BAB 64

Romance Completed 438988

Langit malam sungguh indah waktu itu.Ditemani bintang dan bulan yang bercahaya indah.Mampu mendamaikan hati sesiapa sahaja yang melihat.Patutlah beribu manusia yang gemar suasana pada waktu malam berbanding siang.

Amin duduk sambil mendongakkan kepalanya memandang dada langit.Angin sejuk yang menyentuh kulitnya dibiarkan begitu sahaja.Seronok melayan keasyikan malam.

Masih terngiang-ngiang lagi pengakuan yang dibuat oleh gadis itu.Sungguh pada mula dia tidak percaya.Namun,selepas gadis itu mengaku,hatinya bagaikan diguris.Pedih sangat.

Rupanya gadis yang dia cintai selama ini sudahpun menjadi milik orang.Walaupun mereka sahabat,gadis itu memang pandai menyembunyikan rahsia sehinggalah kejadian kebakaran hari itu.

Semua pekerja kilang itu asyik bercerita tentang mereka berdua.Ada yang membuat spekulasi sendiri dan sebagainya.Sehinggakan kadang-kadang apa yang dikatakan mereka sungguh melampau.Memanaskan hati lelakinya itu.

Kadang kala Nurul juga tidak tahan dengan mulut mereka semua.Sampailah ada ketika itu,dia dan Bella bergaduh besar.Habis ditarik rambut Bella yang menyanggul tinggi.Cepat-cepat Amin meredakan kemarahan mereka berdua.

" Buat apa tu ? " tanya Mak Tok lalu mengambil tempat di sebelah cucu kesayangannya itu.Sejak daripada dia kecil lagi,nenek itu sudah bekerja keras untuk menyara mereka berdua.

Tidak terbalas pengorbanannya selama ini.Sebab itu,ada sahaja masalah,mesti neneknya itu dapat kesan.Kenal benar dia dengan perangai dua orang cucu kesayangan.

" Adam mana ? " persoalan dibalas dengan soalan.

" Dah tidur dah dia.Dah lewat dah ni.Kenapa kamu duduk luar ni ? Ada masalah ke ? " tanya Mak Tok tanpa segan silu.Dia memandang wajah itu dengan lembut.Sesekali kedengaran bunyi dia sedang batuk.Maklumlah,orang tua.

" Tak ada apalah,Mak Tok." jawab Amin ringkas.Sebolehnya,dia tidak mahu menceritakan masalahnya kepada dia.Risau kalau orang tua itu sakit.

" Jangan tipu,Mak Tok.Aku kenal benar dengan perangai cucu aku.Cuba cerita." balasnya.

" Betul ke cinta tu tak boleh dipaksa ? " tanya Amin.

" Kenapa tiba-tiba tanya macam tu ? "

" Orang cintakan Kayla.Tapi,orang tahu dia tak suka orang.Dia dah kahwin dah Mak Tok." bocor rahsia Mikayla.

" Apa ? Mikayla tu dah kahwin ? Dengan siapa ? Bila ? " banyak betul soalan Mak Tok kali ini.Tertarik betul.

" Dah lama dah dia orang kahwin.Dia kahwin dengan boss orang.Pemilik kilang itu.Entahlah,Mak Tok.Orang runsing sekarang.Perlu ke orang bagitahu perasaan ni dekat dia ? " Amin meminta kepastian.

" Bab ni Mak Tok kurang.Tapi,cinta tu kan memang tak boleh paksa.Kau cuba bayangkan.Kau seorang je suka dia,tapi dia tak ada hati pun dekat kau.Kau rasa kau boleh bahagia ke ? " duga Mak Tok.Hebat pula orang tua itu bab cinta.Tadi kata lemah bab sebegini.

" Bukan ke cinta tu boleh dipupuk ? " soal Amin pula.

" Nak pupuk macam mana ? Dia tu dah jadi hak milik orang dah.Aku tak nak kau rosakkan rumah tangga orang.Berdosa. " nasihatnya lagi.Risau kalau-kalau lelaki itu buat keputusan yang salah.

Amin mengeluh perlahan.Baru dia faham.Dia gagal mendapatkan cinta hatinya.Namun,dia berjanji jika Tengku Haqiem berani menyakitinya,dia tidak akan teragak-agak untuk mengerjakan lelaki itu.

Amin mengangguk sedikit.Wajah tua itu ditenung.Dia mengusap tangan neneknya yang berkedut.Baru ada sinar di matanya.Dia perlu menerima bahawa gadis itu bukanlah miliknya.Dia mencapai tangan itu lalu menciumnya dan meminta izin untuk masuk tidur.

Mikayla memicit kepalanya sedikit.Dari petang tadi sakitnya tidak kebah.Mungkin terkesan dengan perilaku sahabatnya,Amin.Dia merebahkan dirinya di atas katil.Matanya tertutup rapat.Tiba-tiba,ada satu tangan di atas kepalanya.

Segera dia membuka mata.Terpampang wajah kacak suaminya sedang asyik merenungnya tidur.Tangannya pula ligat memicit kepala gadis itu perlahan.Terasa selesa pula diperlakukan sebegitu.

Dia hanya diam membantu.Malas mahu bertengkar.Risau kalau Mary Jonson tersedar pada waktu malam sebegini.Dia menutup matanya semula.

" Dahlah,pergi tidur.Aku boleh buat sendiri." kata Mikayla perlahan.Namun,dalam hati rasa lega.

" No.Saya nak tolong picitkan kepala sayang ni.Sian dia."

" Suka hatilah." jawab gadis itu ringkas.

" Sayang,abang nak tanya satu soalan boleh." pinta Tengku Haqiem.Mikayla tidak menjawab.

" Betul ke apa yang abang dengar petang tadi ? "

" Dengar apa ? "

" Amin tu ada hati dengan sayang."

" Kalau ya pun kenapa ? Ada masalah ? "

" I'm your husband."

" So ? Kalau kau suami aku pun,tak akan selamanya.Aku tahu one day kau akan lepaskan aku.Biarlah Amin tu suka aku.Mana tahu,dia jodoh aku." sindir Mikayla.Bibirnya tersenyum sinis.Dapat juga dia mengenakan lelaki itu.Selama ini,Tengku Haqiem sahaja yang berani.Tersentak lelaki itu mendengarnya.

" Saya tak akan pernah sesekali lepaskan awak walau apa pun jadi.Itu janji saya. " kata Tengku Haqiem sayu.Dia terus bangun dari situ dan membuka pintu dengan agak kasar.Ada nada cemburu di situ.

" Ceh.Nak marah pula.Ingat aku kisah.Tapi,betul ke ? " tanya Mikayla sendirian.Dia menjongketkan bahunya lalu menarik selimut dan membalut tubuhnya yang kesejukan.

Kali ini,Tengku Haqiem pula yang duduk bersendirian di bawah cahaya bulan.Sebak hatinya pabila sang isteri menyebut perkataan seperti itu.Namun,dia menyedari semua ini berpunca daripadanya.

Dia seorang yang kejam dan egois.Sanggup menggadaikan maruah Mikayla untuk kepentingannya sendiri.Kini,dia sedar.Gadis itu benar-benar membencinya.Wajahnya langsung tidak mahu dipandang.

" Aku janji dengan kau.Aku tak akan sesekali lepaskan kau.Sejauh mana pun kau lari,aku tetap akan cari kau.Sejauh mana kau benci aku,aku tetap akan curi hati kau semula.Aku tak akan sia-siakan peluang ini." tutur lelaki itu tulus.Dia benar tekad.

" Maaf kan abang sebab tak mampu jaga sayang selama ini.Abang punca sayang sakit.Abang cuma nak sayang sihat macam dulu.Abang nak sayang main piano untuk abang seorang.I want you in my life.Only you.You are my happiness,Mikayla." ucap lelaki itu sambil mengesat air mata yang bercucuran.Cuba mengawal emosi.

" Aku ni kejam sangat ke ? " tanya gadis itu sendirian.Dari tadi dia memerhatikan gelagat suaminya yang duduk di luar.

" Nak di bandingkan aku punya kejam,tahap kejam dia lagi teruk dari aku.Is okay,Kayla.Now,kau hanya perlu buat dia betul-betul bencikan kau and dia tinggalkan kau."

" Simple je kan.So,lama-lama dia akan bosan dengan aku.Then,dia akan lepaskan aku." kata Mikayla lagi.Dia memegang dadanya yang terasa sesak tiba-tiba.

Cerai ? Lepas ?

Sanggup ke kau Kayla nak berpisah dengan dia ? Berbulan-bulan kau tak jumpa dia pun bagai nak gila kau.Inikan pula dia ceraikan kau.Tapi,aku kena buat semua ini untuk kepentingan bersama.Aku tahu dia baik dengan aku balik sebab kesian dekat aku je.Bukan sebab dia cintakan kau,Kayla.Bodoh la kau ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience