Get the app for full experience
Pagi itu hujan renyai-renyai.Tidak dengar langsung bunyi siulan burung-burung.Sejuk sungguh pagi itu.Tubuhnya yang kurus itu kelihatan membongkok sedikit kerana terlalu sejuk.Sakit sungguh badannya kerana tidur tanpa beralaskan apa-apa.
Tok tok..Bunyi pintu seperti diketuk.Cepat cepat Mikayla duduk diposisinya.Eh ni siapa pulak?
"Mikayla,Mak Leha ada bawakkan bubur untuk kamu.Kamu makan la ye?Dari semalam kan tak makan.Mak Leha suapkan" lembut sahaja percakapan orang tua ni.Sayup sungguh pandangan mata Mak Leha.
"Makcik ni siapa?",terpacul soalan yang keluar daripada mulut Mikayla
"Panggil Mak Leha je,Mikayla.Mak Leha ni pembantu dalam rumah ni",kata Mak Leha kepada Mikayla.
Aikk macam mana dia tahu nama aku?Kenal pun tak.Haishh bermacam macam persoalan yang ada di dalam pemikiran dia sekarang.
"Mak Leha!Siapa bagi Mak Leha masak dan bagi betina ni makan?!" terhinjut bahu mereka berdua apabila disergah oleh lelaki semalam iaitu Tengku Haqiem.
"Maaf kan Mak Leha,Tengku.Mak Leha tak tahu",sayu je suara Mak Leha.
"Kalau tak tahu,kenapa pandai pandai buat?Perempuan ni tak patut kita bagi makanan dekat dia.Biar dia kebulur.Baru puas hati aku",tersentak hati Mikayla bila diperlakukan sebegitu.
Orang tua itu cepat cepat mengemaskan sisa makanan dan minuman di lantai itu.Dia meminta diri untuk ke dapur dan menyambung tugasnya.
Apalah nasib aku dekat sini,bisik hati Mikayla.