itu lalu tersenyum dan menghilang.Tangannya terkapai-kapai memanggil gadis itu.

" Mi...Mikayla binti Mustapha, bidadari aku dunia dan akhirat." balasnya lemah.

" MAAFKAN AKU." katanya lagi sebelum menutup mata buat selama-lamanya.

Share this novel

Khairina Haziqah
2022-03-07 21:24:03 

IvyErena
2021-12-01 11:47:12 

sho sadddd huhu sgt sedih


NovelPlus Premium

The best ads free experience