BAB 39

Romance Completed 438970

Mikayla membuka matanya dengan perlahan.Kepalanya terasa berdenyut.Mungkin kesan ubat tadi.Dia memandang sekeliling dan ternyata hanya ada beberapa perabut sahaja dan selebihnya kelihatan usang.Ya ! Dia dikurung di dalam satu bangunan yang terbiar.

Mikayla diikat dengan satu tali yang tergantung menyebabkan dia di posisi berdiri.Tangannya diikat ke atas.Tudungnya tertanggal separuh sehingga menampakkan rambutnya yang keperangan sedikit.Bajunya masih pakaian hospital.Dentuman kuat menakutkan gadis itu.Dia cuba merungkaikan tali itu namun gagal.Ikatannya terlalu kuat sehingga menyebabkan dia kesakitan.

Dumm ! !

Pintu dibuka dengan kasar.Mikayla meninjau ke arah pintu untuk melihat siapa yang masuk.Datang seorang lelaki dengan tubuh penuh tatoo menghampirinya diikuti pula orang-orangnya itu.

" Sayang...Dah bangun ? Macam mana ? Seronok tinggal sini ? " kata lelaki itu tadi sambil ketawa geli hati.Dia memandang wajah Mikayla dari atas ke bawah lalu tersenyum kecil.

" Kau siapa,ha? Kenapa kau culik aku ? Apa salah aku ? Aku tak kenal siapa kau ! " jerit Mikayla lantang.

" Woo wo woo..Slow la sikit sayang.."jawab lelaki itu tadi lalu menghampiri Mikayla.Wajahnya didekat ke wajah Mikayla.Gadis itu memalingkan wajahnya ke tepi.

" Aku suka dengan perempuan macam kau ni.Jual mahal sangat.Sebelum kau mati,aku rasa lebih baik aku ratah kau dulu," kata lelaki itu lalu cuba mencium leher Mikayla.Gadis itu ketakutan lalu kakinya menendang perut lelaki itu tadi.

" Arghhh....kurang ajar ! " lalu lelaki itu bangun dan menampar wajah mulus Mikayla hingga menyebabkan bibirnya sedikit pecah.Lelaki itu tadi menapak keluar dengan perasaan geram.

" Strategi aku kalini......." rancang Tengku Haqiem kepada anak buahnya.James dan Fir yang ada,turut mengangguk tanda faham.Bertuah sekali apabila dia mendapat kawan yang setia walaupun perangainya macam syaiton.Namun,Tengku Haqiem tidak akan cari nahas kalau tiada siapa yang mulakan permainan.Nampaknya,diorang mula bermain bangsat,desis hatinya.

James dan Fir bekerjasama untuk mengesan lokasi Mikayla secepat mungkin.Anak buah Tengku Haqiem berada di mana-mana.Jadi,lebih mudah untuk dia mendapatkan maklumat dengan lebih cepat atas pertolongan mereka.Tengku Haqiem mengarahkan kesemua mereka mengambil pistol yang terletak di markas mereka.Masing-masing mengangguk tanda faham apabila arahan telah dikeluarkan oleh bos besar mereka.Semua telah bersedia untuk menghadapi pihak musuh.

Mampus kau orang semua aku kerjakan ! Berani kau culik bini aku ! Habis kau orang ! desis hati Tengku Haqiem sambil tersenyum sinis.

Mikayla menangis tersedu-sedan.Sungguh dia berasa takut berada di situ.Dalam hatinya mampu berdoa semoga Allah menyelamatkannya.Fikirannya melayang kepada suaminya pula,Tengku Haqiem.Rindunya membuak-buak kepada lelaki itu.Dia berharap agar suaminya datang.Dia ingin mengamburkan tangis di dada sasa lelaki itu.Dia ingin memeluknya erat.Tidak mahu dilepaskan.Dia berasa selamat setiap kali dia berada bersamanya.

Awak,saya nak awak.Saya rindu awak.Saya takut duduk sini.Saya nak awak.Nak awak,bisik hati gadis itu sambil menitiskan air mata.Berharap sang suami dapat datang menyelamatkannya.

" Anak mama,sayang elok-elok dalam tu tau.Mama janji,walau apa pun yang terjadi,mama akan jaga sayang mama ni.Nanti,bila kita dah keluar dari sini,kita pergi makan puas-puas dengan papa ye.Tapi,buat masa ni sayang kena bersabar sikit tau.Kena tolong mama,okay?" bisik Mikayla perlahan sambil memandang ke bawah perutnya yang sedikit membuncit.

Papp pintu dibuka dari luar.Mikayla memandang ke arah pintu tersebut.Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang.Takut,risau semua menjadi satu.

" Kau makan ni ! " kata seorang lelaki lalu mencampakkan makanan itu ke arahnya.Mikayla hanya memandang dengan riak yang tidak puas hati.Dia hanya diam membantu sambil matanya memandang ke arah makanan itu.

" Macam mana aku nak makan?!Buta ke apa?!" kata Mikayla lalu menjegilkan matanya ke arah lelaki itu.Lelaki itu lantas membuka ikatan pada tangan Mikayla.Dengan pantas,Mikayla menolak tubuh lelaki itu jatuh lari berlari ke arah pintu.

Namun nasibnya malang semasa dia hendak membuka pintu,datang seorang lelaki lain dari arah bertentangan.Matanya membulat memandang ke arah Mikayla.Dia memandang ke depan dan ke belakang silih berganti.Pergerakannya terkunci.

" Kau nak lari mana ha betina?Kau ni memang tak takut ke ?" kata lelaki itu lagi lalu merentap rambut Mikayla dari belakang.Dia menampar pipinya dengan kuat sehingga membuatkan gadis itu jatuh terjelopok.Mikayla meringis kesakitan.

Mikayla mengagahkan dirinya lalu berhadapan dengan lelaki-lelaki di hadapannya.Dia menolak sekuat hati tubuh mereka hingga terdorong ke belakang.Masing-masing membuat riak wajah tidak puas hati.

Lelaki itu menolak semula Mikayla hingga jatuh lalu menyepak perut Mikayla.

" Arghhh " jerit gadis itu sambil memegang perutnya yang sakit itu.Akhirnya,dia pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience