Aiman Firdaus mencapai telefon bimbitnya lalu menghubungi rakannya,Tengku Haqiem.Telefon ditekapkan pada telinga lalu kedengaran ada satu suara yang menyahut.
" Hello,bro.Kau dekat mana ? " soal lelaki itu garau.Pelik Aiman Firdaus mendengarnya.
" Aku dah sampai chalet pagi tadi.Kau dekat mana ? Aku jumpa kau dekat sana." kata Aiman Firdaus pula.
" Aku dekat pantai ni.Kejap lagi aku send location.Cepat sikit. " arah lelaki itu lalu mematikan panggilannya.
Aiman Firdaus hanya mengangkat bahunya tidak tahu lalu segera menghidupkan enjin kereta untuk berjumpa sahabat baiknya.
Mikayla menekup mukanya kasar.Habis bajunya kebasahan dek air mata yang tidak henti-henti mengalir daripada tadi.Terguris sedikit perasaannya apabila lelaki itu meninggikan suaranya.
Dia mengesat air mata menggunakan baju apabila ada seseorang mengetuk pintu biliknya perlahan.Segera dia mengintai siapa gerangan itu.Terpancul muka sahabat baiknya,Nurul sedang membawa bakul beirisi buah-buahan.Senyuman dilemparkan ke arahnya.
" Babe ! Aku rindu kau. " jerit Nurul lalu menerpa ke arah Mikayla dan memeluknya erat.Gadis itu turut membalas pelukannya.
" Kau okay tak ? Doktor cakap apa ? Sorry la aku baru sempat nak lawat kau.Yelah,ni pun laki kau yang kasi aku cuti harini.Ikutkan Encik Musa tu suruh aku ganti si Bella cekadak tu.Tak naklah aku. " ngomel Nurul lalu duduk di birai katil.Tergelak Mikayla dibuatnya.
" Alah,tak apa.Aku okay je." balas Mikayla namun masih dalam sisa tawanya.
" Aik.Kenapa kau nangis ni ? " tanya Nurul risau.
" Tak ada apalah." jawab Mikayla malas.
" Aku penat datang sini,kau boleh kata macam tu.Aku balik nanti." ugut Nurul pula.Bukan setakat Tengku Haqiem yang geram dengan sikap keras kepala Mikayla,Nurul juga geram dengannya.
" Okay,fine.Aku bagitahu." surrender Mikayla dibuatnya.
" Aku...aku dah tak lama lagi nak hidup."
" Haa ?! Maksud kau ? " terperanjat Nurul mendengar.
" Aku dah nak mati dah."
" Kau cakap apa ni ? Doktor cakap apa ? "
" Dia cakap sel kanser aku dah merebak.Kali ini,lebih cepat.Sama macam arwah kakak aku,Marissa."
" Allahuakbar.Aku tahu kau kuat Mikayla.Kau kena teruskan hidup.Kau masih ada suami,mak kau,aku.Kita orang ada untuk kau."
" Aku nak cerai."
" Kau gila ke ?! "
" Aku kasihan tengok dia.Aku tak mampu.Aku tahu dia perlukan anak.Zuriat dia sendiri.Kalau dia kahwin dengan perempuan lain,dia boleh bahagia.Dia boleh dapat anak."
" Kau dah bagitahu laki kau pasal benda ni ? "
" Dah."
" Dia jawab apa ? "
" Dia tak nak lepaskan aku."
" See ?! Kau pun tahu kan yang dia sayangkan kau.Kenapa kau nak seksa hati kau sampai macam ni sekali ? Paling penting,kenapa kau nak seksa hati dia.Kau ada fikir perasaan dia tak,Kayla ? Kau selfish,Kayla.Kau fikir pasal perasaan kau je.Kau ego.Kenapa kau nak dera perasaan kau sendiri untuk lepaskan dia?Suami kau sendiri."
" Kau tak faham aku."
" Bahagian mana lagi yang aku tak faham kau,Mikayla ? Aku dah cukup kenal kau dah dari mula kau sampai sini.Aku dengan kau sama je.Kita berdua perempuan.Satu je aku minta dengan kau.Tolonglah kau dengar cakap laki kau tu.Dengar cakap mummy.Kami nak terbaik untuk kau."
" Cuba kau fikir,Kayla.Kalau laki kau kahwin lain,siapa yang akan bahagia ? " tanya Nurul.Marahnya sudah tidak dapat ditanggung lagi.Dia mengenggam jari jemarinya.Mikayla tidak menjawab sebaliknya dia hanya diam menunduk.
" Tengok .Kau pun tak boleh nak jawab soalan aku.Kalau dia kahwin lain,tak ada sesiapa pun akan bahagia.Kau nak tengok ke wanita lain berkongsi dengan kau ? Kalau aku jadi kau,aku tak sanggup.Janganlah degil sangat.Kau kena rendahkan ego kau tu." nasihat Nurul panjang lebar.Beruntung Mikayla dapat sahabat seperti Nurul yang boleh jadi pendengar dan nasihat yang setia.
" Aku tak marah kau Kayla.Aku yakin laki kau pun akan rasa benda yang sama bila kau cakap macam ni.Dahlah.Aku balik dulu.Aku nak kau duduk sini.Fikir apa salah kau.Jangan jadi selfish.Jangan musnahkan kebahagiaan seseorang itu hanya untuk kepentingan diri sendiri.Assalamualaikum." kata Nurul lalu mencium dahi Mikayla.Dia meminta izin untuk balik bagi memberi ruang kepada gadis itu untuk berfikir.Mikayla hanya keras membatu.
Lamunan Tengku Haqiem terhenti apabila ada seseorang menepuknya dari arah belakang.Bibirnya mengukir senyuman lebar.Rindu betul dengan sahabat yang seorang ini.Dah berbulan juga mereka tidak berjumpa.Tengku Haqiem terus mendepangkan tangannya untuk memeluk Aiman Firdaus.
" Kau apa khabar,bro ? Lama aku tak jumpa kau. " tanya Aiman Firdaus lalu duduk di hadapan Tengku Haqiem.
" Aku sihat bro.Eh,kau order air dulu.Kau nak makan apa aku belanja." tawar Tengku Haqiem.
" Mantap bro.Kebetulan perut aku pun tengah lapar ni."
" Order je apa kau nak."
" Dik,kasi air kelapa satu dengan rojak pasembor."
" Kau apa citer bro ? " tanya Aiman Firdaus.
" Macam ni lah bro.Mikayla."
" Kenapa dengan dia ? "
" Dia sakit bro."
" Sakit apa ?! "
" Kanser.Dah masuk stage 3."
" Kau biar betul,Qiem ? Habistu dia dekat mana sekarang ? "
" Dekat hospital. "
" Habistu kau tak pergi jaga ke dia ? Dia mesti perlukan kau bro.Kesian dia."
" Aku stress la,Fir.Aku serabut sekarang ni.Dia minta aku cerai."
" Haa?Apasal pulak ni.Ke kau ada sakitkan dia ? Jangan memacam bro.Adik aku tu."
" Sejak bila pula dia adik kau?"
" Alah,sejak haritu."
" Aku pun tak faham lah bro.Dia nak aku kahwin dengan perempuan lain sebab dia nak aku dapat zuriat.Dia tak boleh bagi aku anak.Tapi sumpah aku tak kisah bro.Aku cuma nak dia je.Aku nak jaga dia.Dia dah cukup bagi aku.Kalau ada rezeki Allah hadirkan cahaya mata buat kami,aku bersyukur.Kalau tak ada,tak apa. "
" Keras kepala juga adik aku tu.Tak apalah,bro.Aku tahulah macam mana nak nasihatkan dia."
" Thanks bro.Aku pujuk pun tak jalan.Mungkin,kau je yang boleh pujuk dia."
Tengku Haqiem menarik nafas dalam-dalam.Dia menyedut sedikit air kelapa untuk menghilangkan dahaga.Matanya kembali memandang ke arah ombak yang menghempas pantai.
Amin duduk sambil memeluk kepala lututnya.Wajahnya dibenamkan.Sudah beberapa hari dia di penjarakan.Entah apa yang merasukinya sehingga boleh bertindak seperti itu.Baru semalam Mak Tok dan adiknya,Adam datang.Dia langsung tidak mahu berjumpa dengan mereka.Pandangannya hanya kosong.
" Kau orang boleh diam tak ? Memekak je ?! " marah Amin kepada rakan-rakan yang duduk di dalam sel yang sama.Masing-masing membuat wajah tidak puas hati.
" Ada masalah ke kau ni ? Lantak kita oranglah." balas seorang lelaki.Wajahnya sungguh gerun.Ditambah pula ada satu garisan parut pada wajahnya.
" Kau orang faham tak yang kau orang ni memekak.Bingit telinga aku.Jangan sampai aku pecahkan muka kau ! " ugutnya.Masing-masing memandang antara satu sama lain lalu ketawa geli hati.
" Uuu...takutnya.Meh lah lawan.Sekadar cakap je.Hak tuih." perli lelaki itu lagi.Wajah Amin sudah memerah.Dia mengenggam penumbuk lalu menerpa ke arah lelaki itu tadi.Dia melepaskan satu tumbukan kuat ke pipi kiri lelaki itu.
" Kurang ajar kau kan ?! Geng,habiskan dia." arah lelaki itu.Yang lain mengangguk tanda faham lalu menendang perut Amin sehingga lelaki itu meringis.Tumbukan dan sepakan bertalu-tahu sehingga wajah dan tubuhnya keluar cecair berwarna merah.
Penjaga penjara itu yang mendengar ada kekecohan segera menghentikan pergaduhan mereka lalu membawa lelaki itu ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Share this novel
Degil betul la kayla ni..