BAB 10

Romance Completed 438988

Cuaca pada pagi itu cerah dan sesekali langit menjadi mendung.Hujung tahun macam ni cuaca memang tidak menentu.Tumbuhan hijau yang memagari villa milik Tengku Haqiem sangat meredupkan.Nyaman sahaja rasanya.Dari arah balkoni, jauh kelihatan sebuah pulau yang sangat cantik sehingga menimbulkan rasa tenang dalam diri.Sesekali kedengaran bunyi kicauan burung.

Mikayla yang tersentak dari lamunan,segera menghadapkan badannya ke arah Tengku Haqiem.Suaminya itu berdiri betul-betul dibelakangnya.Tidak perasan bila suaminya itu tegak seperti itu.Namun,ada sedikit kegusaran dalam hatinya.

"Amboi jauh kau termenung.Kemain lagi kau eh?" sergah Tengku Haqiem.Wajahnya begitu serius.Rasa macam nak bunuh orang je dia ni,bisik Mikayla dalam hati.

"Kau dengar sini,baik-baik.Kejap lagi,aku nak pergi office,aku nak kau kemas dalam rumah ni.Dari atas sampai bawah.Dari dalam sampai ke luar.Walaupun dalam rumah ni ada orang gaji,aku nak kau buat semua kerja dalam rumah ni.Balik nanti kalau aku tengok ada tak kemas,mampus kau aku kerja kan.And lagi satu,jangan sesekali kau masuk bilik aku.Kak Senah sahaja yang dibenarkan masuk.Kalau kau masuk dan usik barang-barang aku,lunyai aku kerja kan kau?!Kau faham tak perempuan?! ," jerkah Tengku Haqiem.

Mikayla hanya mengangguk lemah.Dia faham apa yang disampaikan oleh sang suami.Kak Senah hanya memerhati tindakan mereka suami isteri itu.Kepalanya digelengkan berkali kali menandakan dia tidak setuju apa yang Tengku Haqiem katakan kepada sang isteri.

"Kak Senah,sini jap! Saya nak Kak Senah pantau betina ni.Make sure dia buat apa yang saya suruh.Kak Senah akan saya naikkan gaji.Cuma saya nak Kak Senah tengok je apa yang dibuat.Jangan sesekali tolong.Kalau dia cuba lari dari tempat ni,Kak Senah terus call saya.Taulah apa nasib betina ni kalau dia cuba larikan diri," pesan Tengku Haqiem kepada pekerjanya.Mikayla hanya menjadi pendengar setia dari tadi.Sebutir perkataan langsung tidak dibicarakan.Dia hanya menundukkan kepalanya.

Tengku Haqiem berjalan dengan laju menuju ke pintu depan.Mikayla segera membuntuti suaminya.Dia memanggil suaminya dengan nada yang lembut.

"Awak,nak salam," segera gadis itu menghulurkan tangannya.Dia teringat akan pesan mamanya.Kalau dia dah jadi isteri orang,perkara pertama yang dia kena buat sebelum suami keluar,adalah menyalami suaminya sendiri supaya hubungan menjadi lebih erat.

Tengku Haqiem hanya memandang sekilas lalu bergerak menuju ke bahagian pemandu.Mikayla yang dari tadi menunggu terkulat-kulat di pintu utama villa itu.Hampa,kecewa dan sedih menyelubungi hatinya.Apalah nasibnya menjadi seorang isteri kepada Tengku Haqiem.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience