Mikayla memegang kedua-dua belah lututnya lalu menghamburkan tangisnya di situ.Sebak sungguh hatinya saat itu.Beribu persoalan yang bermain di akal fikirannya.Bermacam spekulasi yang dia buat.Cuba untuk mencari jawapan atas semua ini.
Di saat dia sedang sakit,kenapa lelaki itu perlu datang dalam hidup dia.Kenapa perlu muncul setelah berbulan lamanya.Kenapa mahu menggoyahkan perasaannya yang cuba dia tepis selama ini.
Sungguh dia tidak kuat untuk menghadapinya seorang diri.Hatinya benar-benar sakit dan terluka.Luka yang tidak berdarah.Ketukan di pintu mematikan tangisnya.Dia mengesat sisa air mata itu dengan kasar.Lalu,pandangannya di lemparkan menghadap jendela yang berhadapan dengan anak sungai.
Kedengaran derapan tapak kaki mendekatinya lalu dia duduk bersebelahan dengan gadis itu.Masing-masing dia membisu.Cuba mengumpul kekuatan masing-masing.
" Are you okay ? " tanya Tengku Haqiem sambil memandang lembut wajah isteri tercinta.Gadis itu hanya diam menunduk.
" You are my wife.And i really love you so much.Kalau nyawa boleh jadi galang gantinya,abang sanggup.Abang nak semula sayang bukan sebab abang kasihan.Tetapi,sebab abang terlalu cintakan dan sayang sangat dekat awak.Abang tak tahu macam mana nak luah lagi perasaan abang.Tapi,sayang kena ingat.Abang tak akan pernah menyerah walau sedikitpun.Never." ucap Tengku Haqiem.Tangannya bertaut pada jari-jemari isterinya.Cuba menyalurkan kekuatan.
" Dah.Amin dan Nurul ada dekat luar.Tengah tunggu sayang.Pergilah." kata lelaki itu.Mikayla mengangguk lalu beredar daripada bilik itu.Tengku Haqiem menarik nafasnya mendalam.Dia meraup mukanya perlahan.Ada air mata yang bertakung.Namun,dia cuba untuk menahan.
" Kayla ! " jerit Nurul lalu segera menerpa ke arah gadis itu.Sesak gadis itu apabila dipeluk sedemikian.Amin hanya menggeleng melihat gelagat dua sahabat baiknya itu.
" Wei.Aku rindu kau,Kayla.Bukan setakat aku je,mamat seorang tu pun sama." usik Nurul.Wajah Amin sudah memerah.Malu bila diperkatakan sebegitu.Tersenyum Mikayla melihat.
" Apa khabar kau?Sihat?Bosan kau tak ada n ak lepak dengan kita orang.Aku dengan si tembam ni je lah." gurau Amin.Dia menahan ketawa yang sudah meledak.Geram Nurul melihat.
" Aku macam ni lah.Eh jomlah.Masuk dulu." pelawa Mikayla.
" Eh tak apa.Kita orang nak sembang dengan kau je.Tanya khabar.Jom lah kita duduk dekat pangkin tu." tunjuk Nurul pula.Mereka berdua seraya mengangguk dan menapak ke arah itu.
" Aku banyak benda nak tanya kau." kata Nurul tiba-tiba.Amin mula menyiku lengan gadis itu.
" Tanya lah."
" Tu.Kereta boss kan.Apa hubungan kau dengan dia?" tanya Nurul sambil jarinya menunjuk tepat ke arah kereta mewah milik Tengku Haqiem.
Mikayla menarik nafas panjang panjang.Dia perlu beritahu perkara yang sebenar memandangkan mereka berdua adalah sahabat baiknya.Kalau dia sorokkan sekali pun,lambat laun pasti mereka akan tahu.
" Kalau aku cakap ni,kau orang jangan terkejut tau." kata Mikayla takut.Jarinya digenggam bagi mengumpulkan kekuatan.Mereka berdua dengan segera mengangguk.
" Sebenarnya,aku dan boss kita tu dah kahwin." kata Mikayla tergagap.
" A..apa ?!" jerit Amin.Matanya terkebil-kebil memandang.Adakah dia salah dengar ?
" Yes.I'm his wife.Kita orang dah lama kahwin.Kalau aku cerita dekat kau orang pun panjang.Jadi,aku rasa better aku bagitahu ni je dahulu sebab aku tak nak orang pandang aku dan fitnah aku." cerita Mikayla menunduk.
Amin mula mengenggam penumbuk.Bagaikan ada batu yang menhempap jatuh ke atas bahunya.Pandangannya mula kelam saat gadis yang selama ini dia menyimpan perasaan,akhirnya sudah menjadi isteri orang.Isteri orang !
" Aku minta maaf dekat kau orang sebab tak bagitahu awal.Tapi,percayalah yang aku tak ada niat pun.Nanti,bila aku dah sihat semula,aku ceritakan semuanya." sebak gadis itu dibuatnya.Air mata yang berlinangan diseka.
Amin terus bangun daripada duduknya lalu menuju ke arah motosikal buruknya.Dia menghidupkannya lalu memecut laju meninggalkan mereka berdua terkontang-kanting.Mereka berpandangan antara satu sama lain.Pelik melihat reaksi sahabatnya itu.
" Kenapa dengan Amin tu ? Aku ada salah cakap ke,Nurul ? " tanya Mikayla.Mula rasa bersalah dalam dirinya.
" Amin tu sebenarnya dia...Dia suka dekat kau."
" Haaa?! Kau biar betul,Nurul ? Aku tak tahu pun."
" Memanglah kau tak tahu.Dia tu sejak kali pertama kau datang sini,dia dah mula jatuh cinta dengan kau.Tapi,dia suka pendam perasaan dia.Sebab dia takut kau tolak cinta dia.Dia malu nak luahkan perasaan dia dekat kau sebab dia takut nanti kalau kau tak terima dia,hubungan kau orang akan renggang sebab benda ni." jujur Nurul.Mikayla mengangguk tanda faham.Ada rasa simpati muncul dalam dirinya.
Amin seorang sahabat yang paling baik.Dialah yang selalu mengambil berat tentang Mikayla selain daripada Nurul.Selama ini,gadis itu salah tafsir.Dia mendegus perlahan.
Tengku Haqiem menunduk ke bawah.Dari tadi,telinganya mencuri-curi dengar perbualan antara isteri dan sahabat baiknya itu.Rupanya,ada juga lelaki yang menyimpan perasaan terhadap isterinya.Namun,dia mengakui selama ini mereka berdua lah sentiasa menemani Mikayla di kala dia sedih atau gembira.Dia tak nak merosakan hubungan persahabatan mereka.
Dia menapak semula ke arah dalam bilik tidurnya dan melayani persaan sedih.
done..sorry lambat update
Share this novel