Gadis itu duduk termenung menghadap Sungai Yarra.Malam itu cuaca semakin dingin memandangkan musim salji bakal tiba tidak lama lagi.Kot berwarna coklat yang tersarung pada tubuhnya dibetulkan.
Dia mengingat semula kata-katanya tadi sewaktu berjumpa dengan kekasih lama,Micheale.Dalam hatinya hanya ada Tengku Haqiem seorang.Tiada lelaki lain yang bertapa dalam hatinya.
Mulutnya sahaja yang lunak berkata dia mahu melupakan lelaki itu namun jauh di sudut hatinya dia mahukan Tengku Haqiem,suaminya semula.Dia menekup wajahnya dan menghamburkan tangisannya di situ.
Nasib baik kawasan itu tiada orang.Kalau tidak,pasti pelik mengapa seorang gadis menangis teresak-esak di situ.Mikayla memegang dadanya yang sebak.Pedih hatinya ketika itu.
" Kenapa aku tak boleh nak lupakan kau?Why?! Aku cintakan kau Tengku Haqiem.Sakit sangat dekat sini." tutur gadis itu dalam esak tangisnya.
" Sayang..." tutur seorang lelaki dari belakang.Mikayla yang kaget terus bangun daripada duduknya lalu memusingkan badannya menghadap ke arah suara itu.
Terkejut gadis itu melihat Tengku Haqiem sudah berdiri terpacak di situ.Matanya menatap sepasang anak mata lelaki itu lama.
Tengku Haqiem menapak ke hadapan mendekati gadis itu.Dengan serta merta dia merentap tangannya lalu mendakap tubuh kecil itu erat.Mikayla yang masih terkejut hanya diam membatu.
Perlahan-lahan tangannya memeluk pinggang Tengku Haqiem dan tangisan dilepaskan pada dada bidang lelaki itu.Mahu menghamburkan segala kesedihan yang terbuku di dalam hatinya.Mikayla menguraikan pelukan mereka selepas itu.
" Abang dah ingat Kayla ke?" tanya gadis itu tersedu-sedu.Air matanya dikesat dengan jari jemari Tengku Haqiem.Lelaki itu mengangguk.
" Abang dah lama ingat sayang." balasnya perlahan.Mikayla kembali memeluk lelaki itu.
" Betul ke sayang nak lupakan abang?" duga Tengku Haqiem.Segera Mikayla menggeleng.
" Mana ada." jawabnya ringkas.
" Habistu dengan lelaki tadi tu?"
" Abang dengar ke?"
" Dengar.Semua abang dah tahu.Sampai hati sayang nak lupakan abang." rajuk Tengku Haqiem pula.
" Taklah.Kayla minta maaf.Tak ada niat pun macam tu."
" I love you,sayang.Lepasni,sayang dah tak boleh lari dari hidup abang lagi dah,faham? Sejauh mana sayang lari,abang akan tetap kejar.Kalau nyawa perlu jadi galang gantinya,abang sanggup asalkan abang dapat tengok isteri abang ni bahagia."
" Janganlah cakap macam tu.Abang tu segalanya dalam hidup Kayla.Kayla tak boleh hidup tanpa abang.Janji dengan Kayla yang abang akan jaga Kayla sampai Kayla mati.Promise?"
" Abang tak nak sayang cakap pasal tu lagi.I really need you in my life.Abang sayang Kayla sepenuh hati abang.I really love you so much." tulus sahaja ucapan yang dihamburkan oleh Tengku Haqiem.
Dia kembali memeluk tubuh gadis itu erat dan mengucup dahinya lembut..Menikmati kebahagiaan mereka berdua pada malam itu bersaksikan bulan dan bintang.
" Jom balik." ajak Tengku Haqiem.
" Balik mana?"
" Hotel." balasnya sepatah.
" Tak nak balik rumah mummy?"
" Tak privacy." bisik Tengku Haqiem di tepi telinga gadis itu.Wajah Mikayla sudah merona merah.Ada-ada sahaja lelaki itu.Segera Mikayla mencubit lengannya.
" Auchh,sakitlah sayang.Badan je kecik,jari tu macam penyepit ketam."
" Tahu pun.Gatal lagi."
" Ala,nak manja-manja dengan isteri sendiri,tak akan tak boleh?" Tengku Haqiem sudah menjongketkan keningnya.Wajahnya dirapatkan hampir mengena hidung Mikayla.Segera gadis itu menepis.
Kalau dilayan suaminya begitu,habislah dia.
" Boleh tak akan tak boleh,nak sangat jom." Mikayla segera menarik tangan lelaki itu cepat.Tengku Haqiem sendiri terkejut.
" Betul ke sayang?" tanyanya tidak percaya.
" Nak kena lagi ke sepit ketam ni?"
" Okay,okay.Jom balik." gurau Tengku Haqiem lalu mereka beriringan masuk menuju ke hotel tidak jauh dari situ.
" Abang bila sampai sini?" tanya Mikayla lalu duduk di birai katil bilik Tengku Haqiem itu.Lelaki itu turut duduk di sebelahnya.
" Baru je.Sayang nak makan apa-apa tak?"
" Dah naik bilik,baru nak tanya?"
" Betul juga.Tidur je lah nak?"
" Haa,dah mulalah tu."
" Mula apa?" sengih Tengku Haqiem.Dia merapati gadis itu semula.Sudah pasti wajahnya sudah merona merah.
" Tu muka kenapa merah? Malu ke tu?" usik Tengku Haqiem lagi.Segera gadis itu menekup mukanya dengan bantal.
Lelaki itu tergelak melihat telatah isterinya itu.Dia menarik bantal yang menutupi wajah Mikayla lalu dicampakkan ke tepi.Dia mencapai tangannya lalu diletakkan pada dadanya itu.
" Degupan jantung abang ni,hanya untuk gadis bernama Mikayla seorang sahaja." tuturnya sambil menatap wajah gadis itu.Tangannya membelai rambut ikalnya.
" Thanks abang." balasnya.
Tengku Haqiem mencempung tubuh kecil itu lalu diletakkan perlahan di atas katil.Mikayla diam tidak berkutik.Menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang isteri memberi layanan kepada sang suami.
Lelaki itu merangkang menghampiri gadis itu lalu mencium dahinya lama.Bajunya dilepaskan satu persatu dan bermulalah hubungan intim mereka sebagai pasangan suami isteri yang sangat bahagia.
Mary Jonson bangun daripada katil untuk ke dapur.Tiba-tiba sahaja tekaknya terasa haus.Dia mengintai sedikit ke luar tingkap.Salji,desis hatinya.Dia memeluk tubuhnya yang kesejukan.Terlupa mahu menyarungkannya tadi.
Dia mendaki anak tangga untuk menuju ke arah biliknya.Seperti biasa,dia akan memeriksa keadaan gadis itu.Apakah dia baik-baik sahaja?
Hampir terbuntang matanya apabila gadis itu tiada.Dia mencari di sekeliling rumah itu namun masih tiada.Dia hilang akal.Kemanalah gadis itu pergi pada waktu sebegini.
Dia mengambil telefon bimbitnya lalu mendail nombor gadis itu.Mujur ada yang menjawabnya setelah hampir 5 kali tiada yang mengangkat.Hatinya berdebar.Risau terhadap gadis itu.
" Hello,Kayla.Dekat mana?Why you keluar tak bagitahu,mummy?" desak wanita tua itu.Bukan apa,dengan keadaan kesihatan gadis itu lagi.
" Ni Qiem." jawab satu suara dalam keadaan separuh mamai.Terbatuk-batuk lelaki itu dibuatnya.Matanya masih tertutup.
" Qiem?Haqiem?Mana Kayla?".Sekalipun Mary Jonson tidak terkejut apabila mengetahui Tengku Haqiem berada di Melbourne.
" Ada dengan Qiem ni.Dia tengah tidur.Kenapa,mummy?"
" Boleh tanya mummy ni kenapa?Kenapa tak bagitahu,mummy?" nafasnya turun naik.
" I'm sorry,mummy.Bukan tak nak bagitahu,benda ni berlaku tiba-tiba.Qiem baru je jumpa Kayla.Dia selamat dengan Qiem.Don't worry.Esok,Qiem bawa Kayla balik rumah mummy." lelaki itu cuba untuk menenangkan Mary Jonson.
" Fine.Jaga dia elok-elok." nasihatnya lagi lalu segera menutup telefonnya.Sepatutnya mereka perlu memberitahu dia Mikayla berada di mana.Dia benar-benar risau dengan gadis itu.
Mary Jonson kembali ke katilnya lalu menarik selimut.Hatinya bertambah tenang sedikit memandangkan Tengku Haqiem ada bersama dengan Mikayla.Mata ditutup rapat untuk tidur semula.
" Siapa tu,abang?" Mikayla mengesat kedua-dua matanya.Matanya dibuka sedikit.
" Mummy." jawab Tengku Haqiem sepatah.Dia menarik pinggang ramping gadis itu supaya lebih dekat.
"Ha?Mummy cakap apa?" terkejut Mikayla apabila mendapat tahu pemanggil itu adalah Mary Jonson.Dia menepuk dahinya kerana lupa untuk memaklumkan kepada wanita tua itu.
" Dia risau dekat sayang.Don't worry.Abang dah bagitahu dia esok kita balik rumah mummy.Dah tidur." bisik Tengku Haqiem perlahan.Matanya ditutup semula.Mikayla mengangguk dan kemudian dia meletakkan kepalanya pada dada bidang suami lalu tertidur di situ.
Share this novel