BAB 43

Romance Completed 438988

Tengku Haqiem mengerang kesakitan apabila pisau itu dibenamkan ke dalam lengannya.Dia menekup luka itu dengan tangannya untuk menutup ruang yang terkoyak sedikit.David yang melihat tersenyum sinis lalu menendang perut lelaki itu.

Dengan riak wajah yang tidak puas hati,dia bangun lalu menghunuskan pisau tadi ke dada David sehingga menyebabkan lelaki itu menjerit.Darah merah pekat membuak-buak.Wajah David disepak berkali-kali oleh Tengku Haqiem.Melihat keadaan David yang bagaikan nyawa-nyawa ikan,dia mengeluarkan sepucuk pistol dari poketnya lalu menembak kepala David.

Tengku Haqiem mencari kelibat isterinya,Mikayla.Dia terlihat akan kelibat rakannya,Fir yang lari terkocoh daripada luar.

" Mana isteri aku,Fir ? " tanya Tengku Haqiem dengan riak wajah yang sangat bimbang.

" Aku tak tahu la Qiem dia pergi mana.Aku baru balik ni dari cari dia tapi tak jumpa jugak.Dekat dalam sana pun aku dah cuba,but still tak ada." tipu Aiman Firdaus.

Ya Allah,mana kau sayang,bisik Tengku Haqiem di dalam hati.Dia berlari ke arah luar untuk mencari isterinya tetapi masih tidak jumpa.Dia buntu.Apa yang perlu dia buat sekarang.Risau,takut semua menjadi satu.Kusut kepalanya memikirkan.Takut sangat bila kehilangan isterinya.Dia mati akal.

Mikayla memandang ke hadapan lalu mengukirkan senyuman.Jelas di depannya itu,ada satu jalan yang agak besar.Sesekali ada kereta melintasinya.Dia berjalan dengan perlahan.Cuba meminta tolong dari orang yang lalu lalang.Mungkin ini lah masanya dia lari dari suami dayusnya,Tengku Haqiem.

Tiba-tiba,perutnya terasa sakit.Dia memegang perutnya yang terasa kejang.Dia berhenti seketika di tepi jalan dan sedari ada darah yang mengalir di celah kangkangnya itu.Dia rebah di dalam pangkuan seorang wanita tua yang lalu di situ.

" Oh my god ?! Dear,are you okay ?! " kata wanita itu sambil menepuk perlahan pipi gadis itu.Wanita itu memandang sekeliling mencari bantuan dan segera menahan teksi yang lalu.Cuba dipapahnya gadis itu ke dalam teksi lalu segera ke klinik kecil di hadapan.

Tengku Haqiem menghidupkan kereta miliknya.Dia harus bergegas mencari Mikayla.Puas dia cari di dalam semak samun mahupun hutan namun dia masih tidak menjumpai buah hatinya.Dia segera mencari isterinya di kawasan berdekatan.Mungkin dia tidak jauh,kata Tengku Haqiem.

Di dalam teksi,Mikayla membuka matanya dengan perlahan.Dia cuba mengagahkan dirinya untuk melihat.Dia memandang wajah wanita itu lembut lalu berkata.

" Please..Bawa I jauh daripada sini," rayu Mikayla lemah.

" Okay,dear.But,you kena pergi klinik dulu.Then,I bawa you ke tempat yang you nak pergi," jawab wanita itu lembut sambil mengusap pipi Mikayla lembut.

Sesampainya dia di hospital,Mikayla dikejarkan ke wad kecemasan.Wanita tua itu tadi sabar menunggu gadis yang baru dia jumpai tadi di luar.Selepas 30 minit,doktor yang merawatnya keluar dari situ.

" Are you her mother ? " tanya doktor wanita itu.

" Yes,she's my daughter.Can I know about her condition?" jawab wanita itu tipu.

" Of course.I'm sorry to say this but she's miscarriage.I can't save her baby, and one more thing.She's fine.Doktor sedang membalut luka di lengannya." kata doktor itu yang dikenali sebagai Doktor Hanisah.Dia menepuk bahu wanita itu lembut lalu beredar.Wanita itu turut bersimpati dengan keadaan yang dialami gadis muda itu.

Tengku Haqiem terjerit-jerit memanggil isterinya.Mata-mata yang memerhati langsung tidak dihiraukan.Apa yang dia fikirkan cuma isterinya.Puas mereka mencari gadis itu namun masih tidak jumpa.Mereka kekurangan tenaga.

" Weyy Qiem.Kita check in hotel dulu la dekat area sini.Penat la kita dah cari nak dekat berjam-jam dekat sini." ajak James yang sudah kepenatan.Mereka berdua setia menemani sahabatnya yang sedang berusaha mencari Mikayla.

" Kalau kau penat.Kau balik la sorang.Aku boleh cari dia sendiri," jawab Tengku Haqiem lemah.Dia juga sudah penat sebenarnya.Namun,usahanya tetap diteruskan.

" Haah la Qiem.Betul kata James tu.Kita balik hotel dulu la.Aku pun dah basah ni ketiak.Lapar haus semua ada.Aku tahu kau nak cari bini kau tu tapi cuba kau fikir,dengan keadaan kau yang dah macam setahun tak makan ni,macam manalah kau nak jumpa dia.Esok pula kita sambung cari." kata Fir yang juga setuju dengan kata rakannya itu,James.

Tengku Haqiem tidak menjawab sebaliknya dia diam seketika.Berfikir dan mencari kata putus.
Dia mengangguk tanda setuju.

Mereka bertiga berhenti seketika di depan Grand Hyatt Hotel.Masing-masing meninjau keadaan hotel itu lalu bersepakat untuk menginap di hotel itu semalaman sebelum usaha mencari Mikayla diteruskan.Kereta mereka memasuki kawasan basement untuk meletakkan kereta masing-masing.

Malam itu cuaca agak dingin.Angin pula bertiupan memecah keheningan malam.Langit semakin hitam menandakan hari hendak hujan.Semua penghuni berehat di dalam bilik masing-masing.

Mikayla yang baru sedar petang tadi cuba membetulkan posisinya ke posisi bersandar.Dia mengusap perutnya perlahan.Tanpa disedari,air matanya menitis laju membasahi pipi.Terngiang-ngiang kata yang Doktor Hanisah beritahu petang tadi yang dia keguguran.

( try pasang lagu pesan - irfan haris sambil baca part ni.pasang sayup je)

Dia duduk termenung memandang ke arah tingkap lalu berbisik dengan perlahan.

" Mama minta maaf sebab tak dapat jaga awak.Maafkan mama sebab mama punca awak tak dapat lihat muka bumi ni.Mama tak pandai jaga awak.Sepatutnya,mama kena pertahankan awak.Tapi,mama cuai." tangis Mikayla sendirian.Sungguh hatinya berkecai saat mendapat tahu yang dia keguguran.Anaknya la yang selama ini menjadi penguat semangatnya.

" Tapi mama tahu.Anak mama ada dekat sana kan.Tunggu mama dekat syurga ya sayang.Nanti mama datang jumpa awak.Mama nak peluk awak kuat-kuat supaya lepas ni awak tak lari dari mama dah.Doakan mama ya sayang.Doa dekat Allah supaya dia kuatkan hati mama lalui semua ni.Tabahkan hati mama untuk terima hakikat yang awak dah tak ada.Tabahkan hati mama untuk terima yang papa bukan jodoh mama.Mama tak sanggup sayang," kata Mikayla lagi lalu meraup wajahnya lembut.Esak tangis semakin kuat kedengaran.

Pintu diketuk dari luar.Mikayla yang mendengar akan ketukan itu segera mengelap air matanya menggunakan hujung bajunya.Dia tak nak sesiapa pun yang nampak keadaanya seperti itu.Dia tak nak nampak lemah.Selama ini,orang hanya memandang dia dengan pandangan seorang gadis yang lemah tetapi tidak sekarang.Ya ! Dia harus kuat.

Pintu dibuka dengan perlahan lalu terpacak seorang wanita tua yang menolongnya tadi.Dia melemparkan senyuman ke arah wanita itu yang datang menyelamatkannya.Dia berasa bersyukur sangat kerana masih ada lagi insan yang berhati mulia.

Wanita itu juga turut tersenyum memandang ke arahnya lalu datang menghampiri gadis itu.Di tangannya ada plastik berbungkus makanan lalu diletakkan di atas meja.Dia mengambil tempat di sebelah Mikayla.

" How are you ? Better tak dari tadi ? " tanya wanita itu lembut sambil memegang bahu Mikayla.

" Yes.I'm good.Rasa okay la cuma perut I sakit sedikit." jawab Mikayla.

" By the way, I ada belikan you bubur.You makan ya? I tolong you suapkan," pelawa wanita tua itu tadi.Terharu Mikayla dibuatnya.

" Wait. I still didn't know your name.May I know?" tanya Mikayla.

" Sure.I'm Mary Jonson.You can call me Auntie Mary.You're Mikayla,right? I know your name from Doctor Hanisah." jawab Mary Jonson sambil menghadiahkan senyuman.Hatinya dipagut rasa rindu tiba-tiba.

(sorry guys sbb klu masuk bab english punya writing skills ni sis lemah..but i try my best ok.hehe)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience