BAB 70

Romance Completed 438988

Awan hitam mula memekat menanti malam.Langsung tidak kelihatan sebutir bintang pun yang selalu menjadi hiasan di dada langit.Angin sejuk mula menyapa diri dan rintik-rintik hujan mula turun.

Mikayla yang kesakitan segera meneduhkan diri di bawah pokok pisang.Dia sendiri tidak tahu dia berada dia mana.Bukannya tidak tahu,tetapi malas mahu mengambil tahu.

Dia menangis teresak-esak mengenangkan kejadian petang tadi.Cuba menekupkan mulutnya agar esakannya tidak terhambur.Betapa lemahnya diri dia saat ini.

Hanya berdoa kepada sang Pencipta agar menguatkan semangatnnya untuk terus hidup.Sesekali dia meringis kesakitan sambil memegang bahagian perutnya.

Sakit sangat yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.Cepat dia beristighfar moga Allah meredakan sedikit kesakitannya.Dia menegakkan sedikit belakang badannya yang dari tadi asyik membongkok.

" Dah hujan lebat." gumam Mikayla sendirian.Dia mendongakkan sedikit kepalanya ke atas dan kelihatan air hujan menitis di wajahnya dan dengan sekelip mata habis lencun bajunya.

Cepat-cepat gadis itu berlari ke arah kilang tempatnya bekerja.Dia ternampak akan Pak Tam,pengawal keselamatan itu sedang mencelupkan biskut kering ke dalam kopi panas.Sejuk-sejuk macam ini memang ngam lah pekena kopi panas.Segera dia berjalan ke arah lelaki tua itu.

" Eh,Puan Mikayla.Puan buat apa dekat sini ? Hujan lebat ni." tanya Pak Tam yang sekarang ini dalam posisi berdiri pula.Terkejut lelaki itu melihat isteri majikannya yang basah kuyup.
Segera dia menyuruh gadis itu berteduh sedikit di bawah pondok pengawal.

" Pak Tam.Kayla nak masuk kejap boleh tak ? Ada barang tertinggal." tipu Mikayla.Dia sudah menggingil kesejukan.Badannya menggeletar hebat.

" Ya Allah.Basah kuyup kamu ni.Mana Tengku Haqiem ? " soal Pak Tam hairan.Malam-malam macam ini pula gadis itu mahu ambil barang.Macam tiada hari esok sahaja yang boleh.Bukannya dia tidak bagi,risau dengan keadaan gadis itu yang seorang.

" Kayla dah bagitahu dia dah nak ambil barang.Boleh tak ? " desak Mikayla semula.Dia memeluk tubuhnya.

" Boleh tak akan tak boleh.Kayla masuk dulu.Apa-apa nanti panggil Pak Tam ye? " tutur Pak Tam risau.Mikayla tidak menjawab sebaliknya dia terus meluru masuk ke dalam kilang yang gelap itu.

Berani betul gadis itu.Dia membuka cahaya di telefon bimbitnya dan menyuluh arah ke dalam bilik loker pekerja.Dia berjalan ke arah itu dan menutup rapat semula pintu tersebut.

Dia mencari ruang kecil yang tersorok dan mendapati ada ruang yang memuatkan tubuhnya untuk duduk.Dia menapak ke arah itu lalu bersandar dan duduk di situ.Dia memegang kedua belah lututnya.Wajahnya sudah pucat manakala bibirnya pula sudah membiru sedikit.

Dia meniup telapak tangannya untuk mengeluarkan haba lalu ditekapkan pada pipi.Terketar-ketar badannya.Dia menyembamkan wajahnya ke kedua lututnya dan memeluknya erat.

Terbatuk-batuk gadis itu dibuatnya.Dia melelapkan matanya sedikit cuba mengumpulkan sedikit semangat.Selang beberapa saat sahaja kedengaran gadis itu sedang menangis teresak-esak.Sedih betul dia pada hari itu.Sedaya upaya juga dia menyorokkan esakannya agar tidak kedengaran.

Tengku Haqiem mengerling jam di pergelangan tangannya yang sudah menunjukkan angka 9 malam.Dia mencapai telefon bimbit lalu beberapa kali dia cuba menghubungi gadis itu namun tidak dapat.Dia berjalan mundar-mandir di beranda rumahnya.

Terpampang riak wajah kerisauan.Hatinya tidak sedap.Sungguh dia berasa takut apa-apa akan jadi kepada sang isteri.Dia cuba menghubunginya sekali namun masih sama.Panggilan masuk ke dalam peti simpanan suara.

" Mummy.Qiem dah tak boleh tunggu dah.Nak pergi cari dia juga." Tengku Haqiem sudah mencapai kunci keretanya lalu berlari anak ke keretanya dengan cepat dek hujan yang lebat.

" Tak pernah-pernah Kayla buat perangai macam ini.Selalunya dia akan pergi tenangkan diri dia sekejap je.Ni dah lama pulak." bisik Mary Jonson perlahan.Hanya dia sahaja yang dapat mendengar.

Bukan Tengku Haqiem sahaja yang risau.Bahkan dia juga sangat risau dengan anak angkatnya itu.Tidak menyangka hal sebegini boleh berlaku.Menyesal dia membiarkan Mikayla keseorangan.

Dia menadah tangan memohon supaya Allah melindungi ke mana sahaja dia pergi dan berada.Mudah-mudahan gadis itu tidak apa-apa.

Tengku Haqiem memandu bagai nak gila mencari gadis itu.Dia membuka tingkap sedikit walaupun ada air hujan yang masuk namun dia hanya membiarkannya sahaja.Nyawa sang isteri lebih penting sekarang.

Terjerit-jerit dia memanggil nama isterinya.Kali ini pula jantungnya berdegup laju.Dalam fikirannya,macam-macam spekulasi sendiri.Dia berharap Mikayla berada tidak jauh dari situ.

Dia memberhentikan keretanya di sebelah kebun yang agak luas.Lalu,turun daripada kereta dan membuka payung.Dia mencari-cari gadis itu di balik pokok.Sedang berjalan-jalan,dia terpijak akan satu objek lalu mengambilnya.

Ni jam tangan dia,gumam Tengku Haqiem.Dia kembali semula memerhatikan keadaan sekeliling dengan bantuan cahaya daripada telefon bimbitnya lalu memanggil gadis itu semula.Namun,hampa.Hanya suara dia sahaja kedengaran.

Tengku Haqiem meneruskan pencariannya pula ke arah kilang yang betul-betul di hadapannya itu.Dia mengambil keputusan untuk berjalan sahaja memandangkan jaraknya tidaklah terlalu jauh.

Mungkin firasat dia yang mengatakan isterinya bersembunyi di situ.Dia meneruskan langkah dengan besar menuju ke pintu pagar kilang miliknya.Ketika itu,Pak Tam tiada kerana sedang melepaskan hajat di dalam bilik air pondok pengawal.

Lelaki itu terus menonong ke tepi kilang dan mencari gadis itu.Terjerit-jerit dia.Dari depan hingga ke belakang masih tidak jumpa.Tiba-tiba,dia terlihat akan satu pintu belakang yang terkuak sedikit.Mungkin ada orang di dalam.Terus dia meluru masuk memanggil nama isterinya.

" Ha..Haqiem." panggil Mikayla sayu.Perlahan sungguh suara dia.Mana mungkin Tengku Haqiem akan mendengar.Gadis itu sudah lemah dan pucat lesi.Menggigil sungguh badannya dek terkena air hujan tadi.Dia memeluk tubuh dengan kuat.

Tengku Haqiem sudah menjenguk ke setiap bilik dan kawasan di dalam kilang itu,namun tidak jumpa juga.Ke mana lagi dia perlu mencari.

Bilik loker ? Yes aku belum tengok lagi.

Segera dia berjalan ke arah bilik itu yang agak tersorok sedikit lalu membukanya perlahan.

" Sayang ?! Allahuakbar .Is that you ? " nada Tengku Haqiem sedikit tinggi memandangkan ketika itu dia sungguh terkejut dengan keadaan lemah isterinya.

Dia memegang lutut isterinya lalu melihat ke dalam anak matanya itu.Mikayla hanya menunduk lemah.Sayu hati Tengku Haqiem melihat.

" Ya Allah.Sayang kenapa ni ? Basah baju ni semua.Sayang pergi mana?Kenapa buat abang risau?Separuh mati abang cari sayang." tutur Tengku Haqiem.Dia mencangkung di hadapan isterinya.Lalu,mengusap lembut rambut isterinya.

" Ab...abang." tutur Mikayla sayu.Matanya masih tertutup.

" Yes.Abang ada dekat sini.Shushh.Abang ada.Don't worry.Dah jom abang bawa pergi hospital." kata Tengku Haqiem lalu berdiri semula dan bersedia untuk bangun dan mahu mencempung tubuhnya Mikayla.Namun,segera dia menghalang.Lengannya ditarik semula oleh Mikayla membuatkan lelaki itu terduduk.

" Why sayang?" tanya Tengku Haqiem prihatin.Dia memegang kedua-dua belah tangan sang isteri lembut.

" Tak nak.Nak duduk sini." pinta Mikayla sayu.Ada air mata yang mula merembes keluar.

" Abang tak nak sayang sakit.Sejuk badan tu."

" Tak nak.Nak abang.Duduk sini."

" Okay.Abang duduk sini dengan sayang ye.Sejuk ke ? " tanya Tengku Haqiem lalu membuka sweaternya dan menutup tubuh isterinya yang kesejukan.

" Sayang baring dekat bilik rehat nak?Selesa sikit." lalu Tengku Haqiem mengangkat isterinya dan keluar ke arah bilik rehat pekerja.Dia meletakkan isterinya di atas katil.

Mikayla menarik tangan Tengku Haqiem untuk turut baring di sebelahnya.Terkejut sungguh dengan tindakan drastik sang isteri.Tiba-tiba sahaja jantungnya berdegup laju.Mikayla memeluk lengan sasa lelaki itu.

Tengku Haqiem menarik gadis itu untuk baring di lengannya lalu dia menghadiahkan kucupan hangat di dahi gadis itu.Mikayla yang menyedari akan perbuatan sang suami membuka matanya perlahan.

Tengku Haqiem sedang ralit memandang sepasang anak matanya.Wajah mereka semakin dekat.Terasa nafas masing-masing.Lelaki itu merapatkan sedikit wajahnya sehingga hidung mereka bertemu.

Lelaki itu menyengetkan sedikit kepalanya lalu menghadiahkan kucupan hangat di bibir sang isteri lama.Tidak pula Mikayla membantah sebaliknya dia hanya merelakan bibir sang suami bertaut pada bibirnya.

Bibirnya dilepaskan perlahan.Tengku Haqiem memandang semula anak mata isterinya lalu mengusap lembut rambutnya.Dia menarik semula sang isteri ke dalam pelukannya yang hangat.

Masing-masing melayani perasaan masing-masing di dalam bilik itu berdua.

Share this novel

Nur Husnina 1029
2021-11-09 22:48:24 

bab ni paling aku suka

Nur Husnina 1029
2021-11-09 22:48:24 

bab ni paling aku suka

Nur Husnina 1029
2021-11-09 22:48:24 

bab ni paling aku suka


NovelPlus Premium

The best ads free experience