BAB 59

Romance Completed 438988

" Dah jumpa siapa punca?" tanya Tengku Haqiem tegas.Dia memandang wajah James dengan serius.Nafasnya tidak sekata.Siapalah yang berani bermain api,bisik hati James.Bukannya dia tidak kenal dengan perangai rakannya yang seorang itu.Kalau ada yang menghalangnya,dia akan lenyapkan orang itu dengan kejam.

Kali ini,orang itu benar-benar menguji kesabarannya.Masih ada lagi musuh yang tidak puas hati dengannya sehingga isterinya sendiri terlibat.Runsing dia memikirkan.Fikirannya terhenti dek sapaan daripada doktor yang baru keluar daripada bilik itu.

" Suami Puan Mikayla?" tanya doktor wanita itu meminta kepastian.Tengku Haqiem mengangguk lantas bertanya tentang keadaan isterinya yang tercinta.

" Saya ada benda nak bagitahu encik.Jom ikut saya" arah doktor itu seraya menunjukkan ke arah biliknya.Tengku Haqiem mula cuak.
Lelaki itu menarik kerusi berhadapan dengan doktor itu lalu memulakan bicara.

" Macam mana keadaan isteri saya?" tanya Tengku Haqiem memandang ke dalam anak mata doktor wanita itu.Wanita itu memandangnya penuh sayu.Perit untuk dia beritahu.

" Alhamdulillah,keadaan Puan Mikayla sudah stabil sekarang.Nasib baik Encik bawa dia cepat dan asap yang masuk ke dalam paru-paru dia tak menyeluruh." cerita doktor wanita itu.Tengku Haqiem mengangguk lemah.Bersyukur kerana Allah masih meminjamkan gadis itu untuknya.

" And one more thing.Saya harap encik dapat tabah dan kuat.Saya nak encik sentiasa support walau macam mana pun keadaan Puan Mikayla." ucap doktor itu lembut.

Tengku Haqiem mula kehairan.Apa yang cuba disampaikan oleh doktor di hadapannya ini.Dia meneguk liur yang mula terasa pahit.Berdebar,takut semua menjadi satu.

" Apa maksud doktor.Just straight to the point." jawab lelaki itu serius.

" Puan Mikayla menghidap kanser rahim stage 2.Tapi,encik jangan bimbang kerana peringkatnya masih awal lagi dan masih sempat untuk dia menjalani kimoterapi. " bicara doktor itu senafas.

Deg !

" What ? You tipu . No way.Where is she? Aku nak jumpa dia." bentak Tengku Haqiem keras.

" Sabar,Encik.Puan Mikayla masih belum sedarkan diri.Saya nak encik kuat dan sebagai orang yang paling rapat dengan dia always bagi dia kata-kata semangat.Jangan tunjuk yang kita mudah menyerah.Bantu dia. " nasihat doktor itu yang melihat Tengku Haqiem mula resah.

Dia meluru ke arah luar dan terduduk di kerusi panjang.Dia memegang dadanya yang terasa sakit.Ya Allah,apakah ini? Kasihan isteri aku.Kenapa kau kejam,Haqiem.Kenapa kau kejam !

Sungguh ketika itu hatinya luluh mendengar.Dia berasa jijik dengan diri sendiri kerana sanggup berlaku zalim ke atas isterinya sendiri.Dia mula menyalahi diri sendiri.Kesal semua ada.

Dia meraup wajahnya dengan kasar.Lalu,segera bangun daripada kerusi itu dan bergerak ke arah masjid yang berdekatan.Dia mahu mengadu kepada sang Pencipta.Dia mahu berdoa.

Selepas menunaikan solat,dia duduk bersila seraya menadahkan tangan.Ada air mata yang menitik di wajahnya.Namun,dibiarkan sahaja.

" Ya Allah,ampunilah dosa aku.Aku sedar yang aku terlalu kejam dengan isteri aku sendiri.Aku abaikan dia,aku seksa dia.Aku hancurkan kesucian dia selama ini yang dia jaga penuh hormat.Sungguh aku mengadu padamu Ya Allah.Aku sekejam-kejam manusia.Ampunilah segala dosaku.Kau sihatkanlah isteri aku.Kau berilah dia kekuatan untuk dia tempuhi penyakit maut ini. " doa Tengku Haqiem lalu meng amin kan doa itu tadi.

Dia menangis teresak-esak di hadapan sejadah.Tidak peduli sekiranya ada mata yang memerhati gerak gerinya.Sungguh dia berdosa.Esakannya terhenti apabila ada sentuhan lembut di bahunya.Segera dia mendongak.

" Nak okay ke ? Pakcik tengok kamu sedih." tanya pakcik itu selaku imam masjid di situ.Dia tersenyum lalu mengambil tempat di hadapan Tengku Haqiem.

" Pakcik.Saya dayus.Saya tak layak dapat dia.Dia sebaik-baik wanita yang pernah saya jumpa.Saya kejam.Perangai saya tak ubah macam syaitan." jawab Tengku Haqiem.

" Astaugfirullahalazim.Apa yang kamu kata ni,nak? Manusia tak pernah lari daripada kesilapan.Mana ada manusia yang sempurna.Kita ni sebagai manusia kena sentiasa perbetulkan diri dan cuba berubah menjadi insan yang baik.Inshaallah dipermudahkan." nasihat imam itu lagi.Dia menepuk bahu lelaki itu lembut.Cuba menenteramkan fikirannya yang sedang kusut.

" Tapi,ustaz.Saya ni tak layak jadi suami yang sempurna kepada seorang isteri yang baik macam dia.Sedikit pun dia tak pernah mengeluh.Dia terlalu sempurna di mata saya.Sumpah saya bertuah dapat dia." cerita Tengku Haqiem.Terhinjut bahunya bercerita.

Imam itu hanya mengangguk cuba mengumpul tenaga.Kini,Tengku Haqiem sudah meluahkan segala isi hatinya selama ini.Dia mengangguk tanda faham dan cuba memahami situasi yang diceritakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience