Malam itu hujan turun dengan lebatnya.Suasana di Kinrara Specialist Hospital memang sungguh mendamaikan ditambah pula dengan angin sepoi sepoi bahasa.Waktu waktu macam ni,penghuni hospital itu sudah bersedia untuk mengambil ubat masing masing sebelum tidur.
Mikayla yang ditempatkan di bilik VVIP 207,masih tidak sedarkan diri.Bunyi mesin oksigen kedengaran kuat.Mikayla masih seperti itu dan masih bergantung dengan bantuan pernafasan.Tidak tahu bila yang dia akan sedar daripada koma.
Tengku Haqiem sendiri telah mengarahkan beberapa orang anak buahnya untuk mengawasi Mikayla.Dia sempat berpesan jangan sesekali membiarkan gadis itu lari atau diapa apakan.Sekiranya tidak,dia akan bunuh seorang demi seorang anak buah yang ditugaskan untuk menjaga Mikayla.
Perut Kamal dari tadi berbunyi bunyi kerana sejak tengahari lagi dia tidak menjamah apa apa hidangan.Kamal juga merupakan orang kedua yang paling dipercayai Tengku Haqiem selain Danish.Malam malam macam ni kalau dapat pekena biskut kering dengan air kopi kaw memang terangkat.
"Bro,aku laparla.Aku nak turun pergi cafe kejap.Kau orang ada nak pesan apa apa tak?," tanya Kamal kepada Danish dan beberapa orang bodyguard yang lain.Dia menepuk nepuk perutnya yang sedikit buncit itu kepada rakannya.
"Kau beli la dekat kitorang apa apa je," jawab Danish sekilas sambil sibuk memerhatikan keadaan sekeliling.Mana tahu ada benda yang mencurigakan jadi dia perlu berhati hati.
Kamal hanya mengangguk lalu bergerak ke pintu lif.Semasa dia hendak menekan punat,ada seseorang yang menepuk bahunya.Dia memandang ke belakang dan melihat ada seorang lelaki memakai kot putih.Jawapannya mestilah dia seorang doktor,takkanlah pocong,ketawa Kamal dalam hati.
"Tumpang tanya.Bilik Cik Mikayla dekat mana ya?," kata seorang doktor lelaki itu.
"Kau ni siapa?Setahu aku doktor yang merawat Cik Mikayla hanya Doktor Malik," tanya Kamal was was.Dengan keadaan sebegini dia perlu berjaga jaga kerana musuh berada di mana mana sahaja.
"Ouh saya Doktor Fizi.Doktor Malik dia ada emergency jadi saya yang akan ambil alih tugas dia," kata doktor itu sambil tersenyum.
Kamal berfikir sejenak lalu mengangguk.Dia menunjukkan arah bilik di mana Mikayla ditempatkan.Doktor itu tadi hanya mengangguk tanda faham lalu berterima kasih sebelum mengorak langkah menuju ke arah yang ditunjukkan oleh Kamal.
Usai membeli sedikit biskut dan air tin,Kamal bergegas naik ke tingkat 4 di mana majikannya itu dirawat.Karang kalau tiba tiba Tengku Haqiem datang secara mengejut dan dia tidak ada,masak dikerjakan oleh singa yang seorang itu.
Lif pintu dibuka perlahan.Terkejut bukan kepalang apabila menyaksikan ada aksi kejar mengejar antara seorang doktor dengan beberapa orang yang lain.
"Eh kenapa ni?" gumam Kamal seorang diri.Hatinya berasa tidak sedap.
"Kamal ! Kejar jantan tu Kamal ! "teriak Danish dari arah belakang.Suasana di hospital itu riuh dek bunyi tembak menembak antara satu sama lain.
"Danish ! Kau pergi tengok Cik Mikayla,sekarang ! ," arah Kamal kepada rakannya yang lain.Dadanya berombak dan peluh di dahi merecik.
Beberapa minit sebelum kejadian ~
"Saya Doktor Fizi.Doktor yang mengantikan Doktor Kamal.Dia ada emergency sekarang namun saya diarahkan untuk menggantikan beliau," kata doktor itu sambil tersenyum hingga menampakkan barisan giginya yang agak kuning.
Danish dan rakannya yang lain memandang antara satu sama lain.Mungkin mereka teragak agak mahu membenarkan lelaki itu masuk atau tidak.Akhirnya,mereka bersetuju sebelum membenarkan doktor itu melakukan pemeriksaan ke atas majikan mereka.
Doktor Fizi menapak ke dalam bilik yang menempatkan Mikayla.Dia menutup pintu bilik itu perlahan kerana risau jikalau Mikayla terjaga daripada tidur.Sesekali dia menoleh ke arah luar kerana bimbang bodyguard Mikayla perasan akan tindakannya.Dia tersenyum kecil lalu mendekati katil Mikayla.
Pisau lipat dikeluarkan daripada kot baju putihnya.Dia berbisik sendirian,
"Tamatlah riwayat kau perempuan," kata lelaki itu sebelum menghunus pisau tadi ke perut Mikayla.Dengan pantas,darah di perutnya membuak buak.Mesin oksigen berbunyi dengan kuat dan tidak menentu.Mikayla yang bergantung dengan alat pernafasan tercungap cungap menarik nafas.
Doktor Fizi dengan pantas berlari keluar sebelum memecut dengan kelajuan sama seperti jaguar.Rasaya lagi laju kot.Dengan sepantas kilat,dia meloloskan diri daripada bodyguard sebelum dikerjar oleh mereka.
Bodyguard yang menjaga Mikayla segera menoleh lalu mereka terkejut bukan kepalang melihat keadaan Mikayla yang sebegitu.Penuh dengan darah dan pernafasannya tidak sekata.
Dengan cepat,Doktor Malik dan beberapa orang jururawat segera bergegas ke bilik Mikayla selepas mereka meminta petugas kesihatan membantunnya.Mereka sedaya upaya menyelamatkan Mikayla.
Beberapa orang pengawal saling kejar mengejar antara satu sama lain dan beberapa das tembakan dilepaskan sehingga menyebabkan penghuni hospital berasa gerun dan takut.Akhirnya,lelaki yang menggelarkan dirinya doktor itu berjaya meloloskan dirinya di balik semak.
Doktor Malik mengarahkan jururawatnya yang lain membantunya menolak katil Mikayla ke wad ICU.Pembedahan harus dijalankan dengan segera.Luka akibat tikaman di perutnya begitu dalam.Keadaan Mikayla betul betul dalam keadaan kritikal.
Para pengawal yang lain dari tadi segera pulang ke bilik Mikayla dengan nada yang tercungap.Pucat sungguh muka masing masing apabila terkejut dengan situasi yang baru sahaja berlaku tadi.Belum mereka hadap lagi singa buas itu iaitu Tengku Haqiem.Apa lah alasan yang mereka harus bagitahu.
Masing masing diam membatu.Masih terkejut dengan situasi sebentar tadi.Hati mereka bagai dihiris sembilu apabila mengenangkan nasib mereka selepas ini.Apa patut mereka jawab?Patut ke mereka memaklumkan berita tadi pada Tengku Haqeim?Apa reaksinya?
Share this novel