BAB 28

Romance Completed 438988

"Bangsat ! Sial ! Malaun mana yang berani kacau aku ! ," jerkah Tengku Haqiem.Dia mundar mandir di dalam pejabatnya.Kepalanya serabut memikirkan kejadian yang berlaku.James selaku rakan sekerjanya memaklumkan bahawa dokumen penting milik syarikat itu telah dicuri.

Tengku Haqiem membuka laci mejanya lalu mengambil pistol.Dengan sekelip mata,dia melempaskan beberapa das tembakan ke arah para pengawalnya.James yang berada ketika itu segera menenangkan rakan baiknya itu daripada berbuat demikian.

" Baik kau diam bangang ! Sebelum pecah kepala kau aku tembak ! ," kata Tengku Haqiem kasar.Dia meraup mukannya beberapa kali.James yang melihat hanya mengangguk lalu mengangkat tangannya tanda mengalah.Silap haribulan,dengan dia sekali menjadi mangsa Tengku Haqiem.Bukannya dia tidak kenal dengan perangai baran Tengku Haqiem.

"James,macam biasa.Suruh orang aku yang lain campak mayat diorang ke dalam gaung.Cari sekarang dalangnya.Kenapa kerja kau orang ni lembab sangat,ha?!Kenapa masih tak jumpa lagi siapa musuh di belakang aku?," tanya Tengku Haqiem melulu.James menepuk belakang badannya lalu mengangguk tanda faham.Arahan sudah dikeluarkan,jadi dia harus patuh.

" Aku nak kau orang cari siapa bosnya.Kalau dah jumpa heret dia ke tempat biasa.Mampus aku kerja kan!" arah Tengku Haqiem lantang.Dia keluar daripada pejabatnya lalu menutup pintu dengan kasar.Staf yang lain hanya diam.Masing masing tidak berani mengangkat muka.

Tengku Haqiem meloloskan dirinya ke dalam kereta mewahnya yang diletakkan di lobi syarikat.Dia memecut laju membelah jalan raya.Ada benda yang dia perlu cari tahu.Dia perlu berjumpa dengan orang itu segera.

Selepas hampir setengah jam memandu,destinasi yang dituju akhirnya tiba.Dia mengorak langkah menuju ke dalam TT Club.Semua mata di situ memandang ke arah Tengku Haqiem.Siapa tidak kenal Tengku Haqiem,seorang lelaki yang kejam,berpengaruh dan paling penting dirinya seperti seorang mafia.Suka membunuh siapa sahaja yang menghalangnya.Siapa yang cari nahas dengannya,sudah pasti tiada jalan keluar lagi.

Langkahnya diatur lalu matanya meliar mencari seseorang.Dengan wajah yang bengis,dia meluru ke arah lelaki yang sedang asyik menari lalu mencengkam lehernya dan satu tumbukan tepat mengenai pipinya.

Lelaki tadi yang terkejut dengan tindakan itu segera bangun.Dia mengelap sisa darah di hujung bibirnya.Ada senyuman sinis di situ.

" Lama kita tak berjumpa,Tengku Haqiem.How are you?" kata lelaki itu yang dikenali sebagai Chan.Dia merupakan seorang ketua gangster merangkap pemilik syarikat yang terkenal.Di tubuhnya penuh dengan tatoo.Gerun melihatnya.

" Celaka punya orang ! Kau jangan nak main api dengan aku sial ! Aku dah agak dah ni semua kerja kau kan ! Apa yang kau tak puas hati dengan aku.Kau kenal aku siapa kan ! Jangan sampai badan kau aku kerat bagi orang kau makan ! ," kata Tengku Haqiem kasar.

" What are you talking about ? Kerja apa ni,aku tak faham?" tanya Chan sambil ketawa geli hati.

"Bangsat ! Kau tunggu nasib kau dengan anak anjing kau ni semua ! ," kata Tengku Haqiem lalu mengorak langkah untuk keluar daripada kelab itu.Tidak mahu dia berlama disitu.

Dari jauh,Chan dan para pengawalnya hanya memandang lalu ketawa senang hati.

-

Mikayla sedang ralit mengemas semua bajunya.Dia membetulkan tudung yang melilit kemas di kepalanya.Hari ini,dia sudah dibenarkan keluar.Namun,Doktor Malik menasihati bahawa Mikayla tidak dibenarkan melakukan kerja berat memandangkan tubuhnya masih lemah.

Danish yang baru tiba mengetuk pintu bilik yang menempatkan Mikayla.Dia melemparkan senyuman manis ke arah majikannya.Mikayla yang perasan akan kehadiran pengawalnya turut menyapa antara satu sama lain.

" Cik Mikayla dah ready ? ," tanya Danish lembut.

" Dah.Jom kita balik," jawab Mikayla sambil memegang beg berisi pakaian.Dengan pantas,beg tadi bertukar tangan.

" By the way,saya nak call Tengku Haqiem dulu supaya saya nak maklumkan yang Cik Mikayla dah discharge," kata Danish lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.Satu saat,dua saat,tiga saat masih tiada siapa yang menyahut.

Mikayla yang menyedari segera berkata,

" Tak payah call dia la,Danish.Bukan dia kisah pun.Nanti,dia tahula.Jom cepat kita balik," kata Mikayla berjalan perlahan sambil memegang perutnya.Perutnya yang masih berbalut itu masih terasa sedikit pedih.

Danish hanya mengangguk lalu membantu majikannya untuk berjalan dengan berhati hati.Para pengawal yang lain mengawasi langkah mereka terutama Mikayla dengan mengelilinya.Macam menteri pula nak escort kan?

Tengku Haqiem yang baru pulang daripada pejabatnya segera menapak ke tingkat atas villa.Dia menuju ke arah bilik yang menempatkan Mikayla di situ.Dia membuka pintu bilik itu dan langkahnya terhenti apabila melihat gadis itu sedang membaca ayat suci Al Quran.Lunak sungguh suaranya !

Dia memerhatikan gadis itu lama.Mikayla yang tidak perasan akan kehadiran lelaki itu masih meneruskan bacaannya dengan khusyuk.Usai mencium Al Quran,dia membuka telekungnya dan melipat dengan kemas.

Semasa dia menoleh ke belakang,jantungnya berdebar melihat Tengku Haqiem berdiri betul di belakangnya.Dia mengurut dadanya sendiri.

" Astaugfirullahalazim,awak ni sejak bila dekat situ.Terkejut saya," kata Mikayla dengan nada yang lembut.Tengku Haqiem hanya tersenyum lalu melangkah mendekatinya sehingga tubuh gadis itu tersandar pada dinding.Tangan Tengku Haqiem diletakkan ke atas bagi mengunci pergerakan Mikayla.

" Malam ni aku nak kau ikut aku.Kawan aku punya birthday party.Aku nak masa dekat majlis tu,kau jangan bocorkan sebarang rahsia atau cuba untuk melarikan diri.Kau tau kan apa nasib kau kalau kau buat macam tu?!Banyak mata mata yang memerhatikan kau.Kalau ada yang tanya kau siapa,kau cakap kau kawan masa dekat universiti aku,faham?!" arah Tengku Haqiem keras.

Mikayla hanya meneguk liur lalu mengangguk tanda faham.Matanya dilarikan ke arah lain.

" One more thing,petang ni kau bersiap.Aku dah upah someone untuk makeupkan kau dan sebagainya.Jangan pulak kau nak goda lelaki lain nanti.Buruk padahnya," kata Tengku Haqiem panjang lebar lalu keluar daripada bilik itu.

done update

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience