BAB 58

Romance Completed 438988

Nurul mengerlis sekilas ke arah Mikayla yang ralit membuat kerja.Kadang-kadang dia melihat gadis itu tidak senang duduk.Entah apalah yang difikirkan gadis itu.Dia sendiri buntu.Mikayla yang menyedari sahabatnya itu asyik memandang dia segera menegur.

" Ada apa Nurul ? Dari tadi asyik pandang aku." tanya Mikayla terus.Matanya diarahkan kepada Nurul yang berdiri di sebelahnya.

" Kau la.Sakit-sakit pun datang kerja.Nasib baiklah,tak jadi apa-apa semalam.Dah lah aku tak ada." rajuk Nurul sambil memuncungkan bibirnya yang sedepa.Geli hatinya melihat.

" Aduh.Tak ada apalah.Aku dah okay sikit.Cuma,still rasa tak sihat lagi.Kepala pun sakit lagi ni." adu Mikayla.

" Tulah kau.Nak sangat mandi hujan.Kan dah kena.Habistu macam mana? Kau nak rest dekat bilik dulu ke ? Aku tolong bawak kan kau." pelawa Nurul lagi.Tangannya sudah berura-ura untuk menarik gadis itu pergi.Segera Mikayla menggeleng.

" Aku tak naklah.Nanti,apa yang lain cakap.Nanti,dia orang cop aku ni mengada pula.Nanti,sihat tu." jawab Mikayla ringkas.

" Fine ! Nanti,kalau jadi apa-apa,aku tak nak tanggung.Aku dah kasi amaran. " marah Nurul semula.Geram dengan sikap rakannya yang keras kepala itu.Mikayla hanya menggelengkan kepalanya perlahan.Matanya tertangkap pada sosok baru datang dari arah luar.

Ha...Haqiem ?

Dia berundur selangkah demi selangkah ke belakang.Matanya terkebil-kebil memandang insan yang paling dia rindui selama ini.Jantungnya bagaikan mahu meletup saat ternampaknya.Aku tak mimpi kan? bisik hatinya.

Langkahnya dipercepatkan.Masing-masing memandangnya pelik.Sungguh Tengku Haqiem tidak perasaan akan kehadirannya memandangkan di kawasan itu ada puluhan pekerja.

Encik Musa turut bersama dengan mereka pada hari itu.James,Suraya serta Encik Sato turut berada dan masing-masing berdiri di belakangnya.Tengku Haqiem tegak memandang ke arah pekerjanya yang lain.

Nurul yang sedari akan kehilangan rakan baiknya,lantas melaungkan namanya kuat dan bergema kawasan itu.Masing-masing memusingkan badan mereka ke arah belakang dan melihat Mikayla sedang berlari ke arah belakang.

MIKAYLA ! ! !

Jerit Nurul.Pelik melihat rakannya yang macam baru ternampak hantu.Sudahlah sakit,bertambah pucat lagi wajah itu.Mikayla menoleh ke hadapan semula.

Zupp...Matanya tepat memandang ke arah Tengku Haqiem.Mata mereka saling bertaut antara satu sama lain.Terkedu lelaki itu dibuatnya.Kakinya bagaikan dipaku.Terdiam dia seketika.Terkejut dengan apa yang baru dia lihat.

MIKAYLA BINTI MUSTAPHA !

Jerit Tengku Haqiem dari belakang.Mikayla menoleh semula dan segera mempercepatkan langkahnya.

" Setapak kau melangkah,peluru aku ni akan tepat kena pada kau." jerit Tengku Haqiem.Semua yang berada di situ terkejut dengan apa yang berlaku.Mereka masing-masing menunduk ke lantai.Tidak berani memandang wajah majikan mereka yang garang itu.

" Aku nak yang ada dekat sini semua keluar.Kecuali Mikayla.Get out ! " jerit Tengku Haqiem.Masing-masing berlari anak menuju ke pintu yang telah disediakan.James yang melihat hanya memerhati lalu mengangguk tanda faham.

Kesempatan itu digunakan gadis itu untuk melarikan diri.Tengku Haqiem yang perasan akan ketiadaan Mikayla segera mencarinya.Mikayla membuka pintu bilik stor dengan perlahan.Risau kalau suaminya dapat mengesyakinya.Dia menutup pintu itu lalu menguncinya.Dia menekup mulutnya supaya tidak menghasilkan bunyi.Derapan tapak kaki semakin kedengaran.Menggeletar badannya.Rasa mahu pengsan pun ada.

" Sayang.Aku tahu kau ada dekat dalam.Is that you,Mikayla?Gadis yang selamanya ada dalam hati aku,sampai aku mati.Puas aku cari kau.Please,aku rindukan kau." rayu Tengku Haqiem dari luar.Mikayla menangis tersedu-sedan.Sebak hatinya.

" Get out ! Kenapa kau muncul semula dalam hidup aku ? Please,Tengku Haqiem.Kenapa kau seksa hati aku macam ni ? Kenapa saat ini ? Kenapa kau muncul dalam hidup aku sedangkan aku berjuang untuk lupakan kau.Pergi.Tolonglah.Jangan seksa hati aku.Aku sakit." pinta Mikayla sambil memeluk lututnya dan bersandar pada pintu.Wajahnya disembamkan ke dalamnya.

" No.Please dengar apa yang aku nak explain." pujuk Tengku Haqiem lagi.Sayu sahaja suaranya.

" Aku tak perlu dengar apa yang kau nak cakap.Kau pembunuh ! Pembunuh.Kau bunuh family aku.Kau punca anak aku mati.Kau ! " bentak Mikayla keras.Terkejut Tengku Haqiem mendengar bila anaknya sudah tiada.

" Aku minta maaf dekat kau,sayang.Please.Buka pintu ni.Aku nak jumpa kau.Aku nak tengok wajah tu.Aku nak peluk kau,aku sayang dan cintakan kau,Mikayla binti Mustapha.Please." pujuk lelaki itu semula.Dia tidak akan berputus asa dengan gadis itu.Never !

" Aku tak kisah kalau kau nak pukul aku.Aku terima.Asalkan kau dapat terima aku.Aku sanggup." kata Tengku Haqiem lagi.Mikayla tidak menjawab.Sebaliknya,dadanya tiba-tiba terasa sesak.

Tercungap-cungap dia mencari nafas.Di hujung stor,ada satu kepulan asap gelap yang tiba-tiba muncul.Mikayla memandang ke arah itu dan cuba mencari puncanya.Dia bangun dengan berhati-hati.

Sushhh...tiba-tiba api menjadi marak dengan sekelip mata.Asap mula memasuki lubang hidungnya.Terjerit dia seketika.

" Mikayla ?! Sayang.What's wrong?!" tanya Tengku Haqiem risau.Dia mengetuk pintu itu dengan kuat.Berdebar jantungnya.

Dari lubang bawah pintu,ada satu asap yang mula keluar dari celah-celah itu.Terkejut bukan kepalang lelaki itu apabila melihatnya.Api sudah marak dari dalam.Dia menendang pintu dengan kuat dan akhirnya pecah pintu itu dek tendangan yang sangat kuat.

Dia melihat gadis itu sudah terbaring lemah.Terbatuk-batuk gadis itu.Dia menepuk pipinya dengan perlahan.Cuba mengejutkannnya.Namun,tiada respon.Dengan pantas,dia terus mencempung tubuh gadis itu keluar.Pekerja yang lain melihat situasi dramatik itu dengan riak hairan.

" Call bomba or anything.Now ! " arah Tengku Haqiem lantang seraya meletakkan tubuh gadis itu di belakang.Dengan pantas,dia meloloskan diri ke tempat pemandu dan memecut meninggalkan perkarangan kilang itu.

Ada yang takut ada yang masih tenang pun ada.Dari jauh,Amin hanya memerhati gadis pujaanya dirangkul oleh seorang lelaki.Ada riak sedih di wajahnya.Nurul hanya melihat reaksi Amin dengan penuh kecewa.

Share this novel

Nur Husnina 1029
2021-11-01 14:05:31 

aku belum puas tengokk

Nur Husnina 1029
2021-11-01 14:05:18 

update lagi pls

Nur Husnina 1029
2021-11-01 14:04:57 

awal nye


NovelPlus Premium

The best ads free experience