BAB 30

Romance Completed 438941

Pap !

Satu tepukan mengenai bahu kiri Aiman Firdaus.Kelihatan Tengku Haqiem yang dari tadi berdiri terpacak di belakang mereka sebelum menegur rakan baiknya.Matanya beralih pula ke arah Mikayla.Di pandangnya atas hingga ke bawah.Terpesona dia melihat kecantikannya.

Mikayla yang terkejut dengan kehadiran suaminya segera mengalihkan pandangan.Bibirnya mengukir senyuman apabila melihat kelibat Suraya yang terkedek berjalan ke arahnya.Dia melambaikan tanggannya dari jauh.

" Sorry la Cik Mikayla saya lambat.Aduh,tak tahu la kenapa perut ni memulas," kata Suraya sambil mengusap perutnya.Mikayla diam tidak menyahut sebaliknya dia hanya mengangguk tanda faham.Tiba-tiba,Tengku Haqiem menarik lengan Mikayla ke tepi.Masing-masing terkejut dengan tindakan drastik Tengku Haqiem.Mereka berpandangan sesama sendiri.

" Kau ingat kan pesan aku,Mikayla?! Jangan sesekali kau terlepas cakap atau bocorkan sebarang rahsia.Paling penting,jangan nak menggatal ye?Kau faham?!" gertak Tengku Haqiem sambil mencerlungkan matanya memandang Mikayla.

" Hey sayang ! " laung satu suara dari arah belakang.Kelihatan Tengku Natasha yang berlari anak mendapatkan buah hatinya yang seorang itu.Tangan Tengku Haqiem segera dilepaskan.Risau ada yang memerhati.

" Yes my dear," jawab Tengku Haqiem seraya melingkarkan tangannya ke pinggang Tengku Natasha.Sengaja je dia mahu membuat Mikayla cemburu.Tidak tahu mengapa saat melihat mereka,hatinya bagaikan dihiris sembilu.Sakit sangat.Cepat cepat dia menyeka air matanya daripada tumpah.

" Okay guys.Jom kita mulakan acara malam ini.Jemput naik Tuan Aiman Firdaus ke atas pentas," kata seorang lelaki iaitu selaku pengacara pada malam itu.Mata tetamu yang lain segera beralih ke arah Fir.Mereka menepuk tangan dengan gemuruh sekali.Para pemain orkestra bersedia mengalunkan alunan lagu selamat hari jadi.Mereka bernyanyi serentak.

Selepas acara memotong kek,masing masing mengambil tempat di tepi kolam.Banyak sungguh hidangan pada malam itu.Aiman Firdaus yang melayan tetamu,segera menapak ke arah Mikayla yang sedang berbual dengan Suraya.

"Mikayla, pentas tu kosong.You dah promise kan nak mainkan satu lagu?," ajak Aiman Firdaus.

"But I takutla,Fir," jawab Mikayla meminta simpati.

"Alah Cik Mikayla.Pergila orang dah ajak tu.Kesian Tuan Fir.Nak sangat Cik Mikayla mainkan piano.Pergila," desak Suraya pula.Dia hanya tertawa melihat wajah cemberut Mikayla.

Mikayla bangun daripada kerusi dan berjalan perlahan menuju ke pentas yang menempatkan sebuah piano.Malam itu,masih belum sesiapa lagi yang main.Mikayla adalah orang pertama yang membuat persembahan.Dengan perasaan yang sedikit gugup,dia menaiki pentas.

Menyedari kehadiran seseorang,semua tetamu di situ memberi perhatian sepenuh ke arah Mikayla buat kali yang kedua.Gementar kian terasa.Dia melabuhkan punggungnya di hadapan piano.Dia mengumpulkan sedikit kekuatan lalu memulakan bicara,

" Hai Assalamulaikum.Nice to meet you.My name is Mikayla.You can call me Kayla or Mikayla.And Happy birhday to Fir.May Allah bless you.Hope you guys enjoy this night," kata Mikayla sambil tersenyum.

Dia memulakan persembahannya pada malam yang indah itu.River Flows in You adalah tajuk pilihan hati.Sungguh merdu dan menakjubkan persembahan pada malam itu.Tangannya ligat bermain di atas piano.Masing masing terpegun dengan kelincahan gadis itu bermain piano.Mereka berbisik sesama sendiri dan tertanya siapa gadis cantik itu.Sudahla dia seorang yang menawan dan pandai bermain piano.Ayu sungguh !

Dari jauh,ada dua lelaki yang terpegun dan tersenyum memandangnya.Mereka adalah Tengku Haqiem dan Aiman Firdaus.Mata masing masing tidak lekang memandangnya walau sesaat.Tengku Natasha yang sedari akan kelakuan tunangnya segera merengek untuk memintanya air.Dalam hati lelaki itu berkata,gedik sungguh la betina ni.Matanya kembali tertumpu ke arah Mikayla.

Selesai memainkan lagu,Mikayla mendapat tepukan yang amat gemuruh daripada para penonton.Mereka memuji persembahan Mikayla ketika itu dan bangun seraya berjabat tangan.Aiman Firdaus yang tersenyum segera mendapatkan Mikayla.

" Fantastic,Mikayla ! Such a nice performance.I really aprecciate it.Thanks tau Mikayla sebab sanggup mainkan piano untuk I.Sumpah I terpegun," puji Aiman Firdaus.Mikayla hanya tersipu malu bila dipuji begitu.

" Siapa gadis cantik ni ,Fir?," kata seorang wanita tua.Dia adalah Datin Seri Fatimah iaitu mummy kepada Aiman Firdaus.Mereka segera memusingkan kepala ke arah satu suara.

" Kenalkan,mummy.Seorang wanita cantik,baik hati pandai main piano dan paling penting pandai mencuri hati Fir.She's Mikayla," kata Fir kepada mummynya yang seorang itu.Mikayla menahan malu apabila dipuji sebegitu.Rasa nak lompat je.

" Ouh ni Mikayla.Hai,Mikayla.I'm Datin Seri Fatimah.Just call me Auntie Mah," kata wanita itu sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.
Dengan cepat,Mikayla mencium tangan wanita tua itu dan memperkenalkan dirinya.

" Saya Mikayla,Auntie.Saya pun baru je berkenalan dengan Fir," jawab Mikayla sambil tersenyum.Manis orangnya,puji wanita itu di dalam hati.

" Auntie sihat ke?" tanya Mikayla ramah.

"Alhamdullilah sihat je.By the way,Mikayla datang dengan siapa.Suraya?" tanya Datin Seri Fatimah lagi.

" Haah saya datang dengan dia.Berdua je,auntie," kata Mikayla.

" Okay la macam tu.Apa kata kamu berdua kenal kenal dulu la sambil tu beramah mesra ye,"usik wanita itu lagi.Masing masing diam tanpa bicara.Dengan pantas lengan Mikayla direntap sekali lagi oleh Tengku Haqiem.Badannya menghadap badan lelaki itu.Mikayla mengerutkan dahinya tanda tidak puas hati.Tengku Haqiem menarik tangan gadis itu ke kawasan yang gelap dan tidak ramai orang.

" Kau hilang ingatan ke apa ha Kayla?! Kau dah lupa apa yang aku bagitahu tadi?!Jangan nak duduk menggatal dengan jantan lain.Kau ingat aku tak nampak ke?!" tanya Tengku Haqiem sambil mencengkam pipi Mikayla kuat.

" Awak ni dah kenapa?Saya tak buat apa apa pun.Hanya sembang biasa je.Suraya pun ada kan" jawab Mikayla berani.Malas dia mahu bertekak dengan suaminya.Dia melepaskan cengkaman di wajah Mikayla.

" Kau dengar sini baik baik.Aku tak nak ada mana mana lelaki yang kau berborak atau bersembang.Kau tahu kan aku paling pantang kalau orang tak ikut arahan aku.Jaga kau kalau kau ingkar," arah Tengku Haqiem seraya memanggil kedua orang pengawalnya iaitu Danish dan Kamal.

" Kau jaga perempuan ni.Make sure dia tak ada terlepas cakap dengan sesiapa pun kecuali Suraya.Ikut je kemana dia hendak pergi," arah Tengku Haqiem lalu meninggalkan kawasan itu.

Air mata mula membasahi pipi.Tidak dapat ditahan lagi.Adakah ini pengakhirannya? Adakah dia akan mati di tangan Tengku Haqiem.Sungguh kejam kau,wahai suami.Apa salah aku,Haqiem?Kenapa kau benci sangat dengan aku.Sampai sekarang aku masih tak tahu apa puncanya.Tetiba fikirannya mengingatkan mamanya di kampung.Bertambah pilu hati nya memikirkannya.Sungguh dia rindu dengan mamanya yang seorang itu.Ingin dia menghamburkan tangisan kepada wanita tua itu.

Danish dan Kamal berpandangan sesama sendiri.Sungguh mereka merasa simpati atas nasib yang menimpa gadis itu.

" Saya nak pergi toilet kejap," kata Mikayla kepada dua orang pengawalnya.

" Kami ikut" kata mereka serentak

"Awak nak ikut saya masuk toilet ke macam mana?! Awak nak intip saya eh?!" tuduh Mikayla melulu.Masing masing menggelengkan kepala mereka .

" Cik Mikayla,kan Tuan dah arahkan kami untuk mengawal kemana je yang Cik nak pergi.Cik Mikayla nak pergi toilet kan? Dekat tingkat atas ada toilet,jom saya tunjukkan," ajak Danish lalu menunjukkan arah di mana tandas.Mikayla hanya membuntuti langkah Danish dari belakang.

" Cik Mikayla masukla .Kami tunggu dekat luar bilik ni.Apa apa cik panggil je kami berdua." kata Danish kepada Mikayla seraya menutup pintu bilik tidur tetamu itu.

Mikayla hanya mengangguk dan memerhatikan keadaan sekeliling bilik tetamu itu.Besar dan cantik ! Matanya tertumpu ke arah balkoni di situ.Dengan perasaan berdebar,dia menolak pintu tadi dan ternyata ianya tidak berkunci ! Kepalanya mula memikirkan sesuatu.Ya ! Dia perlu lari untuk melepaskan diri.

Dia ingat akan pesanan Tengku Haqiem siang tadi.Dia perlu tekad sekiranya ada jalan keluar.Dengan perlahan,dia menjengketkan kakinya agar tidak menghasilkan sebarang bunyi.Dia memandang ke bahagian bawah.Cuma ada kawasan taman dan dipenuhi dengan rumput palsu.Kalau dia lompat,mungkin akan ada sedikit kesan luka memandangkan bilik itu berada di tingkat kedua.

Pedulikan saja,Mikayla ! Misi kau cuma satu,lari daripada syaitan itu.Kedengaran pintu bilik diketuk.Mikayla segera memandang ke arah pintu bilik itu.

" Cik Mikayla,sudah ke?" tanya salah seorang pengawalnya.Diam.Tiada jawapan.

"Cik Mikayla kami masuk,ya?" kata pengawalnya berura-ura untuk membuka pintu.

" Bagi saya 10 minit,boleh tak?Saya nak solat kejap," jawab Mikayla dari dalam.

" Okay,Cik Mikayla.Jangan lama tau," kata pengawalnya lagi.

Okay,Mikayla.Now,kau ada masa lagi 10 minit je lagi untuk lepaskan diri.Dekat depan tu,ada jalan besar.Kalau kau lari,maybe sempat untuk kau pergi minta tolong.Ya Allah,mudahkan urusan aku,doa Mikayla di dalam hati.

Mikayla mencari akal.Dia mengambil selimut yang berada di atas katil lalu digulung dengan cepat.Dia menyimpulkan hujung selimut itu di penghadang balkoni.Nasibnya sungguh bertuah kerana kawasan itu di belakang villa,jadi tidak ada siapa yang akan melaluinya.

Dengan berhati-hati dan perasaan yang agak gementar,dia menuruni ke tingkat bawah.Dia memerhatikan keadaan sekeliling dan melihat ada sebuah pintu kecil.Arghh,kunci pulak ! Dengan langkah besar,dia memanjat pula pagar villa itu dengan pantas.Dressnya terkoyak sedikit memandangkan langkahnya terlalu besar.Langkahnya diatur segera.

" Kau orang buat apa dekat depan bilik ni ? Mana perempuan tu ? " tanya Tengku Haqiem kepada dua orang pengawal yang setia menjaga dan menunggu Mikayla.

" Oh Cik Mikayla kata dia nak pergi toilet lepastu dia nak solat kejap.Dia kata dalam 10 minit.Tapi,ni nak dekat 15 minit dah," jawab Kamal ragu - ragu.Tengku Haqiem meluru ke arah bilik itu lalu membukanya dengan kasar.Matanya melilau mencari Mikayla.Dia membuka pintu bilik air dan melihat kedalamnya.Tiada orang !

Sepasang matanya tertancap pada balkoni pula Pintu terbuka dan dia segera berlari ke arah itu.Dia melihat ada tali yang tergantung dan menariknya.Dadanya mula berombak.Terbeliak biji mata kedua orang pengawalnya.Masing masing menelan liur dan terkejut dengan situasi sekarang.

" Shit ! Bangsat ! Pergi cari betina tu sekarang ! Dia dah lari.Bawa dia cepat ! "arah Tengku Haqiem sambil mengenggamkan penumbuknya.

Kau main gila dengan aku,Mikayla.Rupanya,kau masih belum kenal lagi siapa Tengku Haqiem.Kau silap orang la,perempuan.Berani kau lari daripada aku.Dah berapa kali aku cakap dengan kau jangan cuba lari dari aku.Memang kau ni mencabar kesabaran aku,Mikayla !

" Find her now ! "

next chapter soon

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience