BAB 71

Romance Completed 438988

Tengku Haqiem langsung tidak dapat melelapkan matanya.Dari tadi lagi dia asyik ralit memerhati isterinya yang nyenyak tidur di dada bidangnya.Syukur sangat apabila dia berjaya menjumpai sang isteri.

Kalau terjadi apa-apa,dia tidak dapat memaafkan dirinya sendiri.Silap hari bulan dia berada di hospital mental dek terlalu mencintai sang isteri.Risau kalau jadi apa-apa.

Dia mengusap belakang badan isterinya lembut.Sempat lagi mengucup lembut dahi isterinya itu.Tersenyum dia melihat kecomelan gadis itu.Haraplah gadis itu tidak berubah hati.

Dia mengeluarkan telefon pintarnya lalu mencari kenalan bernama ' Encik Musa'.Segera dia menaip sesuatu pada papan kekunci.Ada benda yang dia ingin sampaikan.

" Esok pagi sebelum pukul 9 pagi,send email dekat semua staf yang esok cuti kecemasan.Gaji berjalan seperti biasa." - Tengku Haqiem

Lelaki itu meminta kepada pengurus kilang itu berbuat demikian.Dia khawatir yang para pekerja yang lain akan memandang pelik sekiranya didapati mereka bermalam di kilang tersebut.

Lagipun,dia tidak tahu lagi bila Mikayla akan terjaga memandangkan badannya mula panas.Dia mengambil tuala kecil yang terdapat di dalam laci lalu merendamnya sekejap di dalam air paip.

Lalu melipatnya menjadi panjang sebelum ditekapkan di dahi gadis itu.Dia merenung wajah isterinya lembut.Dia merebahkan dirinya semula sebelum melelapkan mata.

Throwback ~

Mary Jonson mengajak Tengku Haqiem ke ruang tamunya.Ada perkara yang perlu dia beritahu.Kalau dia sorokkan lama-lama pasti akan diketahui juga.

Dia menyuruh lelaki itu untuk duduk terlebih dahulu sebelum dia meminta untuk mengambil barang sebentar di dalam bilik tidurnya.Tengku Haqiem tidak menjawab sebaliknya dia hanya mengangguk tanda setuju.

Selang beberapa minit,Mary Jonson datang dengan memegang sebuah kotak.Hairan Tengku Haqiem dengan kelakuan wanita tua itu.Namun,dia hanya mendiamkan dirinya sahaja untuk memberi ruang kepadanya untuk memulakan bicara.

Kotak itu akhirnya bertukar tangan dan kini ianya berada di riba Tengku Haqiem.Terjongket sedikit keningnya meminta penjelasan.

" Bukalah." suruh Mary Jonson tenang.Tengku Haqiem membuka penutup kotak itu dengan berhati-hati.

Apa benda ni ?

" Apa semua ni ? " tanya Tengku Haqiem terkejut.Dia membelek sekeping surat,gambar beserta seutas rantai.Dia membuka surat itu dengan takut-takut.

" It's me,Marissa.You're ex girlfriend.I'm so sorry sayang.I banyak salah dengan you.I kejam and I dah lukakan hati you.I tak nak you tanggung semua benda ni dengan I. I sebenarnya pregnant anak haram.Bukan anak you but anak kepada suami I yang sekarang.

I dah kahwin dengan dia.Mungkin ni balasan untuk I,sebab dia dah tinggalkan kami.I duduk dengan mak mentua I,Mary Jonson.Dia wanita yang sangat baik.Dia yang jaga I selama ini.I harap yang you dah jumpa pengganti.I bukan wanita yang sempurna untuk you.

Disebabkan itulah I tinggalkan you macam tu je.I nak you kuat.Jangan pendam seorang diri.One more thing,kalau you jumpa adik I,Mikayla binti Mustapha I nak you cakap dengan dia.I tak nak you salahkan dia.Sebab,dia bukan adik kandung I.Yes,dia bukan darah daging I Tengku Haiqal.I tahu Tengku Haqiem akan cari dia juga untuk balas dendam sebab wajah dia tak ubah macam I.

Dia langsung tak bersalah.Yang salah I. I yang lari daripada masalah.Bagitahu dia yang I bukan kakak dia yang sebenar.Walaupun perit,I terpaksa bagitahu juga.Cari dia and tell her the truth.Dia memang tak bersalah.Jangan seksa dia.

Jaga diri baik-baik Tengku Haiqal.I tak tahu keadaan you guys sekarang.Kalau dah baca surat ini,jangan lupa lawat kubur I .Cari wanita bernama ' Mary Jonson'.

Lots of love,Marissa.

Terlepas surat itu daripada tangan kekar Tengku Haqiem.Matanya sudah berkaca.Terkebil-kebil dia memandang.Nafasnya terasa sesak.Adakah semua benda ini benar ? Kenapa ?

Dia menekup mukanya dan mula menangis.Dia cuba mengumpul tenaga dan perlahan-lahan berdiri.Dia diam seketika cuba menghadam semua benda yang terjadi tadi.

Sungguh hatinya dipagut rasa yang terlalu bersalah.Bersalah pada insan yang paling dia cinta dan sayang dalam hidupnya.Tindakan bodohnya itu memakan dirinya sendiri sehingga gadis itu membenci dirinya.

Dia sendiri mengaku yang dia jatuh cinta kali pertama semasa mereka berdua bertemu.Ada satu perasaan halus yang menyelinap di dalam hatinya.Namun,dia hanya membiarkannya sahaja.Cuba menyangkal dek dendam dan ego yang terlalu tinggi.

Kini,isterinya yang langsung tidak bersalah.Yang salah itu adalah Marissa.Bukan Mikayla.Tetapi,kenapa dia perlu membalas dendamnya kepada wanita yang tak bersalah.Mikayla tidak bersalah dalam semua benda ini.Dia hanya mangsa keadaan.

Sungguh dia berasa terlalu benci dengan diri sendiri.Dia mahu menghamburkan tangisnya di sisi sang isteri.Cintanya terlalu mendalam terhadap gadis itu.Bukan sebab dia rasa bersalah atau kasihan tetapi rasa cinta dan sayang kepada insan yang bernama Mikayla.Nama gadis itu sudah lama terpahat di hatinya lama.

" Sudahlah,Qiem.Benda dah lepas jangan dikenang lagi." nasihat Mary Jonson yang dari tadi hanya memerhatikan gelagat Tengku Haqiem yang tidak senang duduk.

" Qiem dayus.Qiem manusia paling bodoh.Kenapa Qiem sanggup bertindak kejam ke atas gadis yang paling Qiem sayang.Gadis yang ada dalam hati ini dari mula sampai hujung nyawa Qiem.Sungguh Qiem kejam mummy.Kejam sangat."

" Qiem terlalu cinta kan Mikayla.Qiem tak nak hilang dia.Qiem takut,mummy.Tolong pujuk Mikayla untuk terima Qiem semula.Qiem tak boleh hidup tanpa dia.Qiem tahu banyak salah Qiem pada dia.Qiem nak minta maaf pada dia.Dia tak salah.Dia hanya mangsa kerakusan Qiem je."

" Qiem.Banyakkan istighfar.Inshaallah hatinya Kayla tu lembut.Jangan pernah berputus asa dengan apa yang Qiem buat.Perbanyakkan doa kepada Allah.Inshaallah ada jalannya."

Nampak sungguh keikhlasan yang terpancar di wajah Tengku Haqiem.Mary Jonson sendiri mengakuinya.Lelaki itu mengangguk lemah lalu meminta izin untuk keluar mencari sang isteri yang tersayang.

End of throwback ~

Azan berkumandang menandakan telah masuknya waktu Subuh.Mikayla terjaga daripada tidurnya dek lauangan azan itu daripada surau yang berdekatan.Matanya dibuka perlahan.Ada cahaya lampu tiang jalan yang mencuri masuk ke dalam bilik itu.

Dia mendapati ada satu tangan yang melingkar di pinggang rampingnya.Dilihat di sebelahnya sang suami sedang nyenyak tidur.Sakitnya mula kebah sedikit.Sejuk semalam tidak terkata.Nasib baik ada sang suami yang memberikan pelukan hangat.Dia bangun perlahan-lahan dan menatap lama wajah lelaki itu lembut.

" Haqiem.Bangun.Jom solat Subuh." gerak Mikayla perlahan.Dia menolak sedikit bahu suaminya agar terjaga.Tengku Haqiem masih di dalam posisi yang sama.Tidak sampai hati dia membiarkan lelaki itu bangun.Penat sungguh malam tadi menjaganya.

Dia berura-ura untuk bangun daripada situ dan sekelip mata lengannya di tarik semula oleh Tengku Haqiem dan menyebabkan gadis itu terbaring semula di atas lengan lelaki itu.Terkejut Mikayla dibuatnya.Merah merona wajahnya ketika itu.

Tengku Haqiem membuka matanya perlahan dan mata mereka bertentangan.Malu gadis itu dibuatnya.

" Dah bangun." kata Tengku Haqiem dengan suara serak basah.Siapa yang mendengar confirm pengsan.Berderau darah gadis itu mendengar.Namun,matanya dilarikan agar mengurangkan perasaan gugupnya.

" Hmm.Dah." jawab Mikayla lembut.Matanya masih memandang ke tempat lain.

" Kenapa tak pandang abang ? Malu ke ? "

" Perasan.Jomlah bangun solat Subuh berjemaah."

" Give me 5 minutes."

" Okay.Kayla solat dulu."

" Nope.Just you and me.Sekejap je." pinta Tengku Haqiem lalu menarik sang isteri lebih dekat sehingga dada mereka bertemu.Lelaki itu memeluk erat Mikayla.Tidak mahu dilepaskan.Dengan pantas,gadis itu turut membalas pelukan lelaki itu mesra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience