" Love is when imperfection being perfection."
Dari pukul 5 pagi lagi,gadis itu sudah bangun dan bersiap-siap untuk mencari kerja.Dia mengenakan sepasang baju kurung dengan corak bunga halus dan dipadankan pula dengan tudung berwarna biru laut.
Bibirnya bergerak-gerak sedikit mengikut rentak lagu yang dinyanyikan iaitu Nothing's Gonna Change My Love.Ingat lagi masa dia memainkan lagu itu di majlis sambutan hari jadi Aiman Firdaus.Suka benar dia dengan lagu itu.
Semasa dia belajar dulu,sememangnya dia akan bermain piano di anjung bawah universitinya hampir setiap hari.Kalau ada kelapangan,dia akan memainkannya.Masing-masing terpukau dengan kelincahan tangannya itu.
Rindu betul dia dengan piano yang sudah sebati dalam jiwanya.Gadis itu benar-benar mewarisi langkah ayahnya yang sememangnya seorang penyanyi suatu ketika dahulu.Kelebihan itu dia gunakan untuk belajar piano dan akhirnya hasratnya untuk menyambungkan pelajarannya di universiti yang terkenal di Berlin sudah tercapai.
Ingat lagi masa itu,begitu keras mamanya bekerja bagi menampung perbelanjaanya di sana.Tidak dapat dia lupakan jasa mereka yang telah membesarkannya dengan jaya.Cuma ada satu lagi impian Mikayla yang masih belum tercapai.Impiannya adalah untuk membuka sebuah pusat belajar muzik dan dia mengimpikan sebuah piano yang besar dan cantik.
Langkahnya terhenti dek ketukan pintu yang bertalu-talu.Segera dia membukanya dengan pantas.Kelihatan Mary Jonson sedang memegang sudip di tangan.Ada sahaja aktiviti yang orang tua itu buat di waktu awal sebegini.
Rajin benar.
" Cantiknya anak mummy yang seorang ini.Nak pergi party or cari kerja? Cantik sangat ni." usik Mary Jonson sambil memegang bahu anak angkatnya lembut.
" Eee..kalau tak puji memang tak sah kan.Mummy,harini masak apa pula?Lapar dah ni." tanya Mikayla sambil memegang perutnya yang berkeroncong sejak malam semalam.Mary Jonson hanya tersenyum seraya menarik tangan gadis itu menuju ke dapur untuk bersarapan.
Usai sahaja mereka berdua bersarapan,Mikayla mencapai tangan wanita tua itu lalu menciumnya.Dia meminta kepada orang tua itu agar mendoakannya hari ini untuk mendapat kerja.Mereka berpelukan seketika lalu Mikayla bercadang untuk mencari kerja di hujung kampung.Dari rumahnya,dia hanya berjalan kaki sahaja memandangkan mereka tiada kenderaan.Maklumlah,kawasan itu agak terpencil sedikit jadi susah kalau kenderaan lalu lalang.
Perjalanannya diteruskan pagi itu.Semangatnya berkobar-kobar.Dia ingin membalas jasa Mary Jonson yang setia menjaganya di kala dia sedang susah.Langkahnya terhenti apabila ada seseorang yang memberikan hon dari arah belakang.Terhinjut bahunya seketika.
" Ehh.Awak Mikayla kan?" tanya seorang lelaki lalu menongkatkan motosikalnya ketepi.Gadis itu tidak mengangguk dan tidak juga menggeleng.Hairan betul bagaimana lelaki itu boleh mengenalinya.
" Maaf.Awak siapa ya?" tanya Mikayla takut-takut.Sudahlah kawasan itu agak sunyi.
" Saya Amin.Abang budak yang awak jumpa semalam tu.Ingat tak?" tanya pemuda itu ramah.
" La ye ke.Awak abang dia?Patutla peramah macam adiknya." balas Mikayla tersenyum mesra.Gembira juga apabila ada orang kampung yang sudi berkenalan dengannya.
" Awak ni jalan-jalan ni nak pergi mana pagi buta ni?" tanya lelaki itu ingin tahu.
" Saya tengah cari kerja.Tu yang ingat nak pergi ke hujung kampung tu mana tahu ada kerja kosong kan." jawab Mikayla lagi.
" Kerja kosong?Rezeki awak sebab dekat tempat kerja saya ada perlukan pekerja.Kilang besar dekat hujung sana.Kalau awak okay,jom saya hantarkan." pelawa pemuda itu lalu perlahan-lahan menenami gadis itu untuk ke sana.
Sepanjang perjalanan,masing-masing berborak antara satu sama lain.Kadang-kadang mereka ketawa.Macam dah lama kenal sahaja.
Mikayla berjalan mundar-mandir di dalam ruangan menunggu.Sekejap duduk,sekejap berdiri dan sekejap dia berjalan.Berdebar pula hatinya menunggu keputusan sama ada dia diterima bekerja di situ atau tidak.Ini kali pertama dia menjalani temu duga.
Bukannya dia seorang sahaja yang di temu duga,ada lagi tiga orang yang masih menunggu.Wajah masing-masing pucat tidak berdarah.Semasa menunggu,sempat juga dia berdoa di dalam hati dan berzikir.Haraplah dia diterima bekerja.
" Cik Mikayla binti Mustapha.Sila masuk." arah seorang gadis yang berada di kaunter.
" Okay,Cik Mikayla.Apa yang saya nampak dalam diri awak tadi masa saya temu duga awak,saya tahu awak seorang yang sangat berdisplin dan memang awak perlukan kerja ini.Saya harap awak dapat memberikan sepenuhnya kepada syarikat ini.Tahniah,awak diterima bekerja." kata pengurus kilang itu yang dikenali sebagai Encik Musa.
Terkesima gadis itu bila mendengar.What?Aku diterima.
" Betul ke ni Encik Musa?Alhamdulillah,bila saya boleh mula bekerja?" tanya gadis itu bersemangat.Syukur alhamdulillah.
" Kejap lagi, akan ada orang yang hantar uniform kerja awak.Lusa,pukul 10 pagi,awak diarahkan untuk melapor diri di bilik saya.So,nanti saya akan explain dekat awak lebih lanjut tentang skop kerja ni." jawab Encik Musa.Mikayla mengangguk dan menunduk sedikit tanda hormat.Bibirnya mengukirkan senyuman yang begitu manis.
Dia melangkah keluar daripada bilik itu lalu pulang dengan hati yang gembira.
Share this novel