Mikayla cuba bangun daripada situ.Terasa seluruh uratnya sakit dan lenguh setelah dikerjakan suaminya sendiri.Dia mencapai bajunya lalu menyarungkan ke tubuh kecilnya.Dia terasa jijik melihat dirinya sendiri kerana diperlakukan sedemikian tanpa belas ihsan seorang lelaki yang bergelar suami.
Walaupun mereka sah menjadi pasangan suami isteri,namun dia dilakukan tanpa rela.Gugur air matanya mengenangkan kejadian petang tadi.Dia mengesat air matanya yang bercucuran.Matanya terpandang sebuah kotak di penjuru bilik.Baru dia perasan ada kotak di situ sedangkan semasa dia masuk tadi dia tidak perasan.
Hatinya terasa tidak sedap.Lalu,dia cuba bangun juga untuk tahu isi di dalam kotak itu.Hatinya terasa tidak sabar lagi mahu membuka.Kotak berwarna merah jambu dengan corak bunga ros ditatapnya.Tangannya membuka penutup kotak itu.
Debaran di dadanya kian memuncak.Tersentak dibuatnya apabila melihat gambar seseorang di dalam kotak itu.Dia menekup mulutnya.Sungguh fikirannya tertanya mengapa gambar itu berada di dalam kotak ini dan di dalam bilik ni.Apa yang berlaku desis hatinya.
Tangannya menyelak pula kertas di bawah gambar itu.Dengan segera dia membuka lipatan tersebut lalu membaca isinya perlahan.
"Marissa,ketika kau membaca surat ini mungkin aku sudah tiada.Sungguh aku tertanya tanya mengapa kau pergi meninggalkan aku tanpa sebarang kata.Aku takut,aku rindu kan kau sayang.Kemana kau pergi?Kenapa kau tinggalkan aku tiba tiba?Aku dah tak mampu lagi nak teruskan hidup tanpa kau di sisi.Kau lah segalanya dalam hidup aku.Aku tak punya sapa sapa lagi sayang.Why sayang,why?"
From:- Tengku Haiqal yang sentiasa merindui dan mencintaimu,Marissa hingga hujung nyawa
Mikayla menutup surat itu dengan wajah yang terkejut.Wanita ini,Marissa ini!Ya Allah,kenapa gambar dia ada dekat sini?!Apa hubungan dia dengan Tengku Haiqal,Tengku Haqiem dan dirinya,Mikayla.Dahinya berkerut cuba untuk membuat tafsiran.
Tetapi,segala tafsirannya langsung tidak mempunyai jawapan sebaliknya dia cuba untuk tidak membuat andaian sendiri.Perkara ini,dia harus cari tahu apa punca dan dengan bertanya kepada suaminya sendiri.
"Aku harus cari jawapan sebalik semua ini"
-
Balai Polis Dang Wangi,Kuala Lumpur
"Tuan,kami dah sahkan barang milik Mikayla binti Mustapha ada di parking lot kondo itu.Cap jari memang milik dia.Sekarang,kami sedang mengenal pasti bagaimana barang itu ada di situ dan ke mana dia pergi.Tapi tuan,kami tak jumpa sebarang bukti atau rakaman cctv tuan sebab semua cctv di kawasan parking lot tu tak berfungsi. " jelas Sarjan Hanafi tegas sambil memegang fail berwarna kuning itu.
"So,kamu semua ada cuba tanya tak jiran-jiran dia atau guard yang jaga kawasan parking lot tu?" tanya Inspektor Ismadi pula.
"Dah tuan.Saya ada tanya dekat jiran jiran namun biasala tuan,jiran dia semua macam malas nak ambil tahu saja tuan.Ada yang kata dia tu pelajar dekat Berlin,tuan.Dan lagi satu tuan,yang peliknya masa tu guard yang jaga parking lot tu tak ada tuan.Tak tahu dia pergi mana sebab kami dah tanya management dekat kondo tu tetapi hampa jugak tuan.Mereka kata mungkin guard dekat situ pergi toilet sekejap" kata Sarjan Hanafi sungguh sungguh.
Inspektor Ismadi hanya mengangguk tanda faham.Dia cuba mencari cara lain bagaimana mahu menjumpai Mikayla setelah beberapa minggu lepas ada seorang wanita yang membuat laporan polis di Pulau Pinang dan balai polis itu bekerjasama dengan balai polis berdekatan rumah Mikayla.
-
Villa Tengku Haqiem
"Bik,sini jap.Mulai sekarang,aku nak kau jangan sesekali pergi ke bilik bawah tanah tu tanpa izin aku.Kau hanya dapat keizinan aku bila waktu makan betina tu je,kau faham?!" tengking Tengku Haqiem kepada pembantu rumahnya.Terhinjut bahu pembantu rumahnya itu apabila digertak sedemikian.Silap haribulan nyawanya melayang.Macam la dia tidak kenal tuannya itu.Siapa yang cari pasal dengannya alamatnya nyawa melayang terus.Namun,pelik jugak sifat Tengku Haqiem ni kerana dia bukan jenis orang yang suka seksa mangsanya lama lama.Ambil masa dalam sehari dua je dia dah tamatkan riwayat mangsanya kerana ingin memuakan hatinya.
Namun pelik bila dengan Mikayla.Dia seksa wanita itu cukup cukup dan masih menyimpannya sehingga sekarang.Entah apa la yang dia tak puas hati dengan gadis sebaik Mikayla itu dia pun tiada jawapan.Dia hanya mengangguk dan segera berlalu meninggalkan tuannya.Kalau lama lama nanti pistol dipoket Tengku Haqiem pula diacukan kepadany.
Share this novel