"Allah,rumah terbakar!Allahuakbar.Pergi acu ambil air dekat tandas tu.Pergi cepat.Mak Usu nak selamatkan Nek Mah.Pergi cepat!" kata Puan Dini lantang.Peluh di dahinya kian terasa sehingga menitik ke baju kurung lusuhnya.Api semakin membara.Langsung tiada tanda tanda mahu berhenti.
Wanita separuh usia itu bergegas ke dalam bilik maknya lalu memapah orang tua itu keluar daripada rumah yang hampir dijilat api.Namun,sebelum mereka berdua ingin keluar satu batang kayu menghempap diri mereka lalu mereka berdua menjerit kepanasan apabila api tersebut menyambar tubuh tua mereka itu.
Acu yang sedaya upaya menyimbah api itu menjerit kepanasan dan kesakitan apabila baju tidurnya turut disambar api.Akhirnya,mereka bertiga terkorban di dalam nahas kebakaran rumah itu.
Papp !
Pecah berderai gelas yang dipegang oleh Mikayla .Dia mengurut dadanya kerana terlalu terkejut dan pada masa yang sama dia berasa tidak sedap hati.Terasa seperti ada benda buruk yang terjadi.Tiba tiba fikirannya melayang memikirkan mamanya di kampung.Rindunya bukan kepalang lagi.
Hatinya memberontak mahu lari dari situ.Namun,apakan daya.Dia seorang wanita lemah yang tidak punya apa apa.Silap haribulan nyawanya melayang ke tangan Tengku Haqiem.Lihat sahaja di sekeliling villa itu.Penuh anak buahnya Tengku Haqiem menjaga kawasan villa itu.Sudahla kawasan itu terpencil dan sunyi.Bunyi ekzos kereta pun tidak dengar.Jauh dari lebuh raya.
Bukan setakat itu sahaja,Mikayla mahu turun minum air pun rasa seperti ada orang mengekorinya.Punya Tengku Haqiem tak nak dia lari daripada cengkamannya.Jauh di sudut hatinya juga,dia tertanya.Siapa Mikayla di dalam hati Tengku Haqiem.Walaupun dia tahu dia tidak berhak mencintai lelaki itu namun akhirya perasaan itu cuba ditepis secepat mungkin.Cuba melupakan Tengku Haqiem.Ya,dia benci lelaki itu dan pada masa yang sama dia cinta akan lelaki itu.
"Good job,guys.This month aku up kan sikit gaji korang.Lepasni,banyak lagi yang korang kena buat.Dah,blaa",kata lelaki itu sambil meleretkan senyumannya tanda puas.
Jam menunjukkan tepat pukul 9 malam.Dia bangun daripada tidurnya selekas yang mungkin untuk menunaikan solat Isyak.Tak elok lewatkan solat,desis hatinya.Dia memegang kepalanya yang terasa berat.Terasa seluruh bahagian badannya pedih dan sakit akibat dikerjakan Tengku Haqiem.Langsung tidak berperikemanusian!
Ketukan di pintu membuatkan Mikayla cuba untuk membuka pintu.Arghh,sakitnya!Dia berjalan ke arah pintu untuk melihat siapa yang ketuk tadi.Sejurus dia membuka pintu,tanpa dapat ditahan lagi akhirnya dia rebah di pangkuan Kak Senah.
"Hello,Tengku!Ni Kak Senah nak bagitahu Cik Mikayla tiba tiba pengsan." kata Kak Senah dengan nada yang gementar.Risau sungguh dia dengan keadaan Mikayla yang lesu dan pucat itu.
"Mikayla pengsan?! Kak Senah tolong call Dr Siti sekarang!" arah Tengku Haqiem.Dia meraup rambutnya dengan kasar.Sejurus itu,dia terus keluar daripada kelab malam itu tanpa memandang ke belakang.Tengku Natasha yang ketika itu baru keluar daripada tandas,segera mendapatkan buah hatinya itu namun langkah Tengku Haqiem terlalu pantas sehingga membuatkan dia tercungap untuk mengejarnya.
Deruan kereta menyentakkan Kak Senah.Tengku Haqiem dah balik ke?,bisik hatinya.Dia memalingkan wajahnya memandang sekujur tubuh gadis itu.Jelas di bahagian badannya yang terdedah,ada kesan luka dan lebam.Hatinya dipagut rasa kasihan melihat Mikayla.Di usianya yang muda,dia telah diperlakukan sedemikian.Kak Senah menjeling sekilas Dr Siti yang dari tadi sibuk memeriksa keadaan Mikayla.Sesekali Dr itu memandang wajah Kak Senah dengan riak wajah hairan.Mungkin dia pelik mengapa badan Mikayla penuh dengan luka.
Pintu dikuak dengan kasar.Terjojol muka Tengku Haqiem dengan wajah yang sukar ditafsirkan.Dia meluru ke arah Mikayla lalu bertanya kepada doktor peribadinya itu untuk mengetahui keadaan Mikayla.
"How about Mikayla? " tanya Tengku Haqiem kepada Dr Siti.
"Dia demam .She need some rest sebab dia terlalu stress dan penat.Suhu badan dia tadi pun tinggi jugak.And one more thing I nak tanya you.Why eh dekat body dia ada kesan lebam?You buat apa dekat dia,Haqiem?" tanya Dr Siti ingin tahu.Bukannya dia tidak tahu perangai kawannya yang seorang itu.Kalau ada benda yang dia tidak puas hati,orang sekelilingnya menjadi mangsa.
Tengku Haqiem hanya diam membatu.Pandangannya dilemparkan ke arah Mikayla yang terbaring lesu.Namun,jauh di sudut hati dia ada satu perasaan kasihan.Segera dia membuang perasaan itu jauh jauh.Dendam tetap dendam!
"Kau orang boleh keluar.Thanks Siti.Sorry susahkan you malam malam ni.Kak Senah tolong hantar Dr Siti sampai ke luar," kata Tengku Haqiem tegas.Dia mendekati tubuh Mikayla lalu duduk di birai katil.Di pandang wajahnya dalam dalam.Betul kata Dr Siti,ada kesan lebam yang teruk dan kemerahan.Namun,dengan keadaan Mikayla seperti itu tidak mampu membuatkan Tengku Haqiem kasihan padanya.
Kau jangan nak buat kasihan dekat aku betina.Aku dah masak dah dengan perempuan macam kau!Saja ja kau tak nak buat kerja rumah kan?!Kau dengan keluarga kau sama ja,kata Tengku Haqiem di dalam hati.Dia bangun daripada duduknya lalu keluar daripada bilik itu.Pintu dikunci daripada luar seperti kebiasaan.Dia tak nak Mikayla lari dari cengkamannya selagi Mikayla belum mati!
Share this novel