Alhamdulillah,gadis itu sudah dibenarkan keluar daripada hospital namun masih akan ada rawatan yang perlu dia jalani memandangkan sekarang dia adalah pesakit kanser.Jadi,doktor sendiri telah menetapkan tarikh yang perlu dia datang semula.
Hari itu,Tengku Haqiem menawarkan diri untuk membawa pulang sang isteri ke rumah Mary Jonson.Ikutkan hati,memang gadis itu tidak mahu dia menemaninya,namun setelah dipaksa akhirnya dia akur.Tengku Haqiem memimpin tangan isterinya memasuki bilik.
" Ehh,kenapa kau ikut ? Hantar aku sampai sini je.Dah,sana." halau Mikayla sambil mengibas tangannya.Macam halau kucing pula,desis hati Tengku Haqiem.
" Mana boleh.Saya kan suami awak.Halal la." balas Tengku Haqiem selamba.Bibirnya mengukir senyuman halus.Suka dia tengok kalau isterinya marah.Comel.
" Suami tak suami.Hanya atas kertas.Dah hantar saya kan ? So,dah boleh pergi kot." sindir Mikayla lalu merebahkan diri atas katil.
" Saya nak pergi mana ? Ni kan rumah awak juga.Apa salahnya saya tidur sini malam ni.Boleh kan?" tanya Tengku Haqiem.
" Siapa bagi kau keizinan?Ni rumah mummy aku.Kau pergi la tidur dekat mana-mana.Tempat yang lebih selesa." arah Mikayla sambil menjeling.
Tengku Haqiem tersenyum kembali namun sedaya upaya dia cuba menyorokkannya.Lesung pipitnya hampir ke dalam.Dia menggeleng lalu berura-ura membuka butang bajunya.Terjegil mata gadis itu melihat.Segera dia menutupnya dengan bantal.
" Kau buat apa ni,ha?Dah gila ke?" jerit Mikayla.
" Abang nak mandi la.Panas.Jom teman?" ajak Tengku Haqiem gurau.Mikayla mencampakkan bantal itu lalu dilemparkan ke tubuh suaminya.Tergelak Tengku Haqiem melihat lalu dia menapak menuju ke bilik air.
James dan Suraya sedang duduk berbual di hadapan sungai berhampiran chalet itu.Sejak kejadian hari itu,mereka belum lagi menjejaki kawasan tapak tersebut kerana Tengku Haqiem sendiri sudah membatalkan projek tersebut.
Ya ! Dato Murad yang sebenarnya dalang semua ini.Dialah musuh dalam selimut.Patutlah dia beria mahu bekerjasama untuk projek berdekatan kilang lelaki itu.Rupanya,ada niat yang jahat dan dia sendiri mengelak untuk datang bersama ke tapak itu.
Jadi,dia hantar orang upahan untuk mengintip gerak geri Tengku Haqiem.Dan,bila tiba masa dia menjalankan pula misinya.Sekarang,orang tua itu sendiri pun hilang tanpa jejak begitu juga pengurusnya,Encik Sato.Sudah melarikan diri sejak kejadian itu.
Tengku Haqiem sudah mengerahkan beberapa orang pengawalnya untuk menjejaki mereka berdua.Marah benar lelaki itu apabila ada orang yang sabotaj.Biasalah perangainya.Sifat barannya sukar dikawal.
" Su.You nak terus balik KL or nak stay sini?" tanya James tanpa melihat ke arah gadis di sebelahnya.
" Hm.Belum lagi kut Tuan James.Saya nak lawat Puan Mikayla.Dah lama saya tak jumpa dia.Tuan macam mana?" tanya Suraya lembut.
" Don't call me,Tuan James.Just call me sayang." ketawa James terbahak-bahak.Merah muka Suraya apabila dilakukan begitu.Tersenyum-senyum dia.
" Just kidding.But,kalau betul pun apa salahnya kan?" usik James lagi.Kali ini dia mengenyitkan matanya ke arah Suraya.Terasa bahang pula tiba-tiba.Segera dia bangun daripada situ.Kalau lama-lama dia di situ,tak pasal nanti dia pengsan.
" Nak pergi mana? I tanya you ni.Kenapa muka you merah ? Blushing eh?" gurau lelaki itu lagi.Kali ini dia mengejar Suraya yang sudah laju memintasnya.Segera dia mencuit bahu gadis itu.
Suraya tidak menjawab sebaliknya dia hanya menjeling lelaki yang berada di sebelahnya.Masing-masing hanya tersenyum sesama sendiri dan bergerak meninggalkan kawasan itu.
Mary Jonson pula sudah menyiapkan hidangan petang.Hari itu,dia menggoreng sedikit keropok lekor bersama air teh.Bau ikan daripada keropok itu sungguh menyelerakan ditambah pula cuaca yang sejuk ini.
" Qiem.Panggil Kayla makan." ajaknya sambil membetulkan sedikit pinggan yang tidak berapa teratur.Tengku Haqiem mengangguk laju lalu bergerak ke arah bilik isterinya.
" Sayang.Jom makan." ajak Tengku Haqiem lalu duduk di birai katil.Dia melihat gadis itu sedang merenung jauh ke luar jendela.
" Pergi jelah.Aku tak ada selera.Kalau kau lapar,pergi makan seorang." jawab Mikayla.
" Janganlah macam ni.Nanti perut tu masuk angin kalau tak makan.Kalau tak kesian dekat abang,kesian dekat mummy." pujuk Tengku Haqiem lagi.Mikayla masih seperti tadi.Hanya duduk keras membatu.
Tengku Haqiem mencari akal.Dengan senyuman nakal,dia mencempung tubuh gadis itu.Terjerit gadis itu seketika.
" Lepaslah.Kau ni dah kenapa? Ok fine.Aku pergi makan." balas Mikayla lalu menolak tubuh sasa itu.Terdorong lelaki itu ke belakang.Dia meletakkan tubuh gadis itu di atas katil semula dan mengunci pergerakannya.Tubuhnya dirapatkan hampir mengenai tubuh isterinya.
" Bencilah abang macam mana pun,sayang.Abang tak akan pernah berputus asa.Lagi sayang cuba menjauh daripada abang,selagi itu abang akan mendekati sayang.Sebab cinta abang dekat sayang tak akan pernah pudar walau sikit pun." tutur kata yang keluar daripada mulut Tengku Haqiem menyejukkan hatinya.Namun,segera dia berpijak di bumi yang nyata.Dia tidak boleh tertipu dengan janji buaya ini.
" Ayat buaya." jawab Mikayla sepatah.Terus dia bangun daripada situ.
" Aduh." katanya sambil memegang perut.Tengku Haqiem yang melihat segera memegang lengan gadis itu namun segera dia menepis kasar.
" Why sayang ? Sakit dekat mana.Jom saya bawa awak pergi hospital." ajak Tengku Haqiem seraya menarik tangan gadis itu.
" Don't touch me.Dah sana." kata Mikayla lalu perlahan-lahan menapak ke arah dapur.Tengku Haqiem hanya membuntuti langkah isterinya dari belakang.
" Macam mana,sayang ? Anak mummy ni makin sihat tak?" tanya Mary Jonson lalu menarik kerusi untuk Mikayla di sebelahnya.
" Macam ni jelah,mummy." jawab Mikayla sekilas.Rautnya masih menahan sakit.Namun,cuba dia sorokkan.
" Mummy,Qiem ada benda nak bincang dengan mummy." pinta Tengku Haqiem.Mary Jonson sekadar mengangguk lalu menjeling sekilas gadis di sebelahnya yang ralit menyicah keropok lekor dengan sos cili.
" Qiem bercadang nak bawa Kayla jalani rawatan dekat Australia.Dekat sana,ada pakar yang terkenal.Inshaallah,Mikayla akan sembuh." kata Tengku Haqiem lagi.Kali ini,Mary Jonson tidak sempat menjawab sudah dipintas oleh Mikayla.
" Kenapa nak memandai ni ? Kau tak bincang dengan aku pun.Kau dah terus tanya mummy.Apa benda yang kau nak sebenarnya dari aku? Aku tahulah tipu muslihat kau.Kau nak bawa aku jauh dari sini lepastu kau boleh seksa aku macam dulu.Kan?!" bentak Mikayla kasar.
" Kayla.Bagi Qiem explain dulu ye sayang.Lagipun cadangan Qiem tu pun bagus juga.Untuk kebaikan anak mummy ni." nasihat Mary Jonson sambil memegang bahu Mikayla lembut.
" Aku tak tahulah apa benda yang kau nak dari aku.Semua benda yang keluar dari mulut kau,satu pun tak boleh pakai.Aku lebih rela mati dekat sini daripada ikut kau.And,one more thing.Aku tak perlukan sifat keprihatinan kau.Now,kau pergi bersiap dan boleh berambus daripada sini.Aku muak tengok muka kau." marah Mikayla lalu segera menapak ke arah biliknya semula.Dia menutup pintu dengan kasar lalu menghamburkan tangisnya di atas katil.
Share this novel
next ....
waw... garang kaila sekarang..
waw... garang kaila sekarang..