BAB 75

Romance Completed 438988

Aiman Firdaus sudah bersiap-siap untuk berjumpa dengan rakan baiknya itu di kampung.Dia bercadang untuk memulakan perjalanannya pada waktu malam memandangkan lebuh raya yang tidaklah terlalu sibuk seperti biasa.Tak adalah kakinya lenguh kalau jalan asyik sesak dengan penggunanya.

Dia menghidupkan enjin kereta mewah miliknya jenama Porsche Panamera berwarna biru pekat lalu menutupnya perlahan.Sejak pulang petang tadi,dapatlah dia menghabiskan masa bersama ibu bapanya di villa itu.Jenuh ibunya melarang dia pergi,namun tetap berdegil juga.

Katanya,dia sudah bosan duduk di bandar dan negara orang.Peluang ini digunakan dengan baik untuk berehat di kampung.Dapatlah dia merasai pengalaman tinggal di sana.Pandangannya terhenti apabila bunyi yang menandakan ada panggilan masuk.

Dia menyumbatkan airpod miliknya lalu menekan butang hijau.

" Kau dah gerak ke ? " tanya James garau.

" Dah.Baru je tadi.Kau ni jadi tak nak ikut sama ? " soal Aiman Firdaus pula.Kawan baik yang tidak dapat dipisahkan.

" Of course la.Esok aku gerak sebab aku dengan Suraya nak fitting baju kahwin esok pagi.Petang macam tu baru kita orang gerak.Dah sampai sana kau roger je aku."

" Sure." jawabnya sepatah.

" Kau tu hati-hati.Aku doakan kau jumpa jodoh dekat sana." perli James lalu ketawa terbahak-bahak.Panas lelaki itu mendengar.Dasar kawan !

" Aku terajang kau nanti apa pun tak dapat.Cinta aku dah mati dah.Dah lah.Layan kau ni agaknya sampai tahun depan baru sampai.Chauu ! " jawab Aiman Firdaus lalu menamatkan panggilannya.Malas mahu melayan perangai gila James.Takut nanti dia pun jadi tak betul dah.

Dia mengingatkan kembali perbualan tadi.Ya,cinta dia sudah mati buat Mikayla binti Mustapha.Dia sendiri mengakui yang dia masih menyayangi gadis itu.Namun,hanya sebagai seorang abang kepada seorang adik.Kadang kala dia juga tidak tahu mana satu cinta dan sayang.

Tetapi,perasaannya itu tidak boleh dibiarkan lama.Gadis itu sudah jadi hak milik sah kepada lelaki lain.Matanya kini tertumpu ke arah jalan raya yang suram dan hanya berbekalkan cahaya lampu yang malap.Keretanya berdesup meninggalkan kota bandar menuju ke arah pantai timur.

Tengku Haqiem berjalan mundar mandir di hadapan wad kecemasan yang menempatkan isterinya.Sudah lebih sejam dia menunggu namun masih belum mendapat khabar.Takut,risau semua menjadi satu.Sememangnya dia takut untuk kehilangan isterinya.Mary Jonson yang melihat gelagat lelaki itu yang tidak senang duduk segera menegurnya.

" Qiem,duduklah dulu. " suruh Mary Jonson.Pening dia melihat Tengku Haqiem yang sekejap duduk,sekejap berdiri.

" Macam mana ni mummy ? Qiem risau sangat ni." ada nada bergetar dalam suaranya.

" Perbanyakkan istighfar.Inshaallah,dia tak apa-apa." nasihat wanita tua itu lagi.Pada masa yang sama,dia juga merasakan hal yang sama.Risau yang teramat kepada gadis itu.Namun,dia cuba menyorokkan.Tidak mahu dia menunjukkannya kepada Tengku Haqiem.

Pintu itu dibuka dengan perlahan.Segera Tengku Haqiem mendekati seorang doktor lelaki dan dua orang jururawat yang berada di belakanya.Tidak sabar untuk tahu perkembangannya.

" Tengku Haqiem,suami kepada Puan Mikayla,betul ? " doktor itu meminta kepastian.

" Boleh ikut saya kejap ? " ajak doktor itu yang bernama Doktor Chin.Tengku Haqiem mengangguk seraya membuntuti langkah doktor itu tadi dari belakang menuju ke dalam bilik peribadinya.

Dia menarik kerusi berhadapan dengan doktor itu lalu memandangnya.Doktor Chin menyelak fail berwarna coklat milik Mikayla binti Mustapha.Serius sungguh wajahnya itu.

" Alright,macam ni Tengku.Untuk kes Puan Mikayla ni,hari itu ada seorang doktor personal in charge untuk take over kes dia.Jadi,sekarang doktor itu cuti jadi saya lah yang gantikan dia."

" Setelah saya buat pemeriksaan ke atas beliau,tak ada kecedaraan luar yang terlalu serius.Hanya ada beberapa luka sedikit di wajahnya."

" Cuma ada satu perkara penting saya nak bagitahu." kali ini Doktor Chin memandangnya dengan lebih serius.Dia membetulkan cermin matanya yang melorot ke hidung.

" Dah masuk stage 3.Sel kansernya sudah merebak hampir ke seluruh organ dalamannya.Jika dibiarkan lama,saya bimbang keadaan ini akan menjejaskan lagi kesihatannya.Ikut pada jadual rawatan ini,saya tengok ada dalam 2 kali juga dia tak dapat hadir jalani rawatan kimoterapi.Boleh saya tahu kenapa ? " tanya Doktor Chin.

" 2 kali ? Setahu saya setiap kali kimoterapi dia akan datang.Tak pernah miss pun doktor." terjongket kening Tengku Haqiem dibuatnya.Mahu tercabut jantungnya mendengar.Adakah gadis itu menipunya ?

" Saya rasa mungkin dia cuba mengelak daripada menjalani rawatan.Saya harap encik sebagai suaminya menasihatinya supaya mengikut temujanji dengan kami.Keadaan dia tak sama dah macam dulu.Sekarang ini,lebih teruk.Saya risau akan perkara buruk menimpanya."tegur Doktor Chin.

" Ada solution tak doktor ? " tanya Tengku Haqiem.Sejak tadi,dia mendiamkan diri.

" Operation.Kita kena jalani pembedahan secepat mungkin.Peluang dia yang saya boleh bagitahu 50-50.Tengku kena perbanyakkan doa." Tengku Haqiem tertunduk ke bawah.Ada air mata yang mula mengalir laju.Dia berterima kasih kepada doktor itu sebelum meminta izin untuk keluar.

Mary Jonson yang melihat reaksi Tengku Haqiem segera mendapatkannya.Ingin dia tahu perkembangan semasa anak angkatnya.

" How ? Doktor cakap apa ? " tanya Mary Jonson melulu.Dia menarik nafas ke dalam sebelum memulakan bicara bagi mengumpul semangat.

" Sel kanser dah merebak ke organ yang lain.Doktor cakap dia kena buat operation untuk buang sel kanser tu.Peluang dia untuk hidup 50-50.Apa yang perlu Qiem buat mummy ? Qiem tak sanggup nak hadapi semua ni.Qiem tak mampu.Qiem tak kuat." esak Tengku Haqiem.Dia sudah terduduk di atas lantai.

Lututnya terasa longgar.Nyawanya bagaikan melayang.Dia meraup mukanya kasar.Cuba memahami perkara yang baru jadi tadi.

" Sama macam arwah Marissa.Tak apa Qiem.Kita kena banyakkan usaha dan tawakal.Inshaallah ada jalannya.Mummy izinkan Qiem bawa Mikayla pergi Australia.Kita cuba apa yang terbaik untuk dia."

" Marissa ? " tanya Tengku Haqiem.

" Yes."

Tengku Haqiem mengangguk laju.Dia beredar menuju ke arah surau untuk menunaikan solat sunat dan membaca Al Quran seketika.Dia mahu menenteramkan dirinya sebentar.Mahu mengadu kepada Yang Maha Esa.

*guys sorry tau klu dlm bab bab perubatan ni ada yg tersalah ke apa kan.klu salah minta maaf ye.*

Share this novel

norsila
2021-11-13 10:54:26 

napo samo pyakit dgn akaknya....


NovelPlus Premium

The best ads free experience