Langkah diatur dengan berhati-hati.Dia menapak ke arah bilik air di dapur belakang rumahnya sambil memaut tiang di situ.Sekali-sekala dia memegang kepalanya yang berdenyut.Sejak semalam lagi dia berasa sesak nafas dan sukar untuk melelapkan mata.Tidak tahu mengapa.
Mary Jonson yang sedang mengemas risau dengan keadaan anak angkatnya yang seorang itu.Dia turut membantu gadis itu menuju ke arah bilik air.Dek risaunya kepada Mikayla,dia menyuruh gadis itu untuk mengambil cuti sahaja.
Namun,gadis itu membantah kerana minggu ini baru minggu yang kedua dia mula bekerja.Tak akan nak ambil cuti,desis hatinya.Pergerakannya cuba dipantaskan sedikit memandangkan jarum jam sudah menunjukkan pukul 9:15 pagi.Risau pula rakannya,Nurul tertunggu-tunggu.
Jenuh Mary Jonson menasihatinya agar berehat sahaja di rumah.Mikayla hanya terdiam tanpa kata.Dia menyalami tangan tua itu lalu meminta izin untuk bekerja.Kelihatan Nurul yang sedang bermain telefon bimbitnya menegur.
" Weh.Kau okay tak ni Kayla?Awat muka kau pucat semacam je." tanya Nurul risau.Dia menekapkan tangannya ke dahi gadis itu.Panas,gumamnya.
" Dahlah.Kau rehat je lah dekat rumah.Kau demam ni .Tulah semalam nak sangat mandi hujan.Tengok dah panas badan kau ni." nasihat Nurul yang risau dengan keadaan kawan baiknya itu.
" Aku okay je lah.Yelah maybe semalam mandi hujan tu yang rasa nak demam ni.Dahlah,jom pergi kerja." ajak gadis itu seraya menarik lengan Nurul supaya mempercepatkan langkahnya.Nurul hanya mengekori langkah rakannya itu.
" Degil kau ni." geleng Nurul.
Tengku Haqiem sudah bersiap untuk ke tapak projek di hujung kampung.Hari itu,dia mengenakan sepasang suit berwarna biru pekat dan dipadankan pula dengan tali leher berwarna hitam menyerlahkan lagi kekacakannya.
Dia mencapai jam tangan jenama Rolex di atas meja lalu dipakai di pergelangan tangannya.Dia meraup sedikit rambutnya kebelakang.Dia mengunci pintu biliknya lalu ternampak James,Suraya dan Encik Sato sedang berbual mesra.
Nampak sahaja kelibat Tengku Haqiem mereka masing-masing menunduk sedikit tanda hormat.Tengku Haqiem bersalaman dengan pengurus yang mewakili Dato Murad ke tapak projek hari itu.Encik Sato sudah berada di chalet itu sejak semalam lagi dan mereka menginap di chalet yang sama.
" Apa khabar,Tengku ? " tanya Encik Sato seraya berjabat tangan dengan lelaki itu.
" Good.So shall we?" pinta Tengku Haqiem kepada mereka.Masing-masing mengangguk tanda faham dan meloloskan diri masing-masing ke dalam kereta.Kereta mereka bergerak ke arah tapak projek.
" Kayla.Kau ni okay ke tak." tanya Amin pula risau.Dia memandang gadis itu dari atas ke bawah.Risau dengan gadis yang bertakhta di hatinya itu.
" Kau dengan Nurul ni sama je.Tak ada benda lah yang nak risau.Demam biasa je." jawab Mikayla selamba meninggalkan mereka berdua terkulat-kulat.Masing-masing menggelengkan kepala.Tidak faham dengan perangai rakan mereka yang seorang itu.Rajin betul bekerja.
" Weh.Kau tengok budak baru tu.Gedik semacam je.Tengoklah dia menempel dekat Encik Amin tu.Sama je dengan kawan dia yang lagi seorang itu si gemuk Nurul.Menyampah aku." bisik Bella kepada rakannya yang lain.Dia mencebikkan bibirnya tanda tidak puas hati.
" Ishh kau ni.Sukahati dia lah.Dia orang kan kawan baik.Yang kau ni.Mana laki yang hensem semua kau nak tapau." usik rakannya yang seorang itu sambil mencuit bahunya.Seperti biasa,Bella cemberutkan bibirnya.
Tengku Haqiem dan para pekerjanya yang lain sudah sampai di tapak projek tersebut.Lelaki itu bercadang ingin membuat lawatan mengejut di kilang miliknya.Ya,kilang di hujung kampung itu adalah 100% milik Puncak Bayu Holding iaitu dibawah Tengku Haqiem.
Dato'Murad yang bercadang untuk membangunkan lagi sebuah kilang di sebelah Kilang Puncak Bayu di hujung kampung.Lokasi yang mereka pilih sememangnya kawasan yang sangat luas dan mudah untuk menguruskannya.
Setelah ditiliki ,mereka bersetuju dengan projek tersebut.Para pekerja yang baru sampai masing-masing memandangnya dengan wajah yang penuh kehairanan.Ini adalah kali pertama dia menjejaki kawasan itu kerana sebelum ini projek diuruskan oleh arwah bapanya,Tengku Kamal.
Dalam setahun,adalah beberapa kali Tengku Kamal melawat kilang itu dan kadang kala dia melakukan pemeriksaan secara mengejut bagi memastikan keselamatan dan pengurusan dalam keadaan yang baik.
Kini,giliran Tengku Haqiem pula yang mengambil alih sepenuhnya syarikat milik tersebut.Dia menanggalkan kaca matanya lalu dimasukkan ke dalam poket.
Encik Musa yang sedang membawa fail segera menegur pemilik kilang itu dengan teruja.Hampir gugur jantungnya melihat bosnya itu.Ini baru kali pertama dia melihat secara berdepan dengan jejaka itu memandangkan sebelum ini dia hanya melihat di dalam surat khabar atau pun kaca televisyen.
Kebanyakan para pekerja ada yang mengenalinya dan lebih ramai yang tidak kenal.Maklumlah kawasan kampung rangkaian tak berapa nak stabil.Jadi,mereka pun tidak menyangka Tengku Haqiem adalah pemilik kilang tersebut.
" Mashallah.Tengku Haqiem.Bila Tengku sampai?" tanya Encik Musa mesra.Pekerja di situ memandangnya dengan hairan.
" Kelmarin.So,macam mana? Dekat sini semua okay?Setiausaha saya bagitahu yang awak ditugaskan untuk memantau serba sedikit di kilang ni bagi menggantikan abang awak." tanya Tengku Haqiem serius.
" Ya betul Tengku.Alhamdulillah dekat sini semua okay.Jom saya bawa Tengku ke dalam.Saya nak kenalkan Tengku kepada staf yang lain.Ada yang baru dan ada yang lama bekerja di sini Tengku.Sebab sebelum ni arwah Tengku Kamal yang selalu pantau jadi mungkin mereka tidak tahu.Mari."ajak Encik Musa lalu mempersilakan lelaki itu mendahuluinya.Masing-masing berada di belakangnya.
Mikayla duduk berehat sebentar di bilik rehat pekerja.Dia memegang kepalanya yang terasa sakit.Sebentar tadi,dia sudah menelan 2 biji panadol dan meneguk sedikit air suam.Ikutkan hati memang dia mahu sambung kerja tetapi Amin kerasnya menghalang dia berbuat demikian.Arahan daripada orang atasan mestilah ikut.Matanya ditutup sedikit bagi menghilangkan segala sakit.Dia cuba melelapkan dirinya dan akhirnya dia tertidur.
" Beri perhatian,semua ! Saya nak kenalkan kepada kamu orang semua.Ini Tengku Haqiem bin Tengku Kamal pemilik dan selaku boss paling besar kita,Puncak Bayu Holding.Beri tepukan." kenal Encik Musa kepada para stafnya yang lain.Masing-masing memberikan tepukan yang gemuruh kepadanya.Ada yang berbisik dan ada yang tersenyum malu.Seperti biasa,Bella juga tersimpul malu di tepi.
" Hensemnya,Ain.Kau tengoklah.Anak Tengku Kamal rupanya.Dah la kaya,hensem.Untung siapa dapat dia." kata Bella sambil menutup mulutnya.Dari tadi,dia memandang lelaki itu dari atas hingga bawah.
" Ishh kau ni.Sedar diri tu sikit.Kalau kau dengan dia bagaikan langit dengan bumi tau.Entah-entah dekat KL tu berlambak awek dia keliling pinggang.Setakat kau,dia pun tak hadap la." balas Ain selamba.Dijerling Bella kuat.
" Mulut kau ni kalau aku sagat dengan mesin kelapa kan best.Kau tu dahlah kawan baik aku.Supportla sikit." cebik Bella semula.
" Dahlah,malas aku nak layan kau." jawab Ain semula beredar setapak ke hadapan.
" Hai,assalamualaikum.I'm Tengku Haqiem bin Tengku Kamal.Nice to meet you.I hope yang kau orang semua dapat do the best untuk company ni.Kita sama-sama bekerja keras as a teamwork.Faham semua?" nasihat Tengku Haqiem tegas .Masing-masing mengangguk laju.
" Dalam seminggu ni saya akan pantau kerja korang semua.I hope you guys tidak akan kecewakan I.I tak suka orang yang malas bekerja dan suka main-main.Kalau kau orang tak suka,boleh angkat kaki and just go." kata Tengku Haqiem.Pekerja di situ tidak berani mengangkat muka.Gerun dengan wajahnya itu.
Share this novel
X sabar tggu sambungannya