BAB 78

Romance Completed 439027

Hujan turun renyai-renyai malam itu.Gadis itu mengerling jam pada dinding biliknya yang sudah menunjukkan hampir pukul 8:30 malam.Sesekali dia mengintai di luar biliknya mencari seseorang.

Hampa sungguh perasaannya apabila kelibat Tengku Haqiem langsung tidak kelihatan.Dia mengambil telefon bimbitnya lalu berura-ura untuk menghubunginya.

Nak call ke tak nak ? desis hatinya. Tangannya menggaru kepala yang tidak gatal.Arghh,tak payah la call.Dia melemparkan telefon itu tadi ke arah katil semula.

Ketukan pada pintu mematikan khayalannya.Cepat-cepat dia menapak menuju ke arah pintu itu.Mungkin Tengku Haqiem dah sampai.Lebar betul senyumannnya.

" Aba...." belum sempat dia menghabiskan kata,terpampang wajah Aiman Firdaus yang sedang menjongketkan keningnya sebelah.

" Abang Fir lah." jawab Aiman Firdaus sambil memuncungkan bibirnya.Geli hati Mikayla melihat.Macam budak-budak.

" Abang Fir ke ! Kayla ingat Haqiem tadi.Jemputlah masuk." pelawa gadis itu lalu mempersilakan lelaki itu untuk masuk dan mengambil tempat masing-masing.

" Abang Fir apa khabar ? Sihat ke ? Bukannya nak call Kayla.Sampai hati." kali ini Mikayla pula yang merajuk.Tersengih lelaki itu melihat.Comel.

" Abang Fir bukannya tak nak call,Kayla.Lately ni abang busy la dik oi.Ni pun baru je balik dari Japan." cerita Aiman Firdaus sambil menghulurkan sedikit cenderamata untuk adik angkat kesayangannya.Mikayla menyambutnya dengan perasaan penuh teruja.

" Kayla,apa cerita ? " soal Aiman Firdaus cuba mengubah topik.Matanya kini kembali memandang ke arah gadis yang pernah berada tempat di dalam hatinya.

" Kayla okay je ni abang.Kejap sakit,kejap okay balik.Entahlah." keluh Mikayla panjang.

" Tak baik tau mengeluh.Ni semua ujian Allah untuk Kayla.Abang tahu adik abang ni kuat dan tabah." puji Aiman Firdaus pula.

" Macam mana hubungan Kayla dengan Haqiem ?" korek Aiman Firdaus lagi.Bukan nak masuk campur urusan rumah tangga orang tetapi mahu menolong membetulkan keadaan.

" Tak payahlah cakap pasal dia.Kayla suruh dia ceraikan Kayla dia tak nak.Menyakitkan hati je." dari senyuman kini mukanya kelat.

" Memang patut pun dia tak lepaskan Kayla.Ikutkan perangai bini dia ni apa pun tak dapat." perli Aiman Firdaus.

" Abang tahu kan Kayla ni tak sempurna.Tak sama macam wanita dekat luar sana.Tapi kenapa dia masih nak simpan Kayla ni as his wife.Kayla tak sanggup." tanpa disedari ada air mata yang mula mengalir dari tubir matanya.

" Cause he love you.Abang Fir tak pernah tengok dia sampai macam tu sekali.Kayla nak tahu,sebelum ni berapa ramai yang pernah bersama dengan dia,tapi tak ada seorang pun yang berjaya tambat hati dia macam mana Kayla boleh isi ruang dalam hati dia." akuinya.

" Kayla tak nak dia menyesal seumur hidup dia.Buat apa dia nak jaga orang yang belum tentu akan hidup ni lagi.Sia-sia je lah." balas Mikayla marah.

" Tengok lah tu.Orang cakap tu boleh tak jangan nak keras kepala sangat ? Ada tak Kayla faham apa yang dia rasa selama ini ? Abang kenal dia dari kecil lagi.Dulu,dia seorang yang zalim.Tapi,sekarang,sejak dia berjumpa dengan Mikayla,dia dah banyak berubah." bicaranya lagi.

" Abang Fir,Haqiem,Mummy dengan Nurul,tak ada siapa pun yang boleh faham Kayla ni." sebak hatinya.

" Kami ni dah cukup faham Kayla dah.Ada tak Kayla faham perasaan dia ? Ada tak Kayla appreciate apa yang dia buat dekat Kayla selama ini ? Dia dah insaf la dik.Tolonglah jangan jadi selfish dan keras kepala.Kenapa boleh jadi macam ni ? Dulu tak ada pun."

" Abang,Kayla ni perempuan.Sebagai seorang isteri,Kayla nak jadi yang terbaik untuk suami Kayla.Kayla tak nak dia kena bela perempuan macam ni ."

" Cuba bawa istighfar.Janganlah ikutkan perasaan tu.Haqiem dengar ni,mesti dia kecil hati.Abang Fir tak nak Kayla buat keputusan terburu-buru.Tolonglah fikir perasaan dia.Abang Fir minta sangat."

" Tapi,Kayla tak kuat."

" Kayla kena kuat demi kami.Paling penting,demi suami Mikayla.Ingat,dia sentiasa ada di sisi Kayla.Kayla nak tau apa yang dia bagitahu abang ? Dia sedih sangat bila Kayla minta dia lepaskan Kayla."

" Tak ada seorang lelaki pun dalam dunia ni akan lepaskan orang yang dia paling sayang.Abang Fir tengok dia dah macam hilang arah dah setiap kali Mikayla minta dia cerai.Sakit sangat Kayla.Sakit."

" Abang Fir minta satu je.Jangan seksa hati dia.Jangan seksa hati Kayla juga.Abang Fir tahu Kayla hanya cakap sahaja kan ? Fikir perasaan dan hati Kayla tu dulu.Jangan degil sangat.Abang balik dulu.Anything,just call me.Take care.Bye." pinta Aiman Firdaus lalu meminta izin untuk pulang.Tidak manis mereka berdua lama-lama.

Mikayla hanya memandang dengan wajah yang kosong.Ada benar apa yang lelaki itu katakan.Dia terlalu mengikutkan perasaannya.Langsung tidak fikir perasaan orang yang betul-betul ingin menjaganya sepenuh hati.

Dia membuat keputusan untuk menghubungi suaminya.Selalunya,ke mana sahaja pergi,pasti lelaki itu akan memaklumkannya terlebih dahulu.Kali ini,lelaki itu mungkin benar-benar marah dengan sikapnya yang satu itu.Degil.

Satu saat,dua saat,tiga saat.Tiada jawapan.Dia terus baring di atas katil hospital itu sambil menunggu kehadiran suaminya.Mary Jonson sudah memaklumkan tadi yang dia mahu turun ke cafe bawah sekejap untuk mengalas perut.

Kereta Tengku Haqiem membelah jalan raya malam itu.Satu lampu pun tidak kelihatan.Hanya berbekalkan lampu keretanya sahaja.Entah kenapa sejak isterinya meminta dia untuk lepaskannya,hatinya sungguh pedih.

Berat untuk berpisah dengan orang yang paling dia cinta dan sayang.Dia menekan pedal minyak dengan lebih kuat.Tidak peduli kelajuan meter yang makin lama makin menaik.Hatinya benar bagai diguris.

Pinnnnnnnnn ! Bangggg !

Lelaki itu hilang kawalan apabila keretanya melanggar sebuah motosikal dari arah bertentangan.Kereta miliknya melanggar sebuah pokok yang besar.Dahinya terhantuk pada stereng kereta sehingga mengeluarkan darah merah yang sangat pekat.

Akhirnya,dia tidak sedarkan diri.

Gelas yang dipegang oleh Mikayla pecah berderai.Dia mengutip semula cebisan kaca itu lalu terjerit kecil dek terkena hujung kaca yang tajam.Gadis itu mengurut dadanya perlahan.Entah kenapa tiba-tiba sahaja dia tidak sedap hati.

Mary Jonson yang memasuki bilik itu segera menerpa ke arah gadis itu risau.

" Ya Allah.Be careful,Mikayla." pesan Mary Jonson.

" It's okay,mummy.Sikit je ni." jawab Mikayla perlahan.

" Macam mana boleh jatuh ni ? "

" Entahlah,tetiba je.Tak apalah sikit je luka ni."

" Mummy panggil doktor kejap."

Belum sempat Mikayla menggeleng,wanita tua itu sudah bergegas memanggil doktor.Dia hanya mengeluh sendirian lalu duduk semula di atas katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience