Petang itu hujan agak lebat.Mikayla berlari anak untuk segera pulang ke villanya.Terlupa pula dia hendak membawa payung.Dah tahu cuaca macam nak hujan masa nak keluar tadi,kenapalah aku tak bawak payung,dengus Mikayla sedirian.
Beberapa biji kereta dan motor memberinya hon.Mungkin simpati melihat keadaanya yang basah kuyup dan mungkin juga pelik mengapa dia berlari dalam keadaan sebegitu sambil membawa plastik berisi barang dapurnya.
Okay dah nak sampai dah.Eh dia dah balik ke?Allahuakbar,macam mana ni? Ya Allah,lindungilah aku.Dari beberapa meter,dia ternampak kereta berwarna hitam milik suaminya,Tengku Haqiem.Debaran di dada semakin memuncak.Risau apa yang akan berlaku selepas ini.
Dia menanggalkan seliparnya di hadapan pintu rumah.Memasuki villa itu dengan berhati hati.Kelihatan Tengku Haqiem yang duduk di atas sofa tegak memadang tepat ke arahnya.Hampir terkucil Mikayla dibuatnya.Pandangan itu memang menyeramkan.Sebelah Tengku Haqiem adalah Kak Senah yang memandangnya simpati.Mungkin sudah dapat agak nasib Mikayla selepas ini.
" Kau memang jenis tak faham bahasa kan,betina?! Aku cakap dengan kau jangan keluar,kau keluar jugak! Kau memang suka buat aku naik angin.Perempuan macam kau ni memang layak dapat hukuman macam ni "
Pap ! Satu tamparan hinggap di pipi Mikayla.Ada luka kecil di tepi bibirnya namun luka itu sangat pedih.Mikayla terjerit kecil.Dia menyeret tubuh Mikayla naik ke bilik atas.Gadis itu meronta minta untuk dilepaskan.Namun,rayuannya tidak diendahkan.
Tengku Haqiem menghempas tubuh Mikayla ke lantai sehingga menyebabkan dahinya terhantuk pada bucu meja solek disisinya.Satu sepakan tepat mengenai perut Mikayla.Ketika itu,Mikayla tidak berupaya lagi untuk bangun,sudahla dia hampir seharian mengemas villa dan tambahan pula dia tidak makan lagi hingga ke petang.
Akhirnya,Mikayla pengsan tidak sedarkan diri.Tengku Haqiem membiarkan Mikayla keseorangan di dalam bilik itu tanpa sepatah kata kata.
Kak Senah hanya keras membatu di bawah.Tidak berani dia bertentang mata dengan Tengku Haqiem yang baru sahaja turun daripada atas.Apala lelaki ini buat dengan isterinya.Dayus betul!
" Kak Senah tahu kan apa nasib dia dan nasib Kak Senah kalau Kak Senah membenarkan dia keluar tanpa izin? Sekali lagi saya dapat tahu Kak Senah bagi dia keluar atau makan,habis saya kerjakan Mak Senah.Dengan dia dia sekali jadi arwah.Faham Kak Senah?! "ugut Tengu Haqiem.
Kak Senah hanya mengangguk tanda faham.Dia mengesat air matanya perlahan.Tengku Haqiem mengambil kunci keretanya lalu keluar meluru ke arah kereta.Sepantas kilat,berdesup keretanya meninggalkan villa itu.
-
Star Club
"Sayang,kenapa ni ? nampak macam stress je ?" tanya tunangnya itu dengan nada yang agak menggoda.Pakaianya begitu menjolok mata.Ketat sana sini sehingga menampakkan lurah di dadanya.Dress mini paras lutut yang berwarna merah itu nampak menarik bagi siapa sahaja yang melihat.
" No lah sayang.I okay je.You je yang perasan lebih.Malam ni kita enjoy nak ?Jom menari dengan I ? " tanya Tengku Haqiem sambil membelai rambut tunangnya lembut.
Tanpa jawapan,tunangnya menarik lengan Tengku Haqiem ke tengah tengah kelab itu.Lampu berwarna warni dipasang diiringi lagu yang sangat rancak.Air kencing syaitan diteguk tanpa was was.Langsung tidak tahu soal halal dan haram.Mereka tewas dek bisikan syaitan.Alpa dengan dunia yang sementara ini
Malam itu Villa Tengku Haqiem sunyi sahaja.Kadang kadang kedengaran bunyi cengkerik.Sungguh mendamaikan suasana pada malam itu.Mikayla yang baru bangun daripada pengsan mengintai jam yang terletak di dinding.
Mashallah,dah pukul 10.30 malam dah,bisik hati Mikayla.
Dah berapa lama aku terbaring macam ni?Aduhai sakitnya perut aku.Laparnya,rungut Mikayla.Malam itu urat sendinya terasa tegang.Badan menjadi lenguh.Pintu dikuak dengan perlahan.Terpampang wajah Kak Senah dibalik pintu.Di tangannya terdapat dulang yang berisi sepinggan nasi,tomyam,telur dadar dan juga sedikit kailan ikan masin dan juga segelas air suam.
"Alhamdulillah,Mikayla dah sedar? Kebetulan Kak Senah bawa makanan ni untuk kamu.Dah seharian dah kamu tak makan kan?Kak Senah minta maaf sebab Kak Senah tak tahu nak buat apa.Tuan larang Kak Senah tolong dan bagi Mikayla makan.Tapi,Mikayla kena makan cepat tau sebab Kak Senah takut Tengku Haqiem balik.Dah makan cepat.Lepas makan terus mandi lepastu solat ye.Ganti solat mana yang tertinggal tadi. " panjang lebar arahan yang diberikan kepada Mikayla.Mikayla hanya mengangguk lemah.
Pantas dia menghabiskan lauk yang Kak Senah masak.Habis licin sepinggan nasi itu.Alhamdulillah kenyang perut aku.Mikayla mengucapkan syukur.Cepat cepat dia mencapai tuala dan membersihkan diri.Selesai mandi,dia mencapai telekung dan membentangkan sejadah untuk solat dan membaca Al Quran.
Kemudian,dia menanti sama ada mahu tunggu Tengku Haqiem pulang atau dia pergi tidur dulu.Ahh tunggu je la.Mikayla menapak menuruni anak tangga.Gelap gelita je bawah ni.Mana Kak Senah,tanya Mikayla sendirian.Dia mengambil remote tv di atas meja.Membuka rancangan yang dapat menghiburkan hatinya malam itu.Sesekali dia ketawa dek lawak yang dilakonkan dalam cerita itu.
Selang beberapa minit,matanya terasa sungguh berat.Akhirnya dia terlelap di atas sofa sendirian diiringi dengan bunyi televisyen yang masih terpasang.
thank you for your support
Share this novel
aku nangis do bace novel ni
update please
update please