Jam sudah menunjukkan pukul 2:30 pagi.Namun,lelaki itu masih tidak dapat melelapkan mata.Walaupun penat seharian bekerja,matanya masih terasa segar lagi.Dia menapak menuju ke arah dapur dan mengambil setin biskut.
Cerek lama itu diisi dengan air lalu dijerang terlebih dahulu.Tiba-tiba,perutnya terasa lapar pula ketika itu.Sambil menunggu air masak,dia menarik kerusi kayu itu lalu melabuhkan punggungnya disitu.
" Amin,kau tak tidur lagi?" tanya Mak Tok.Orang tua itu menghampiri cucunya itu yang berada di dapur.Dia terjaga dek bunyi yang dia dengar dari dalam bilik.
" Tak,Mak Tok.Orang tak boleh tidur.Tu yang nak panaskan air tu.Lapar pula tiba-tiba.Yang Mak Tok ni kenapa tak tidur?Kalau sakit,orang juga yang susah," nasihat cucunya itu lembut.Sudah menjadi kebiasaan orang tua itu sering terjaga lewat malam atau awal pagi.Biasalah orang tua.Mungkin tidak selesa dengan cuaca yang sejuk lebih-lebih lagi itu kawasan kampung.
" Tak adalah.Mak Tok dengar bunyi dari dapur.Takutla aku kalau ada pencuri masuk ke apa.Tu yang Mak Tok nak pergi tengok.Alih-alih kau rupanya," jawab Mak Tok sambil menggelengkan kepalanya.Cucunya itu hanya tersenyum memandang neneknya.
" Dahlah,Mak Tok.Masuk tidur.Nanti,karang,semua urat tu mula sakit.Sejuk ni." suruh Amin kepada neneknya itu.Orang tua itu hanya mengangguk lalu menongkat memasuki bilik tidurnya semula.
Pemuda itu mengelamun jauh.Fikirannya melayang tiba-tiba kepada gadis di kedai makan tadi.Bibirnya mengukir senyuman manis.Tidak tahu mengapa hatinya berdebar secara tiba-tiba apabila mata mereka bertaut.Jantungnya bagaikan hendak meletup setiap kali gadis itu tersenyum atau ketawa.
Setiap kali dia mengambil pesanan,matanya mencuri pandang ke arah meja gadis itu.Kau suka dia ke Amin? Ahhh mengarut la kau.Entah-entah dia dah ada boyfriend.Dahlah cantik,comel,manis.Takkan tak ada kekasih hati.Ehh apa yang kau mengarut pagi-pagi buta ni.Amin menyedarkan diri nya tatkala bunyi cerek itu menghasilkan bunyi yang nyaring menandakan air sudah masak.Segera dia bangun menuju ke arah itu.
Malam itu,Mikayla juga tidak dapat melelapkan matanya.Tiba-tiba sahaja dia teringat akan sang suami.Di manalah dia sekarang.Sihat atau tak.Ke dah ada yang lain.Hatinya dipagut pula rasa rindu yang teramat sangat.Gadis itu pandai menyorokkan segala kesedihan yang bertandang jauh di dalam lubuk hatinya.
Wajahnya sentiasa mengukirkan senyuman manis hakikatnya ada satu perasaan yang sukar untuk ditafsirkan.Rindu sangat.Dia rindu akan kucupan dan pelukan hangat dari tubuh sasa Tengku Haqiem.Dia rindukan belaian manja lelaki itu sebelum ini.Dia rindukan kata-kata cinta yang selalu diucapkan lelaki itu kepadanya.
Pedih sungguh apabila mengenangkan segala perbuatan suaminya.Luluh hatinya sebagai seorang isteri apabila tahu kebenaran selama ini.Apalah dosa dia sampaikan orang lain sanggup membalas dendam kesalahan orang lain dan dilepaskan pula kepadanya.
Sungguh manusia itu sangat kejam.Manusia bertopengkan syaitan.Dia mula menangis teresak-esak apabila mengenangkan peristiwa lepas.Masa dia mula diculik,dipaksa kahwin,diseksa,ditembak dan bermacam-macam lagi.Jiwa kecilnya meronta-ronta teringatkan keluarganya yang meninggal dek kebakaran seperti yang dicerita Tengku Natasha.
Kejam kau jantan.Sampai bila-bila pun aku takkan maafkan kau.Sampai aku mati,Tengku Haqiem bin Tengku Kamal.Aku benci kau sepenuh hati aku,bisik gadis itu perlahan sambil mengenggam tangannya.Dan,akhirnya dia terlelap selepas penat menangis.
Pagi itu cuaca agak cerah.Matahari mula menampakkan diri.Bunyi kicauan burung menggamitkan suasana yang indah di kampung itu ditambah pula dengan bunyi air sungai yang mengalir.Sungguh tenang pagi itu.Mikayla tersenyum sendirian sambil memerhatikan kanak-kanak yang bermain.
Memandangkan waktu itu musim cuti sekolah,mereka banyak menghabiskan masa bermain bersama rakan-rakan.Ada yang bermandi-manda di sungai itu dengan girang.
Tergelak dia sendirian dengan keletah kanak-kanak kecil itu.Tiba-tiba,hatinya pula dirutun sayu mengenangkan kandungannya yang keguguran.Is okay,sayang.Mesti anak mama sekarang dekat syurga kan,desis hatinya.
" Kakak,kakak.Jom la main dengan kita.Bosanlah dengan diorang tu," panggil seorang budak secara tiba-tiba.Lamunan gadis itu terus terhenti di kala kanak-kanak comel itu memanggilnya.Anak siapa ni? Comel betul,senyum Mikayla sendirian.
" Mandi sungai ke? Tak naklah.Kakak sejukla.Awak pergi la mandi dengan kawan yang lain.Kakak tengok dari sini je," jawab Mikayla selamba.Terkejut dia bila ada seorang budak yang tidak dikenali menegurnya.
" Alaaa kakak ni.Tak bestla.Tak nak kawan kakak.Kita merajuk la," balas kanak-kanak itu seraya menghentakkan kakinya yang kecil.Mikayla ketawa melihatnya.
" Okay,fine.Akak teman kan.Tapi,tak boleh lama okay?Sebab akak tak tahan sejuk.Dah jom." ajak Mikayla sambil memimpin kanak-kanak itu tadi menghampiri tebing sungai.Kanak-kanak yang lain bersorak riang saat bila ternampak Mikayla.Mungkin seronok ada kawan baru.
" Korang.Apa kata,kita percikkan air ni dekat muka kakak.Satu,dua,tiga.Percik !! " kibas kanak-kanak itu riang.Masing-masing mengikut arahan kawannya yang lain.Mereka ketawa girang melihat gadis itu menutup mukanya.
" Amboi.Tak boleh jadi ni.Giliran akak pula.Rasakan ! " balas Mikayla pula.Kanak-kanak yang lain berusaha menutup muka mereka dengan kedua tapak tangan bagi menghalang air mengena wajah mereka.Masing-masing seronok dapat bermandi air sungai yang sejuk itu.
Dari kejauhan,Mary Jonson hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.Seronok dia bila melihat Mikayla tersenyum.Dia juga akan berasa gembira.Dia melangkah ke arah dapur untuk memasak menu tengahari mereka.
Share this novel