Get the app for full experience
Tubuhnya yang kurus itu kelihatan seperti ular sawa yang melingkar.Terasa urat uratnya tegang selepas pulang dari Berlin.Haishh,penat sungguh semalam.Harini nak balik Penang lagi.
Kakinya cepat cepat menuju ke bilik mandi.Selesai bersiap siap,Mikayla cepat cepat mencapai tas tangan dan beg roda.Tak sabarnya nak jumpa mama,abang sedara mara.Hatinya membuak buak untuk pulang.Cepatla sampai Penang,bisiknya dalam hati.
Phone ditangan ditatap penuh tekun.Sementara menunggu abang grab tiba,baik dia melayan instagram dulu.Dapatla dia berkongsi gambar semasa dia belajar di Berlin.Throwback katanya.
Mikayla menoleh ke kiri dan ke kanan.Rasa macam ada orang.Tapi,bila tengok tak ada pulak.Makin lama makin kuat bunyi tapak kasut menuju ke arahnya.Mikayla tidak menoleh,cepat cepat dia berlari menuju ke lif semula.Tiba -tiba dengan pantas,seseorang menutup mulutnya menggunakan kain.Pandangannya kabur dan akhirnya dia pengsan di dalam dakapan lelaki itu.