BAB 32

Romance Completed 438941

Lelaki itu tersenyum sinis.Berani kau lawan aku,Mikayla desis hatinya.Dia memanggil Danish selaku pengawal peribadinya dari luar.

" Kau pergi bilik bawah tanah.Ambil semua barang dalam almari tu,bawa naik atas.Now !" arah Tengku Haqiem keras.Riak wajahnya langsung tiada segaris senyuman.Dia memerhatian Mikayla yang hanya duduk sambil berendam air mata.Dia menekup dahinya yang berlumuran darah.

" Mikayla binti Mustapha ! Kau nak tau sangat kan kenapa aku culik kau,aku seksa kau,aku dera kau? Malam ini,semua jadi saksi atas segalanya." kata Tengku Haqiem sambil memandang Mikayla.

" 27 November 2017 hari Isnin.Lelaki bernama Tengku Haiqal menemui ajal di biliknya sendiri.Kau nak tahu siapa dia?Aku rasa mungkin kau dah agak siapa dia berdasarkan nama,bukan?Dia abang aku ! Abang yang satu satunya waris yang aku ada masa tu.Kau tau kenapa dia mati?!" tanya Tengku Haqiem.

Mikayla hanya diam membatu.Khusyuk mendengar butir bicara yang disampaikan Tengku Haqiem.

" Dia mati sebab perempuan jalang yang bernama Marissa ! Kau tahu kan siapa Marissa?! Betina tu dah hancurkan hidup abang aku.Dia tinggalkan abang aku.Dia buang abang aku macam sampah.Kau tahu dia biarkan abang aku jadi gila !Gila sebab cinta dia ditolak oleh seorang betina yang jahat.Abang aku dah serahkan segala galanya pada dia.Rumah,kereta harta.Tapi,dia tinggalkan abang aku macam tu je ! Tanpa sebarang kata.Kau nak tau lagi.Masa tu rupanya dia dah berkahwin dengan seorang lelaki.Aku rasa kau sendiri dah lama tak jumpa dengan kakak kau kan?!Last kau jumpa dia masa kau sekolah lagi.Jadi abang aku tak boleh terima.Dia tekad.Dia kurung diri dia dalam bilik." kata Tengku Haqiem panjang lebar

" Aku masa tu terlalu risau dengan keadaan abang aku.Aku ketuk pintu bilik dia,dia tak buka.Hati aku tak sedap,aku pecahkan pintu bilik dia.Kau tahu apa yang aku nampak?!Dia dah mati Mikayla.Dia dah mati ! Dia gantung diri dia dekat kipas.Hati aku sakit Mikayla.Sakit bila satu satunya orang yang aku sayang mati disebabkan perempuan.Sejak dari tu,aku tekad.Aku akan seksa keturunan dia.Aku seksa kau.Kau jadi mangsa pertama aku Mikayla.Kau ! Wajah kau seiras dengan kakak kau.Bila aku tengok muka kau,hati aku panas.Aku nak tengok kau seksa.Aku nak tengok kau mati ! Aku nak seksa kau perlahan lahan sampai kau mampus ! " jerit lelaki itu nyaring.

" Sampai sekarang aku masih tak jumpa kakak kau Mikayla.Disebabkan itu,aku upah mata mata untuk culik kau masa hari pertama kau sampai Malaysia.Aku benci kau Mikayla.Aku benci kakak kau sangat sangat ! Aku benci keturunan kau ! Keturunan kau memang tak layak hidup.Arghhh" jerit Tengku Haqiem lagi.Dendam yang lama dia simpan di dalam hati akhirnya diluahkan.

Mikayla menangis teresak esak sambil menekup mulutnya.Tidak sanggup dia mendengarnya lagi.Mikayla bangun semula dan menghadap Tengku Haqiem.

" Fine.Terima kasih sebab dah jelaskan semuanya.Saya minta maaf bagi pihak kakak saya.Saya sedar saya bukan sapa sapa di mata awak.Ikut hati awak Tengku Haqiem.Kita tamatkan malam ni jugak.Saya redha yang saya akhirnya akan mati di tangan lelaki macam awak," kata Mikayla.

Dia menghampiri Tengku Haqiem lalu mengambil sepucuk pistol dari poketnya.Lelaki itu terkejut dengan tindakan spontan gadis itu.Dia memandang wajah suaminya lalu tersenyum kelat.Cuba ditahan penderitaan dalam hati.Dia menyerahkan pistol itu ke tangan kekar lelaki itu.Suaminya masih hairan.

" Tembaklah.Awak lepaskan kesemua sakit dalam hati awak tu.Jangan disimpan.Saya sanggup jadi sasaran kalau itu buat awak lega.Tamatkan terus penderitaan yang saya hadap,Tengku Haqiem.Saya minta awak halalkan makan minum saya sepanjang saya jadi isteri awak.Saya minta maaf sebab tak dapat jadi wanita yang baik untuk awak.Saya minta maaf sebab susahkan awak.Tembak Tengku Haqiem,tembak ! " kata Mikayla kuat lalu memejamkan matanya perlahan.

Pomm!!

Mikayla !!

Sebutir peluru tepat mengena dada Mikayla.Mikayla jatuh lalu terkulai lemah di pangku suaminya,Tengku Haqiem.

" Bangsat ! Siapa punya kerja ni?" teriak Tengku Haqiem keras.Dia memandang wajah para pengawalnya itu.

Aksi tembak menembak semakin riuh.Dentuman bunyi semakin kuat kedengaran.

" Ada musuh boss yang rupanya hendap dari tadi," kata Danish sambil menembak ke arah luar.Para pengawal yang lain turut bergabung tenaga melawan musuh.Pembantu rumah yang lain menyorokkan diri masing masing di bawah meja.

Tengku Haqiem mencempung tubuh Mikayla lalu bergerak perlahan keluar dari villa itu.Dengan pantas,dia meloloskan diri ke dalam kereta dan bergerak menuju ke hospital.

Please ! Save my wife.. Don't leave me Mikayla.Aku tak puas lagi nak seksa kau.Please !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience