BAB 13

Romance Completed 438988

Pintu utama villa itu dikuak dengan sangat kasar.Mikayla yang tersentak dek bunyi yang kuat itu segera terjaga.Alangkah terkejutnya dia melihat seorang gadis memapah suaminya untuk masuk ke dalam rumah mereka.Mikayla ketika itu hanya diam membisu,bingung memikirkan situasi yang berlaku.

Melihatkan keadaan suaminya seperti orang mabuk amat memeranjatkannya.Lagi bertambah mengejutkannya melihat seorang wanita asing bersama suaminya itu.Tunang Tengku Haqiem yang melihat Mikayla tegak seperti patung cendana menegurnya dengan kasar.

"Oii perempuan ! Kau tak nampak ke Tengku Haqiem ni mabuk?!Tolongla aku papah dia.Dasar orang gaji pemalas!" jerkah tunangnya Tengku Haqiem.

Wah sukahati kau je panggil aku orang gaji?dengus Mikayla dalam hati.Dia tak tahu ke yang aku ni isteri Tengku Haqiem.Dasar tak tahu malu pegang laki aku.

"Kau buat apa lagi tercegat dekat situ,betina?!Mana orang gaji lagi satu?!Kak Senah mana?!Eh jap kau ni siapa?!"

Ketika itu,Tengku Haqiem separuh sedar.Masih mampu berfikir dan berkata.Lantas dia menjawab persoalan yang diajukan tunangnya kepada Mikayla.Cuba membetulkan tulang belakangnya menjadi lurus.

"Ouh perempuan ni.Dia orang gaji baru I sayang.You tak payah tahu la sayang.Tak penting.Jom naik atas." ajak Tengku Haqiem seraya menarik tangan tunangnya melakukan perkara yang amat dimurkai.

Tersentak Mikayla dibuatnya apabila suaminya ingin melalukan perbuatan terkutuk itu di dalam rumah mereka.Dadanya diurut perlahan.Ya Allah,kuatkanlah aku,bisik hatinya.

-

Mikayla bangun daripada katilnya dan menapak ke dalam bilik air.Setelah membersihkan diri,dia terus mengambil air wuduk dan segera menunaikan solat sunat tahajud.Pagi itu terasa tenang sahaja.Hanya dia dan sang pencipta.Dia memanjatkan doa.Penuh kesyahduan.

"Ya Allah,kau tabahkanlah hatiku.Ampunkanlah dosa suamiku,Ya Allah.Sungguh aku tahu itu perbuatan yang sangat keji.Ampunkanlah dia.Kau lembutkanlah hatinya untuk mencintaiku.Sesungguhnya aku benar benar mencintainya walaupun aku tahu aku bukanlah sapa sapa di matanya."

Mikayla meraup wajahnya perlahan.Gugur air matanya saat berdoa kepada pencipta.Dia melipat sejadah lalu menggantungya.Lalu,dia merebahkan dirinya di atas lantai sementara menunggu masuknya waktu Subuh.

tq for support

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience