"Abang..." tutur Mikayla perlahan.Hampir terlepas pisang goreng yang dipegang lelaki itu.Dengan serta merta,jantungnya tiba-tiba berdegup laju.Wajahnya merona merah.Matanya pula terkebil-kebil memandang sang isteri.
Shit ! Damn !
" Sa..sayang ,aw.. awak cakap apa tadi ? Boleh panggil lagi sekali ? " pinta Tengku Haqiem.Sungguh dia tidak menyangka.Dia tidak salah dengar bukan ?
" Abang."
Deg ! Jantungnya bagaikan mahu berhenti berdegup.Hampir terbeliak biji matanya.
Gadis itu mengubah posisi ke duduk pula lalu bersandar di hujung katil.Dia menarik nafas dalam-dalam.Lalu,memandang wajah sang suami.Tengku Haqiem dari tadi memandang tidak berkelip.Dia juga cuba membantu isteri membetulkan posisinya.
" I 'm sorry." maaf Mikayla dengan wajah menunduk.Lengannya ditarik lalu wajahnya tersembam ke dada lelaki itu.Tengku Haqiem mengusap rambut isterinya dengan penuh kemesraan.
Tidak dapat digambarkan perasaannya ketika itu.Syukur ya Allah !
Tengku Haqiem makin menguatkan pelukannya.Kedengaran gadis itu sedang menangis teresak-esak.Habis basah baju Tengku Haqiem dibuatnya.Namun,dibiarkan sahaja.
Gadis itu meleraikan pelukan.Dia mencapai kedua-dua tangan suaminya lalu mengucup perlahan.Dia memandang semula seraut wajah itu.
" Saya minta maaf sebab saya gagal jadi isteri yang terbaik untuk abang.Saya tak sempurna awak." ucap Mikayla ikhlas.Dari tadi Tengku Haqiem tidak berkata dek leka dengan perubahan sang isteri.Dia mengenggam jari jemarinya erat.
" Ceraikan saya dan kahwin dengan wanita lain."
" What ? Sayang cakap apa ni ? "
" Saya cakap sekali sahaja awak.Please,lepaskan saya.Saya dah tak mampu nak jadi isteri awak.Saya tak boleh bagi awak zuriat.Saya tak sempurna macam wanita lain.Tolonglah cari kebahagian awak yang sebenar,Haqiem."
" No.Sayang adalah kebahagian abang yang sebenar.Kenapa sayang nak sangat abang kahwin lain ? Why,sayang ? Tell me."
" Saya tahu awak tak bahagia,Haqiem.Awak datang sini hanya sebab awak kasihan dekat saya sebab saya sakit je kan ? Saya tak nak awak sia-siakan hidup awak macam tu je.Awak kaya,kacak dan ada segalanya.Dekat luar sana tu,ada beribu wanita yang nak jadi kekasih awak."
" Betul.Dekat luar sana,ada ramai lagi wanita dan dekat luar sana tu jugak tak ada satu pun macam awak,Mikayla.Kenapa awak tak percayakan abang?"
" Jangan paksa saya untuk terima awak,Haqiem."
" Dan jangan paksa abang untuk tinggalkan sayang dan pergi dekat wanita lain.Full stop." nada Tengku Haqiem mula meninggi.Dia tidak menyangka gadis itu akan berkata seperti itu.Dia terus menapak ke arah luar lalu membiarkan gadis itu keseorangan.Cuba mencari ketenangan.
Mikayla memeluk lututnya dan menangis semahunya.Pedih dan sebak hatinya.Mulutnya lantang berkata namun di dalam hatinya,sungguh perit.Namun,dia terpaksa melepaskan insan yang paling dia sayangi.
" Min.Kau okay tak ? " tanya Nurul dari belakang.Tiba-tiba sahaja gadis itu muncul lalu menepuk bahu lelaki itu yang ralit termenung.Dia mengambil tempat di sisi lelaki itu lalu memandangnya.
Amin tidak menjawab dan tidak juga menoleh.Hanya diam membatu.Ada batu kot di dalam mulutnya.
" Aku pantangla aku tanya tak ada orang jawab.Kau bisu ke?" perli Nurul.Dia mencubit lengan sasa lelaki itu kuat.Terjerit lelaki itu dibuatnya.
" Bisinglah kau ni.Ada apa kau cari aku?" tanya Amin pula.
" Ada pun suara kau.Aku ingat dah bisu dah.Nanti Allah tarik nikmat bercakap kau baru tahu.Eh orang yang tak boleh bercakap tu kalau diberi anugerah 24 jam pot pet je tau." bising Nurul.
" Kau kenapa tak masuk kerja?Tak pernah-pernah kau macam ini?" tanya Nurul.Risau dengan keadaan rakannya yang tidak bermaya.
" Aku penatlah.Tak sihat." jawab Amin selamba.
" Kalau tak sihat,kenapa kau duduk sini?Peliklah aku dengan perangai kau ni.Ada masalah cuba share dengan aku.Kita kawan bro.Susah senang bersama."
" Aku bukan tak nak share dengan kau.Tapi,aku malaslah nak panjang cerita.Lagipun,Kayla tu kawan kita juga."
" Habistu ? Apa kena mengena Kayla dengan kau ? "
" Kau tahu kan yang aku cintakan dia dan dia dah berkahwin dah pun. "
" Then ? "
" Aku...aku nak luahkan perasaan ni dekat dia.Dekat depan laki dia." terbeliak biji mata Nurul dibuatnya.Gilakah lelaki di hadapannya itu ?
" Kau gila ke apa ? Dia tu dah ada suami la.Fikir lah perasaan dia,perasaan boss kita tu.Jangan ikut perasaan kau tu."
" Aku yakin dia tak cintakan pun Tengku Haqiem.Kalau betul dia cinta dengan laki tu,kenapa dia langsung tak pernah bagitahu kita ? Kenapa dia kena sorokkan yang dia dah kahwin ?"
" Min.Kita tak pernah lagi dengar penjelasan daripada dia.Mesti ada sebab kenapa dia buat macam tu.Aku yakin dia cintakan laki dia."
" Aku tak kira." kata Amin lalu bangun daripada situ dan terus menghidupkan enjin motosikalnya.
" Kau nak pergi mana pula ni ? " tanya Nurul takut.Risau dengan perangai sahabatnya yang seorang ini.
" Rumah Kayla." jawab Amin sepatah.
" Kau jangan buat kerja bodoh,Amin ! " teriak Nurul dari arah belakang.Tercungap-cungap gadis itu mengejarnya.Namun,diabaikan begitu sahaja.
Suraya dan James mengambil tempat di meja makan di dalam pusat membeli belah tersohor di Kuala Lumpur.Sejak pulang daripada tapak pembangunan itu,mereka kelihatan begitu akrab sekali.Setiap kali waktu makan tengahari,pasti mereka akan keluar bersama.
Sehinggakan ada pekerja Tengku Haqiem juga memandang serong ke arah Suraya.Yalah,dah la rapat semacam dengan kawan majikan mereka,ditambah pula dia hanya setiausaha sahaja.
" You nak makan apa ? " tanya Suraya yang ralit memandang buku menu.Dia menyelak satu persatu buku itu.Cuba mencari makanan yang sesuai dengan seleranya.
" You." jawab James sepatah.Dia ralit memerhatikan gadis itu.Tersenyum dia sendirian.Suraya yang mendengar segera mendongakkan wajahnya ke hadapan.Keningnya hampir bercantum.
" Dalam banyak-banyak bunga,bunga apa paling busuk ? " tanya James yang tersengih sendirian.Pelik benar dengan sikap lelaki di hadapannya.Sekarang ni,nak makan.
" Entah.Bunga tahi ayam kot." jawab Suraya cuba menduga.
" Salah,bunga yang tak halal sedangkan ada kumbang yang nak jadikan bunga yang halal dan manis depan mata."
" Haaa ? " terjerit gadis itu dan lantas dia menekup mulutnya.Para pelanggan yang lain mula memandang pelik.
" I nak kahwin dengan you."
" What?!"
" Yes.Will you marry me,Suraya?" James bangun daripada kerusinya lalu melutut di hadapan Suraya yang terpinga-pinga.
Pelanggan yang lain berdiri dan cuba menyokong aksi spontan lelaki itu.Tiba-tiba pula,ada sekumpulan orkestra sedang memainkan lagu romantis mengiiringi.
Terkejut beruk gadis itu dibuatnya.Tidak menyangka.Dia menutup mukanya menahan malu.Lalu,dengan kudrat yang ada,dia turut mencangkung di hadapan lelaki itu.
" Yes." jawab Suraya ringkas.Masing-masing menghadiahkan tepukan yang sangat gemuruh.Terharu dibuatnya sehinggakan ada air mata kegembiraan yang mengalir.
" I promise yang I akan jaga you sampai bila-bila.I cinta you sangat.Esok,I hantar rombongan meminang."
Suraya mengangguk laju.Sungguh terharu dia apabila lelaki itu mahu memperisterikannya.Sebelum ini,tidak pernah mendengar lelaki itu menyatakan ucapan cinta dan sebagainya.Kali ini,dia benar tekad.
" What ?! "
Share this novel