Dress labuh berwarna putih dengan bermotifkan corak bunga tampak elok di tubuhnya.Dipadankan pula dengan plain shawl menaikkan seri wajahnya yang aslinya sudah putih melepak.Solekannya pada malam itu tidak tebal.Hanya memakai bedak dan sedikit lipstick.
Mikayla tersenyum sendirian di hadapan meja solek.Puas hatinya atas hasil kerja tangan Boy yang merupakan jurusolek dan pereka yang diupah oleh Tengku Haqiem.Dia merapikan tudung yang melilit kepalanya.
" Amboi cantiknya cik adik yang seorang ini.Manis sangat la sampai buat abang jatuh cinta.Haa gitchew, " kata Boy a.k.a mak nyah sambil membetulkan tudung Mikayla.
" Amboi you ni.Puji bukan main lagi," cebik Mikayla.Berbunga hatinya bila dipuji sebegitu.
" Of course cik adik oii.You ni memang asli dah cantik.I just tap tap,walahh dah siap," kata Boy sambil melentikkan tangannya.Mikayla hanya ketawa sambil menggeleng.
Kedengaran bunyi ketukan pintu mematikan situasi itu.Pintu dikuak sedikit dan terpancul muka Kamal iaitu pengawal peribadinya.Mikayla melemparkan segaris senyuman kepada pengawalnya itu.
" Maaf kacau Cik Mikayla dan Boy.Cik Mikayla,tadi Tengku Haqiem call saya yang dia emergency jadi dia terpaksa datang office dulu before datang ke party tu.Jadi,dia arahkan saya untuk bawa Cik Mikayla dan personal assistant dia untuk pergi dulu party tu dulu.Nanti,dia akan menyusul kemudian," kata Kamal panjang lebar.
" Ouh yeke.Baguslah kalau macam tu.Mana PA dia," tanya Mikayla sambil mengangkat wajahnya mencari kelibat yang dikatakan PA kepada Tengku Haqiem.
" Ya,Cik Mikayla.Saya Suraya.Personal assistant kepada Tuan.Saya diarahkan untuk teman Cik Mikayla malam ini," kata Suraya seraya memunculkan diri.Cantik !
" Hai,Suraya.Wah,ada la kawan saya kan.Tak ada keseorangan," kata Mikayla teruja.Dia bangun daripada kerusi lalu bersedia untuk ke majlis pada malam itu.Tiba tiba dia terfikirkan satu idea,mungkin inilah masanya dia nak melarikan diri daripada cengkaman manusia bertopengkan syaitan itu.Lagipun,hanya Kamal dan Danish sahaja yang menjadi pengawalnya.Ya,dia harus tekad !
Lagu Nothing's Gonna Change My Love dari George Benson kedengaran merdu sekali.Ramai betul tetamu yang hadir ke jamuan hari jadi pada malam itu.Mikayla sedikit gugup ketika itu.Sudahla dia tidak mengenali siapa-siapa.Nasib ada Suraya.Ada juga teman dia untuk berborak.Tak adalah keseorangan.
Pintu belakang dibuka oleh pengawalnya itu.Mereka berdua beriring memasuki perkarangan villa mewah tersebut.Mikayla memaut lengan Suraya ingin mengurangkan degupan di jantung.Bukan apa,dia tidak biasa dengan parti sebegitu.Orang kaya pulak tu.
" Su,saya takut la.Saya tak biasa datang majlis macam ni.Tengok tu,semua macam golongan atasan je.Saya pulak rasa segan," kata Mikayla kepada Suraya.Suraya memandang wajah comel Mikayla lalu tersenyum manis.
" Ala,Cik Mikayla.Don't worry,okay?Saya kan ada.Cik Mikayla boleh ikut ke mana je saya pergi kalau Cik segan," kata Suraya cuba menenangkan gadis itu.
" Aduh awak ni pun satu.Dah berapa kali saya cakap,panggil je Mikayla.Saya tak biasa la.Lagipun kan kita sebaya," kata Mikayla dengan nada tidak puas hati.
" Baiklah,Mikayla.But,nanti depan Tengku Haqiem saya kena panggil panggilan hormat tau," jawab Suraya seraya menarik tangan gadis itu ke dalam.
Pelayan di sepanjang pintu masuk villa itu menyapa mereka berdua dengan mesra.Mereka menunjukkan arah di mana tetamu lain berkumpul.Suraya meminta izin kepada Mikayla untuk ke tandas sebentar.Bulat mata Mikayla bila Suraya berkata begitu.Tak nak lah dia masuk sorang,desis hatinya.
" Ala kejap je,Mikayla.Su dari tadi tahan sakit perut.Kasilah Su chance nak membuang kejap," rayu Suraya sambil membuat muka simpati.Ada ada je si Suraya ni.
" Alahai,macam macam la Su ni.Is okay saya tunggu Su dekat sini," kata Mikayla lagi.
" Takkan Mikayla nak tunggu Su dekat sini?Masuk je ambil makanan yang ada.Nanti Su pergi dekat Mikayla ye?," kata Suraya lalu bergegas ke bilik air di belakang.Time macam ni la perut kau nak sakit Su,bisik hatinya.
Aduh,minah ni sakit perut pula.Balun je la Mikayla.Tebalkan sikit muka tu.Lagipun,bukannya siapa kisah pun kau datang.Mikayla cuba mengumpul semangat sebelum melangkah ke pintu masuk.
Semasa kakinya melangkah ke tempat acara,suasana tiba tiba menjadi suram sedikit.Berpuluh pasang anak mata memandang ke arah Mikayla.Masing berbisik antara satu sama lain.Mikayla yang menyedari puluhan anak mata yang tepat memandangnya tersenyum malu.
Dah kenapa semua pandang aku macam nampak hantu ni,desis hatinya.Dia melangkah perlahan lahan memasuki ruang itu.Tiba tiba ada seseorang yang mencuit bahunya dari arah belakang.Tersentak Mikayla di buatnya.
" Hai,sorang je?,"tanya lelaki itu.Dia tersenyum memandang Mikayla.
" Erm,eh tak.Tak nampak ke saya ada bawa anak anak ni.Ramai ni," jawab Mikayla dengan nada bergurau.Lelaki tadi ketawa geli hati melihat jawapan yang dikeluarkan oleh Mikayla.Comel je dia,desis hati lelakinya.
" You tunggu siapa?," tanya lelaki itu tadi.
" I tunggu Suraya.Dia tadi cakap nak pergi tandas.Sakit perut katanya," jawab Mikayla sambil meninjau mencari gadis itu.
" I ,Aiman Firdaus.You can call me Fir.Nice to meet you and you Mikayla kan?" tanya lelaki itu untuk kepastian.
" Yes I'm Mikayla.Macam mana you tau nama I sebab dekat sini semua I tak kenal," tanya Mikayla hairan.Rasanya dia tidak mengenali siapa pun disitu kecuali Suraya.
Lelaki itu hanya ketawa melihat wajah kehairanan Mikayla.Tiba tiba ada satu perasaan yang menyelinap dalam hatinya.
" I tahu nama you dari Haqiem.I kawan baik dia dengan lagi seorang,James.You kenal kan,James?" tanya Aiman Firdaus.
" Yes I kenal dia.I pernah jumpa dia.Before this, I tak pernah nampak you pun?" jawab Mikayla lagi.
" I baru je balik dari Berlin.I study dekat sana.Baru je beberapa hari I balik.Kebetulan pulak today is my birthday so I pun apa lagi.Just celebrate," jawab Aiman Firdaus ramah.
" Oh my god ! You study dekat Berlin?I sekarang tengah cuti sem and I pun study dekat sana," jawab Mikayla.
"Seriously?!Which course,Mikayla?Nampaknya kita ada jodoh ni," jawab Aiman Firdaus seraya tersenyum.
" I study course music dekat Berlin University of The Arts.I really love piano," kata Mikayla lagi.
"Wow ! I pun study course yang sama jugak.But I suka main violine.Okay lepas ni apa kata you mainkan satu lagu untuk birthday I,please?" minta Aiman Firdaus.
"Okay,sure.I pun dah lama tak main.But,kalau I salah,you jangan gelakkan eh?"
"Okay I promise but can I ask you one more question?" tanya Aiman Firdaus lagi.Mikayla tidak menjawab sebaliknya dia hanya menganggukan kepalanya.
"Can I know you ada apa apa relationship ke dengan Tengku Haqiem?" tanya Aiman Firdaus ingin tahu.
Mikayla terdiam.Dia kehilangan kata.
next chapter soon
Share this novel