BAB 49

Romance Completed 438988

Kereta mewah berjenama BMW Z4 merah meluncur laju membelah jalan raya yang agak lengang.Walaupun sekarang musim cuti sekolah,ada yang juga memilih untuk berada di rumah masing-masing.Jadi,kesempatan itu digunakan Tengku Haqiem untuk pulang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.Taklah dia kena hadap kesesakan lebuh raya yang memakan masa berjam-jam.

Kaca mata hitamnya ditanggalkan lalu diletakkan di sebelah kerusi penumpang.Cuaca waktu itu tidaklah terlalu panas dan sejuk.Matanya tekun menghadap jalan raya.Ikutkan hati,memang dia nak duduk di situ lama-lama,tetapi rakannya James kerap kali menelefonnya agar pulang semula untuk menguruskan beberapa hal syarikat yang dia sendiri tidak dapat membantunya.

Telefonnya berdering menandakan ada panggilan yang masuk.Terpampang di skrin telefonnya siapa pemanggil itu.Dia menyumbatkan airpod miliknya ke telinga.Butang hijau ditekan.

" Ada apa,Suraya?" tanya Tengku Haqiem tegas.Kalau bab-bab kerja memang lelaki itu akan menjadi seorang yang tegas dan berprinsip.Wajarlah ratusan syarikat yang lain selesa dan mahu bekerjasama dengan syarikat miliknya,Puncak Bayu Holding.

" Tengku Haqiem.Ada beberapa orang yang call saya tadi yang dia orang nak meeting dengan boss.So,macam mana? Nak saya set kan appoiment terus ke?" tanya Suraya selaku setiausaha Tengku Haqiem.

" Sure.You set kan je pukul berapa.I on the way ke sana.Lagi setengah jam maybe I sampai." jawab Tengku Haqiem sekilas lalu mematikan panggilannya.Walaupun kesibukannya mencari isterinya,Mikayla dia harus menggalas tanggungjawabnya juga sebagai presiden di dalam syarikat miliknya.Kasihan pula dia membiarkan James yang keseorangan uruskan halnya.Kalau nak harap Si Kicap Jalal tu,memang taklah.Asyik nak bertangguh je.Nasib dia tu kawan James.Kalau tidak,masaklah dia kena buang kerja.

Pemaduannya diteruskan lagi menuju ke pejabatnya.Dia ingat nak terus singgah di pejabat dulu dan ingin pulang semula ke villa miliknya buat sementara waktu.Dia memakai semula kaca matanya dan beralih ke jalan raya yang mula sibuk.

Mikayla menukar baju nya yang basah dek mandi air sungai tadi dengan baju yang baru.Dia menggulung rambutnya yang basah dan di bawa ke atas lalu menyimpulnya dengan tuala.Langkahnya di atur ke arah dapur kerana dari tadi dia sibuk menghidu aroma masakan yang mak angkatnya masak.

Pandai sungguh orang tua itu memasak makanan Melayu walaupun dia bukanlah berasal dari sini.Tetapi,semenjak dia tinggal berdua dengan Mikayla,dia banyak membeli majalah resepi Melayu dan cuba memasak beberapa hidangan.Ternyata air tangannya memang memikat hati gadis itu.Sekali rasa,pasti nak lagi.

Mikayla memeluknya dari belakang seperti biasa.Wanita tua itu membalas senyuman.Walaupun mereka baru berjumpa,tetapi hubungan mereka seperti anak beranak.Mesra sahaja.Sedikit pun tidak kekok.

" Uishh,dari bilik tadi Kayla bau masakan mummy ni.Masak apa tu ? " tanya gadis itu mesra.Matanya ralit memandang masakan itu.

" Mummy try buat asam pedas ikan pari.Ikut resepi ni.Kalau tak sedap,jangan marah okay?" jawab Mary Jonson lagi.

" Tak cuba tak tahu lagi mummy.Dah rasa nanti,Kayla komen okay?" balas Mikayla sambil ketawa.

" Okay done.Jom makan.Mummy nak senduk ke dalam mangkuk dulu.Kayla pergi basuh tangan dulu ya." arah Mary Jonson seraya menutup dapur gas.Prihatin sungguh wanita tua itu kepada Mikayla.Segala kerja rumah,langsung dia tidak membenarkan gadis itu lakukan.Walaupun sering ditegah,wanita tua itu tetap dengan pendiriannya.Kadang-kadang,Mikayla turut rasa bersalah atas kebaikan wanita yang berada di hadapannya itu.

Mikayla tidak menjawab sebaliknya dia hanya mengangguk lalu bergerak ke arah sinki di sebelahnya dan mencuci tangan.Dia menyenduk nasi ke dalam pinggan dan mencuit sedikit ikan yang ada di atasnya.Dia menyuapkan ke arah mulut.

" Ermm..Sedapnya,mummy ! Pandai mummy masak.Kalau macam ni hari-hari memang Kayla gemuk la," komen Mikayla sambil mengambil lagi sedikit kuah dan ikan.Sedap sungguh sehingga menjilat jari.

" Amboi puji melangit ni ada apa-apa ke?" duga Mary Jonson.

" Sebenarnya,Kayla nak cari kerja la mummy.But,I promise yang Kayla cari kerja dekat area sini je.Kayla janji yang Kayla akan jaga diri baik-baik.Bukan apa,Kayla bersalah lah dengan mummy." rajuk gadis itu lalu termenung seketika.Wanita tua itu hanya memerhatikan wajah cemberut gadis itu.

" Fine ! Mummy izinkan.But,you kena janji betul-betul dengan I yang you kena jaga diri,jaga keselamatan.I tak nak hilang you.Promise?" balas wanita tua itu lagi.Ikutkan hati memang dia tak nak gadis itu penat bekerja sedangkan dia masih mampu menanggung kehidupan mereka berdua.Namun,atas desakan anak angkat,dia turutkan sahaja.

" Sumpah la mummy.Oh my god.You are the best mummy in the world.Nanti,bila Kayla dah dapat my first salary,Kayla belanja mummy makan siput sedut." usik gadis itu riang.Berbunga-bunga hatinya.

" What?!What is that?Apa yang sedut?" tanya wanita tua itu sambil menggaru keningnya.Mikayla menekup mulutnya menahan tawa.

" Siput sedut la mummy.Nanti,kita cari eh siput sedut masak lemak cili api.Mesti mummy tak pernah rasa kan.You kena try okay.Memang terangkat la," cerita Mikayla lagi.Geli hatinya melihat wajah wanita tua itu yang kehairanan.Nasib baiklah wanita itu pandai makan makanan Melayu.

"Along ! Kakak tadi tu cantikkan ? Adik suka la dia." kata budak itu riang sambil erat memegang tangan abangnya.

" Kakak mana kau ni?" balas Amin sambil cuba menghidupkan motosikal lamanya.Walaupun motornya itu sudah bertahun lama,tetapi hayatnya masih panjang lagi.

" Eleh..Along ni.Buat tak tahu pulak.Haa...Along suka kakak cantik tu ehh?" usik budak itu sambil mengoyangkan jarinya ke kiri dan ke kanan.

" Kau ni..Aku bagi harimau dekat zoo tu makan nak?" gertak Amin sambil mencerlungkan matanya ke dalam mata adiknya.Suka hati sahaja budak hingusan ini.

"Bencilah,Along ni ! Adik bagitahu dekat Mak Tok nak?" ugut adiknya pula.Amin hanya menggeleng kepalanya melihat telatah satu-satunya adik yang dia ada lalu dia tergelak kecil.

" Haaa...suka la tu.Eleh,tak nak mengaku pulak." usik adiknya sekali lagi.Petah sungguh adiknya yang seorang itu walaupun baru berusia 6 tahun.

" Ugut ugut jugak.Karang balik ni Along tak nak singgah beli aiskrim untuk adik.Padan muka," ugut Amin pula sambil menjelirkan lidah.

" Yelah,yelah.Jom kita makan aiskrim.Yeayy," sorak adiknya itu lagi seraya menepuk kedua belah tangan.Amin yang melihat hanya menggeleng.

Semasa dalam perjalanan,dia ternampak seorang gadis yang manis berbaju kurung sedang berjalan ke arah yang sama.

" Ehh..Along ! Kakak cantik tu.Berhenti Along ! " jerit budak itu sambil menunjukkan jarinya ke arah gadis itu.

" Kakak cantik ! " jerit budak itu lalu turun daripada motosikal.Dia berlari ke arah gadis itu dan menegurnya daripada belakang.

" Ada kakak cantikla ! Hai kakak.Kakak nak pergi mana ni?" tanya budak itu ramah.

" Ehh..awak ni bukan ke yang ajak kakak main pagi tadi kan?Awak dengan siapa ni?" tanya Mikayla membongkokkan sedikit badannya supaya matanya dapat melihat budak itu dengan lebih jelas.

" Kita datang dengan abang kita.Nak pergi kedai kejap nak beli aiskrim.Kakak nak aiskrim tak?" tanya budak itu lagi sambil memandang ke arah abangnya yang diam tidak bersuara.

Mikayla memandang ke arah lelaki yang berada di atas motosikal itu lalu tunduk tersenyum.Matanya beralih semula ke arah budak itu tadi.

Deg !

Jantungnya bagaikan berhenti seketika tatkala melihat gadis itu tersenyum padanya.Berbunga-bunga hatinya melihat gadis itu.Gadis yang sama dia jumpa tempoh hari semasa mengambil pesanan di kedai makan.

Segera dia berpijak di bumi yang nyata.Dia tidak dapat membalas senyuman gadis itu sebaliknya matanya dilarikan ke tempat lain.Risau karang kalau dia tiba-tiba pengsan pula.

" Along ? Oh Along?" kejut adiknya sambil tangan dilayangkan ke hadapan wajah abangnya itu.Terkebil-kebil matanya memandang Amin yang duduk mengelamun.

" Along ni dah kenapa?Kesian kakak tu.Dah pergi dah.Baru adik nak kenalkan kakak cantik tu dengan Along." tanya budak itu menghantar pandangan gadis yang sedang berjalan.

" Apa nama kakak tu ,adik ?" tanya Amin pula diam-diam memerhatikan gadis itu dari jauh.

" Manalah orang tahu.Kalau Along nak tahu,pergilah tanya sendiri." jawab adiknya itu seraya memeluk pinggang abangnya daripada belakang.

Amin tidak menjawab sebaliknya dia hanya menghidupkan motosikal peninggalan keluarganya dan beredar daripada situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience