Hujan masih tidak berhenti dari malam semalam.Cuma kali ini hanya gerimis sahaja.Sejuk tidak terkata pagi subuh itu.Keadaan kilang itu masih sunyi tidak seperti sebelum ini.Selalunya,pasti ada beberapa orang pekerja yang sudah terpacak di hadapan kilang itu awal pagi buta.
Maklumlah,ini kali pertama kilang itu tidak beroperasi dek arahan daripada pemilik syarikat.Tak rugi pun kalau dia menutupnya sehari sedangkan ada beberapa puluh lagi kilang yang dimiliki oleh mereka di dalam atau di luar negara.
Usai solat,mereka berdua menadah tangan serentak dan Mikayla turut meng amin kan doa yang dibaca imamnya di hadapan.Dia berdoa dengan penuh khusyuk dan ikhlas.
" Ya Allah.Ampunilah segala dosa ku,dosa isteriku,ahli keluargaku dan seisinya muka bumi ini.Rahmatilah perkahwinan kami dalam menjalani kebahagiaan sebagai sepasang suami isteri.Kuatkanlah hati kami berdua menempuh onak dan duri dalam melayari bahtera ini.Cekalkanlah hati kami di dalamnya.Kau berikanlah kesembuhan buat isteri tercintaku,Mikayla binti Mustapha.Sungguh benar aku amat mencintainya sepenuh hati aku.Amin" - Tengku Haqiem.
Matanya kini beralih kepada lelaki yang sedang berdoa di hadapannya.Tidak tahu apa perasaannya ketika itu.Ada nada syahdu di dalam setiap doanya.Matanya ralit memandang Tengku Haqiem yang sedang mengetuai doa.Dia turut menekup wajahnya dengan kedua-dua tangan menghabiskan doanya.
Tengku Haqiem memusingkan badannya ke belakang dan menghadap betul-betul di hadapan isterinya.Dia duduk bersila lalu mendekatkan jarak antara mereka.Melihat perbuatan suaminya,dia turut berbuat sama.Mata mereka memandang antara satu sama lain.Cuba mengumpulkan semangat.
Dia mencapai tangan sang isteri dan mengusapnya lembut.Kesempatan itu digunakan Mikayla untuk mencium tangan suaminya.Tengku Haqiem turut memegang kepala isterinya lama.
" I ' m sorry sayang." ucap Tengku Haqiem tulus.
Menyedari ada air mata yang menitis,cepat-cepat dia menyeka.
" Saya pun nak minta maaf.Saya banyak salah." tutur Mikayla pula.Kali ini,dia pula yang menangis seperti bayi.Lembut betul hati perempuannya.
" No.Abang yang berdosa dengan sayang.Abang gagal jadi suami yang terbaik untuk sayang." kali ini Tengku Haqiem pula yang mengesat air mata isterinya.Dia memegang kedua-dua pipi gadis itu agar mereka bertatapan.
Betapa bersyukurnya dia apabila sang isteri mula menerima dirinya semula.Hatinya meronta-ronta untuk memeluk gadis itu.
" Abang janji dengan sayang,abang akan jaga sayang sampai bila-bila.Tak ada seorang pun yang boleh sakitkan sayang.Never." Mikayla mengangguk sambil tersenyum kecil.Ini kali pertama dia melihat lelaki itu menangis.Menyedari akan isteri yang ketawa segera dia mengerutkan dahi.
" Kenapa sayang gelak ? " tanya Tengku Haqiem pelik.Mikayla menggelengkan kepalanya laju.Dia menekup mulutnya.
" Comel awak nangis." kata Mikayla pula.
" Come here." kata Tengku Haqiem lalu menarik gadis itu untuk duduk di atas ribanya.Dia memeluk pinggang gadis itu erat.Mikayla yang terkejut akan tindakan spontan itu turut membalas pelukan daripada sang suami.
" I love you sayang." tutur Tengku Haqiem lembut di tepi telinga Mikayla.Wajah gadis itu mula panas.Malu mungkin.Mereka berdua berpelukan lama sambil ditemani hujan.
" Sayang.Lepas ini,jom kita jalan-jalan nak tak ? " ajak Tengku Haqiem yang sedah mengeringkan rambutnya menggunakan tuala mandi.Usai sahaja solat Subuh,mereka berdua mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dan membersihkan diri masing-masing.
Mikayla yang sedang menyikat rambut menjeling sekilas ke arah suami di atas katil.Dia berfikir sejenak sebelum berkata.
" Malaslah.Duduk rumah lagi bagus." jawab Mikayla selamba.Dia kembali menyikat rambutnya semula.Tengku Haqiem yang melihat reaksi selamba isterinya menghampiri gadis itu yang berada di meja solek.
Terkebil-kebil dia memandang wajah suaminya yang belum berbaju.Dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain.Risau perkara lain yang jadi pula.Namun,dia juga mencuri pandang ke tubuh sasa suami yang kelihatan begitu seksi.Dia meneguk liur perlahan.
Tanpa berfikir panjang,lelaki itu mencempung tubuh Mikayla lalu meletakkannya perlahan di atas katil.Terjerit gadis itu dibuatnya.Tengku Haqiem merapatkan tubuhnya.
" What are you doing,Tengku Haqiem?" marah Mikayla masam.Bibirnya dimuncungkan sedepa.Geli hati suaminya melihat.
" Not Tengku Haqiem or Qiem.Please call me 'Abang'." perangkap Tengku Haqiem.Matanya masih memandang ke dalam anak mata isteri.
" Tak naklah." balas Mikayla.Tengku Haqiem tersenyum sinis lalu merapatkan wajahnya betul-betul di hadapan isterinya.Terbeliak biji matanya melihat.Rasa macam tak bernafas pun ada.
Mikayla,cool.Relax.Yes aku tahu dia sexy tapi sabar.Tarik nafas.Jangan tergoda.Damn! Dia senyum pula.Matilah aku,jerit Mikayla di dalam hati.
" Betul tak nak panggil ? Jangan menyesal ." usik Tengku Haqiem lagi.Suka betul dia mengusik gadis itu.Wajahnya sudah merona merah.
" No." jeling Mikayla manja
Tengku Haqiem bangun lalu berura-ura untuk membuka tali pinggangnya.Gila ke jantan ni ?
" Abang ! " jerit Mikayla.
Hampir terlepas tali pinggangnya ke bawah.Jantungnya tiba-tiba menjadi laju.Shit ! Sabar,Haqiem.Terkebil-kebil dia memandang isteri.
" Fine.Sayang ikut abang jalan-jalan." mengalah Mikayla terus.Dia terus duduk bersila dan memeluk tubuh.Merajuk agaknya.
" Abang tak salah dengar kan ? " kata Tengku Haqiem dengan riak yang tidak percaya.Dia terus duduk bersila di hadapan isterinya lalu memegang tangannya.
" Cepatlah kata nak keluar.Baju pun tak pakai lagi.Dah pergi." kali ini Mikayla pula mengubah topik.Tersipu malu dibuatnya.
Tengku Haqiem yang melihat mencuit hidung isterinya sedikit lalu menapak ke arah bilik air semula untuk memakai bajunya.Mikayla menekup wajahnya menggunakan bantal.Arghh,malunya.
Aiman Firdaus menyarungkan tshirt lengan pendek ke arah tubuhnya.Dia menyikat sedikit rambutnya ke belakang.Kelihatan jelas kekacakan lelaki itu.Dia tersenyum sedikit.
Lelaki itu yang menyedari ada panggilan masuk segera dia mengangkatnya.Sudah kenal dengan pemilik suara itu.
" Kau dah dekat mana ? " tanya sahabat sejatinya,James.Lelaki itu tergelak kecil.
" Dekat hotel lagi.Flight aku pukul 2 petang." jawabnya pula.
Lelaki itu sudah hampir sebulan berada di negara Jepun bagi menghadiri pertunjukan muzik di sana.Dia diberi tanggungjawab untuk membuat persembahan kepada golongan kurang upaya.Padanya,walaupun mereka insan istimewa tetapi mereka berhak untuk mengasah bakat dan menonjolkan lagi bakat yang terpendam.
Jadi,dengan hati yang terbuka dia telah bercadang untuk ke sana dan cuba mencari pengalaman baru.Mana tahu ada ilham yang datang dan boleh dikongsi dengan anak murid di pusat muzik miliknya.
" Kawan kita lagi seorang tu mana ? " tanya Fir pula.Rindu dengan sahabatnya.
" Dia ada dekat kilang.Nanti lah aku cerita."
" Mikayla ? "
" Dah kenapa pula kau tanya pasal dia ? Ni kalau si Qiem tu dapat tahu,makan penumbuklah kau."
" Alah aku tanya je." rungut Fir.Sungguh walaupun dia sudah melupakan Mikayla namun masih ada nama gadis itu yang berlayar di fikirannya.
" Dia adalah dengan suami dia.Kau tu nanti dah sampai call aku tau.Aku datang ambil kau.Tunggu je tau."
" Thanks bro." ucap Aiman Firdaus lalu mematikan panggilannya.Dia memasukkan semula telefon pintarnya ke dalam poket lalu menarik bagasinya ke luar.
* just nak tanya.apa function coin tu ye ? sbb sy newbie lagi,so that nak tahu la yg bagi coin tu utk apa? yg tahu cuba komen.hehe.thanks.*
Share this novel
Alhamdulillah best ceritanya ,x sabar rasa nya nak tau kesudahannya..