BAB 42

Romance Completed 438970

" Saya dah tak larat dah.Saya tak mampu dah nak hadap benda ni,Tengku Haqiem.Saya dah penat nak tahu satu demi satu pembohongan awak.Cukuplah awak seksa hidup saya.Sakit hati saya,Haqiem.Sakit sangat.Why me ? Kenapa awak datang dalam hidup saya ? Kenapa awak hancurkan hati saya.Tak apa lah,Haqiem.Anggap je kita tak kenal siapa dah lepas ni.Mungkin saya tak kan jumpa awak lagi sebab saya sendiri dah mati di tangan awak.Lepaskan saya.." tutur Mikayla lembut.

Wajah suaminya langsung tidak dipandang.Dia sudah kekeringan air mata.Menyesal kerana dia terima suaminya semula walaupun dia mencintai lelaki itu sepenuhnya.Namun,apa yang dia dapat ? Hati dia bagaikan direntap.Hancur hatinya bila suami sendiri sanggup menipunya.

Tengku Haqiem memandang wajah isterinya sayu.Tergamam dia bila perkataan berpisah terbit di bibir isterinya.Luluh dia bila mendengarnya.Dia bagaikan kehilangan kata-kata.Tidak sanggup dia kehilangan wanita yang paling dia cintai dan sayangi dalam dunia ini.Sungguh dia tidak mampu menanggungnya.

" Okay..Aku rasa tak perlu kut kau orang nak berdrama dekat sini.So,kau dah tahu kan perangai sebenar syaitan laki kau ni?Apa kata kita main satu game ? Kau nak join tak ? Bini kau ni boleh tahan cantik jugak eh.Mantap.. " kata David lalu menghampiri Mikayla yang duduk di atas lantai.

Dia membuka butangnya satu persatu lalu melonggarkan tali pinggangnya.Mikayla menggeleng laju.Tidak sanggup dia.Dengan perasaan marah,Tengku Haqiem menghampiri lelaki itu lalu menumbuknya buat kali kedua.Orangnya David yang melihat segera melawan lelaki itu.Namun,segera di halang.

" Oii bangsat ! Satu lawan satu ! Kita tengok siapa yang menang," sengih David dan bersedia untuk berlawan.Dia mengesat luka yang berada di tepi bibirnya.

Tengku Natasha yang melihat kejadian itu segera mendekati Mikayla.Dia mengeluarkan sebilah pisau dan tanpa rasa bersalah dia menghunuskan pisau itu ke paha Mikayla.Gadis itu menjerit kesakitan.

" Arghhh " jerit Mikayla sambil memegang pahanya.Darah mula membasahi seluar.Tengku Haqiem yang melihat segera menerpa ke arah sang isteri namun segera dihalang David.Kali ini,dia pula yang menumbuk wajah Tengku Haqiem sehingga terjelopok.

" Now ! " jerit Tengku Haqiem lalu James dan Fir segera menekan butang merah.Dalam beberapa detik sahaja,kawasan itu dikepung.Para pengawal yang lain bersedia lalu menyelusup masuk.Bangunan itu riuh dek tembak menembak antara satu sama lain.Anak buah David tewas satu demi satu.

Bang !

Satu peluru menembusi jantung Tengku Natasha.Wanita itu rebah di atas lantai dan mulutnya mengeluarkan darah pekat.Fir yang melihat keadaan Mikayla,segera menerpa ke arahnya lalu cuba membantu.

Dia memapah gadis itu jauh daripada situ.Masing-masing tidak mahu mengalah.Bunyi tembak-menembak sangat menggerunkan.Menggigil badan Mikayla di buatnya.Cepat-cepat Fir menyelamatkan gadis yang pernah bertakhta di dalam hatinya.

" Kayla are you okay ? Jom I bawak you pergi hospital , " ajak Fir sambil memapah gadis itu dengan berhati-hati.

" No ..Please I don't want.Fir please.I nak you tolong I kali ni je. I'm sorry sebab susahkan you but I nak minta tolong you last.You biarkan I pergi.You patah balik bangunan tu.I kena pergi," rayu Mikayla sambil memegang pahanya yang luka.

" You cakap apa ni Kayla ? Takkan I nak tinggalkan you sorang diri.Kalau jadi apa-apa,apa I nak jawab dengan Haqiem? You bagitahu I you nak pergi mana sebenarnya.I bawakkan? " pelawa Fir lagi.Risau dia membiarkan gadis itu keseorangan diri dengan keadaanya seperti itu.

" Let me go.I kena cepat sebelum Haqiem cari I.Tak ada masa dah ni,Fir.Pergi cepat ! " desak Mikayla kepada Fir sambil menolak bahu lelaki itu.

Aiman Firdaus mengerutkan dahinya dan pada masa yang sama hatinya berbelah bahagi.Kesian dia melihat keadaan gadis itu namun dia dengan keterpaksaan,dia beredar dan sempat berkata.

" Okay,Mikayla.You dengar cakap I.Depan tu ,kalau you jalan,you dah nampak jalan besar.You kena cepat as long diorang masih dekat dalam lagi.You jangan risau.Nanti,tahulah I nak cover," kata Fir lagi seraya berlari semula ke arah bangunan itu.

" Mikayla..Hati-hati..I nak you jaga diri you.I nak bagitahu you yang I cintakan you.Tapi,I tahu yang you bukan milik I.I dah anggap you macam adik I.I sayang you,Kayla.Pergi cari ketenangan." nasihat Fir lagi dan berlari semahunya.

Mikayla mengesat air matanya yang bercucuran.Dia mengangguk tanda faham lalu menyeret kakinya ke dalam semak samun.Dia harus lari dari semua ni.Lari dari Tengku Haqiem.Dia berharap yang dia tidak akan berjumpa suaminya itu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience