BAB 83

Romance Completed 438970

Mikayla berdiri di hadapan cermin lama.Menatapnya dengan sayu.Keputusannya untuk ke Australia agak berisiko.Dia terpaksa meninggalkan suaminya di sini.

Dia sendiri belum menjamin sama ada dia akan hidup atau sebaliknya sewaktu pulang nanti.Dia mengulit tubuh badannya yang semakin kurus seperti mayat hidup.

Perlahan-lahan gadis itu menyarungkan tudung kepada kepalanya.Ditarik bagasinya keluar.Mary Jonson yang baru lepas ke tandas,segera mendapatkan gadis itu.

" Mana yang lain?" tanya Mikayla sambil menoleh ke kiri dan kanan.Batang hidung sekawan itu langsung tidak kelihatan.

" Dia orang call mummy tadi.On the way.Kita tunggu kejap ya.Banyak masa lagi sebelum kita ke KLIA." jawab Mary Jonson lembut.

Mikayla laju mengangguk lalu duduk semula di birai katilnya sambil menunggu kehadiran mereka.Dia berhasrat untuk berjumpa suaminya buat kali yang terakhir.Dia mengenggam sekeping surat dan gambar di dalamnya.

Ketukan pada pintu membuatkan bibirnya mengukir senyuman manis.Kelihatan Suraya,James,Aiman Firdaus dan Nurul sedang memegang beberapa buah tangan disambut mesra.

" Kayla ! " jerit Nurul dari luar lalu segera berlari mendapatkan sahabat baiknya.

" Lepasni mesti aku rindu kau." rungut Nurul manja.Didakapnya tubuh itu lama.

" Betul tu.Su pun mesti akan rindu Kayla.Tak dapatlah kita nak jalan-jalan sama nanti." balas Suraya pula.Dia memeluk lengan gadis itu erat.Tersenyum gadis itu melihat.

" Amboi,kau orang dua je dapat peluk,habis Abang Fir ni pun nak peluk Kayla." usiknya lalu berpura-pura untuk mendakap tubuh itu.
Segera James menolak kepalanya.

" Tu makannya.Ada hati nak peluk bini orang.Tahulah dia tu adik angkat kau,kalau dibuatnya laki dia nampak.Mahu dia sebat kau sampai ke menara gading." meletus ketawa masing-masing mendengar ayat James sebentar tadi.

" Tak dapat la Abang Fir nak kacau siapa lepasni." muncung lelaki itu sedepa.

" Ala Abang Fir,Nurul kan ada.Kacau la dia." kali ini Mikayla pula yang mengusik.Terbatuk-batuk gadis itu.

" Dahlah.Nanti,kalau dilayan lagi perangai dia orang tak habis-habis." kata James pula.

" Ni,Kayla.Tak apa ke Abang James dengan yang lain tak hantar Kayla sampai ke airport?Risau pula kami."

" Is okay.Kayla dengan mummy boleh je pergi berdua.Kesian kau orang nanti,nak kena patah balik nak jenguk Haqiem pula."

" Kayla nak pergi jumpa Haqiem kejap." pinta gadis itu lalu berjalan ke arah pintu.Masing-masing menghantar pandangan.
Pintu ditutup semula.Gadis itu mengenggam jari-jemarinya.Berdebar untuk berdepan dengan lelaki itu.

" Kau nak apa?" tanya Tengku Haqiem yang melihat wajah gadis itu muncul di balik pintu.

" Kayla nak jumpa abang kejap." pinta gadis itu takut-takut.Dia duduk di sebelah lelaki itu tanpa kata.Lelaki itu memandangnya dengan pandangan yang kosong.

" Cakaplah kau nak apa.Don't waste my time." angkuh sungguh percakapan lelaki itu.

" Kayla nak cakap thank you."

" For what?"

" Sebab jadi suami Kayla."

" Aku bukan suami kau."

" Kayla nak minta maaf dekat abang atas semua dosa Kayla sepanjang jadi isteri abang.Walaupun abang tak ingat,but is okay.Kayla faham."

" Tu je?"

" Abang izinkan tau Kayla pergi.Doakan Kayla sepanjang operation tu berjalan.Kayla cuma nak abang yakin dan percaya.Inshaallah,kalau Kayla panjang umur,Kayla balik jumpa abang ya."

" Kalau kau nak pergi,pergi je lah.Tak payah nak minta izin bagai.Semak je tengok muka kau dekat sini."

" Tak apa lah abang.Kayla minta diri dulu.Jaga makan dan jaga kesihatan abang tau.Follow apa yang doktor bagitahu abang.Sampai kita jumpa lagi,SYURGAKU dunia dan akhirat."

Menitik air mata Mikayla apabila mengungkapkan kata-kata itu.Hatinya bagaikan ditusuk belati apabila ditengking oleh suaminya sendiri.Ya,dia tahu.Ini semua bukan salah Tengku Haqiem tetapi salah diri dia sendiri.

Tengku Haqiem langsung tidak memandang wajah isterinya.Dia hanya menjeling tajam lalu melemparkan pandangannya semula ke arah luar tingkap.

" You dah ready?" tanya Mary Jonson.

" Yes,I'm ready." jawab gadis itu bersemangat.Dia harus kuat untuk melawan penyakit ini.

" Babe,I'm gonna miss you." nangis Suraya sambil merangkul tubuh lemah itu.Dihamburkan tangisnya pada bahu itu.

" Don't cry.Nanti,kau ajaklah Abang James datang sana." cadang Mikayla.

" Of course.Kalau dia tak nak ikut,aku datang sana seorang."

" Amboi,berani nampak.You tak nak cik abang handsome ni teman ke?" James membuat muka selamba.Segera gadis itu mencubit dadanya kuat.

" Habis aku?Nampaknya aku kena kumpul duit la nak lawat kau pergi sana." rajuk Nurul pula.Rakannya yang lain semua berada,dia?Dia hanyalah seorang gadis kampung sahaja.

" Cik Nurul sayang,Abang Aiman ni kan ada?" kali ini Aiman Firdaus pula yang menyakat.Bukan main lagi lelaki itu.Gatal.

" Kayla,ingat pesan Abang Fir tau.Dah sampai sana,make sure terus call kami.Dekat sana,jaga diri baik-baik.Jangan terpikat dengan mat salleh pula.Anything,Kayla terus call abang.Inshaallah,abang terus sampai."

" Betul apa kata Abang Fir tu.Kalau Kayla ada problem ke,Kayla terus call Abang James tau.Kami ada sentiasa untuk adik abang yang seorang ini."

" Hello,dia adik aku eh?" berebut pula mereka berdua ini.

" Adik kau,adik aku juga.Kayla adik kita.Jaga diri tau.Abang James nak nangis." teriak James sambil menekup mukanya.Mikayla hanya ketawa terbahak-bahak melihat perilaku kedua abang angkatnya.

" Kayla.Nanti jangan lupa aku tau.Aku risau la.Apa-apa kau call aku.Update je keadaan kau dekat sana." pesan Nurul pula.

" Betul tu Kayla.Jaga diri.I love you,Kayla." tutur Suraya memeluk semula gadis itu.

" Thanks semua sebab sudi jaga Kayla.Ambil berat pasal keadaan kesihatan Kayla.Kayla mesti akan rindu semua.Ada masa nanti,lawatlah Kayla dekat Australia.Doakan Kayla kuat tau." ucap gadis itu lemah.Air mata laju menuruni pipinya.

" Dah jom,teksi dah tunggu tu." kata Mary Jonson.

" Wait,mummy.Give me 2 minutes." Mikayla menarik hujung baju Aiman Firdaus ke tepi.Mereka semua membantu wanita tua itu memasukkan barang ke dalam bonet teksi.Segala dokumen yang berkaitan dengan perubatan telah diserahkan sepenuhnya kepada Mary Jonson.

" Why,Kayla?" soal Aiman Firdaus hairan.Gadis itu menghulurkan sekeping surat dan gambar.

" Abang Fir ambil ni.Kayla nak abang serahkan surat ni kepada Haqiem.Surat ni tertulis isi hati Kayla selama ini.Kayla tahu mungkin Haqiem tak akan baca but is okay.As long as Kayla dah usaha.Please."

" Of course,my dear.Abang Fir akan bagi dia.Ingat pesan Abang Fir.Abang Fir sayang Kayla macam adik kandung abang sendiri."

Mikayla mengangguk lalu mereka berdua beriringan ke arah teksi yang sudah menunggu.
Mary Jonson membuka pintu teksi untuk memudahkan anak angkatnya masuk.

Mikayla memandang ke arah cermin tepi dan melihat keempat-empat insan yang dia sayangi.Mereka benar-benar sangat baik terhadap dirinya.Selalu menjaganya di kala susah atau senang.

Dilambaikan tangannya pada mereka sejurus teksi itu bergerak.Air mata sudah membanjiri pipinya.Rindu pada mereka.Tidak tahu sama ada dia akan pulang,atau tidak.Harap mereka dapat bersama sekiranya umurnya panjang.

Dari atas,Tengku Haqiem tegak berdiri menghadap ke luar.Dari tadi dia hanya memerhati gelagat mereka semua.Dari mula,hingga teksi itu bergerak.Hanya pandangan kosong sahaja yang dilemparkan.

Dia kembali semula ke atas katil lalu merebahkan dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience