BAB 44

Romance Completed 438988

Pagi itu Tengku Haqiem sudah siap membersihkan diri.Hari itu,dengan semangat yang tinggi,dia ingin berusaha mencari isterinya sendiri.Dia ingin memeluk gadis itu erat.Dia mahu memohon maaf atas segala kesalahan dia selama ini.Dia gagal jadi suami yang terbaik kepada isterinya.

Sungguh benar-benar waktu itu,dia seperti seekor kucing yang kehilangan anaknya.Tercari-cari.Hari itu,lain dari kebiasaan dia hanya menyarungkan tshirt ke tubuhnya lalu memakai seutas jam tangan.Dia harus segera mencari isterinya.

Langkahnya di atur pula ke lobi bawah.James dan Fir tidak ikut bersamanya kerana Tengku Haqiem ingin mencarinya seorang diri.Dia tidak mahu menyusahkan rakan-rakannya.Kunci kereta dikeluarkan daripada poket seluar lalu berdesup meninggalkan perkarangan hospital itu.

Mikayla yang baru sahaja siap membersihkan diri,segera menyarungkan tudung sarungnya.Hari itu,dia meminta keizinan daripada doktor untuk pulang lebih awal namun Doktor Hanisah melarangnya kerana keadaanya masih lemah selepas keguguran ditambah pula luka ditikam di lengannya.

Puas dia pujuk akhirnya doktor itu mengizinkan.Tetapi,Mikayla diminta untuk tidak melakukan sebarang aktiviti lasak atau berbuat kerja rumah memandangkan keadaanya masih belum stabil.Mary Jonson terlebih dahulu mempelawakan dirinya untuk menjaga gadis itu dalam tempoh berpantang.

Walaupun dia bukan asalnya keturunan Melayu,tetapi dek pengalamannya menjaga menantunya,Marissa ketika berpantang masih dipraktikkan.Usai bersiap,Mary Jonson masuk ke bilik di mana Mikayla ditempatkan dan dirawat.Wanita tua itu melemparkan senyuman manis.Rindu dengan wajah itu.

" Morning,dear.How are you today ? " tanya Mary Jonson mesra.Dia menyelak rambutnya yang sudah putih itu ke belakang.Mikayla memandang wajah itu lalu mengangguk.

" Auntie.Can you help me?Kayla tak nak duduk sini.Kayla nak duduk jauh dari sini.Kalau boleh,Kayla nak pergi dari sini." pinta Mikayla tanpa segan silu.Mary Jonson berfikir sejenak.

" Auntie memang nak jaga Kayla.Tapi,macam mana dengan suami Kayla?" balas Mary Jonson pula.

" Auntie,actually kita dah tak masa dah.Kayla takut dia akan dapat kesan Kayla.Kita pergi dari sini sekarang,ya?" rayu Mikayla lagi.Kali ini dia benar-benar tekad untuk pergi dari hidup suaminya buat selama-lamanya.Mary Jonson bersetuju dengan pendapat Mikayla.Sememangnya,dia turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Mikayla jadi dia juga tekad untuk menjaga gadis itu seperti anaknya sendiri.

Mikayla yang mendengar jawaban daripada wanita itu memberikan pelukan hangat kepada wanita itu.Bersyukurnya dia bila masih ada insan yang berhati mulia dan tulus menjaganya.Selepas mendengar akan nasihat doktor dan mengambil ubat,mereka berdua segera menahan teksi lalu meloloskan diri masing-masing di dalamnya.Mereka harus cepat.Kalau tidak,suaminya pasti sudah dapat menjejakinya lagi.

Tengku Haqiem mengesat peluh yang merembes di dahinya.Matanya melilau mencari kelibat seseorang.Setiap kali dia melintasi seseorang atau kumpulan,dia akan bertanya kepada mereka sekiranya ada ternampak gadis yang berada di dalam gambarnya.Namun,dia hampa.

Tiba-tiba,matanya terpandang akan seseorang.Dari belakang dia nampak gadis itu sedang berdiri di tepi.Tengku Haqiem mendekati gadis itu lalu menegurnya.

Mikayla?!

Wanita itu memusingkan badannya.Mata mereka bertentangan.Wanita itu mengerutkan dahinya sehingga keningnya bercantum.

" You siapa?" tanya wanita itu hairan.

" Ouh...sorry..I salah orang.I ingat you dia," jawab Tengku Haqiem pilu.Dia meminta izin untuk beredar dari situ.Lelaki itu pulang dengan perasaan hampa.Deringan telofon mematikan langkahnya.Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu ditekapkan ke telinga.

" Hmm" kata Tengku Haqiem acuh tidak acuh sahaja.

" Woii ! Kau dekat mana?Kitorang pergi bilik kau tak ada pun?" tanya Fir.

" Aku dekat luar ni cari bini aku." jawab Tengku Haqiem lagi.

" Awal nya kau ni Qiem?!Kau dah breakfast belum?" tanya Fir risau.

" Belum.Kau orang pergilah makan.Aku tak ada selera.Aku pun tak tahu sama ada Kayla dekat luar sana dah makan ke belum" tutur lelaki itu lemah.Ada air mata yang cuba ditahannya.

" Aduhh bro.Kau janganlah macam ni.Fikirkan jugak kesihatan kau tu bro.Macam mana kau nak pergi cari dia kalau kau tak makan lagi?Kalau kau sakit siapa susah?" desak Fir lagi.

" Kitorang datang sana.Kau send location." arah Fir lagi.Tengku Haqiem tidak menjawab sebaliknya dia terus mematikan panggilannya itu.Dia meraup wajahnya kasar.Sememangnya dia buntu untuk mencari isterinya.

Dia meloloskan dirinya semula ke dalam perut kereta dan menuju ke lokasi lain bagi mencari isterinya.Matanya ralit memerhatikan keadaan sekeliling mencari kelibat isterinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience