Aiman Firdaus membuka bajunya lalu dilemparkan ke atas katil.Dia membuka beg bagasinya lalu mengeluarkan sehelai baju tshirt untuk menyalin pakaian yang baru.Tepat jam 9:15 pagi ,dia sudah tiba di kampung itu.
Penat sungguh badannya hari itu.Sepanjang perjalanan,hanya beberapa kali sahaja dia berhenti di hentian rehat untuk membuang hajat dan membeli sedikit kudapan bagi menghilangkan ngantuknya.
Sehingga boleh dikatakan dia tersesat juga.Bukan apa,jalan ke kampung Mikayla agak mencabar untuk membawa masuk keretanya memandangkan kawasan itu agak terpencil dan berada di pedalaman sedikit.
Nasib baiklah ada seorang gadis comel menunjukkan arah di mana chalet tersebut.Jadi,lebih senang untuk dia mencarinya.Tiba-tiba sahaja fikirannya melayang kepada gadis tadi.Entah kenapa jantungnya berdebar.
" Assalamualaikum,tumpang tanya.Dekat sini chalet dekat mana ye ? " tanya Aiman Firdaus sambil matanya memerhatikan keadaan sekeliling yang tenang sekali pagi itu.Jelas kedengaran bunyi air terjun dari arah sana.Teruja betul lelaki itu.
Gadis itu yang sedang berjalan menuju ke tempat kerja segera memusingkan badannya apabila terdengar ada seseorang sedang bercakap dari arah belakang.Dia menanggalkan 'earphone' nya.
" Waalaikumussalam.Ouh,encik dah tersilap jalan.Encik patah balik lepastu masuk kanan.Depan sikit tu ada papan tanda tulis chalet. " jawab gadis itu sambil tersenyum.
" Ouh okay baik.Thanks awak. " ucap Aiman Firdaus lalu menaiki semula kenderaannya.Keretanya berdesup meninggalkan kawasan itu segera.Berlengas badannya.
" Tak pernah nampak pun.Hurmm,herlok sangat." puji gadis itu lalu cepat-cepat melangkah menuju ke tempat kerjanya.Takut terlewat pula.Sempat lagi dia menyumbatkan 'earphone' miliknya ke dalam telinga.
Mikayla membuka matanya perlahan.Kepalanya terasa agak pusing.Mungkin kesan akibat dia sudah terlantar di situ hampir 2 hari.Dia menarik nafas sedikit lalu mengerakkan jarinya.Gadis itu menoleh ke sisi katil itu.
Terlentok kepala suaminya ke atas katil.Kasihan dia sanggup menjaganya dari awal.Bersyukur kerana dia dikurniakan seorang suami yang sangat prihatin.Dia mengusap rambut Tengku Haqiem lembut.Selang beberapa saat,lelaki itu terjaga dek terasa ada sentuhan pada kepalanya.
" Eh.Alhamdulillah sayang dah sedar.Abang panggil doktor kejap. " teruja sungguh Tengku Haqiem apabila isterinya sudah menyedarkan diri.Tidak henti-henti dia berdoa semoga isterinya sedar secepat mungkin.
Belum sempat lelaki itu pergi,Mikayla menarik tangannya semula.Dia mengenggan jari jemarinya kuat.Tengku Haqiem turut membalas.
" Why sayang ? Dekat mana yang sakit ? " tanya Tengku Haqiem bertubi-tubi.Mikayla menggeleng.
" I'm hungry." pinta Mikayla manja.Tangannya mengusap pada perutnya.
" Aloo siannya sayang abang ni.Nak makan apa ? Tapi no tomyam okay ? Pedas tu. " balas Tengku Haqiem pula.Tangannya mengusap ubun-ubun Mikayla.
" Anything. "
" Okay,my dear.But,abang panggil doktor kejap ya." pinta lelaki itu lalu segera beredar.Mikayla mengangguk lalu memandang ke arah siling hospital yang kosong.
Gadis itu berfikir sejenak.Berapalah masa yang dia ada untuk hidup lagi.Dengan keadaannya yang bertambah teruk.Sememangnya dia seorang gadis yang sangat kuat dan tabah.Sebelum ini,Tengku Haqiem tidak pernah mendengarnya merungut.
Walaupun lelaki itu sering bertanya tentang keadaan dirinya namun dia juga cuba untuk menutupnya.Tidak mahu sesiapa risau akan keadaannya.Tetapi,malam itu memang dia tidak berdaya lagi.
Ada air mata yang mengalir dari matanya.Dibiarkan sahaja ianya jatuh.Dia mengenggam jari jemarinya kuat.Dia perlu kuat untuk bersama dengan orang yang dia sayang.Lamunannya terhenti apabila seseorang mengetuk pintu.
" Mummy." panggil Mikayla lalu menghamburkan tangisnya di bahu wanita tua itu.Mary Jonson mengusap belakang anak angkatnya itu untuk mententeramkannya.
" Yes sayang.You macam mana ? Ada sakit lagi ke ? " soal Mary Jonson.
" Better daripada semalam.Cuma ada la sikit sakit tapi still okay lagi." adu gadis itu dalam esakan sedikit.Wanita tua itu mengangguk tanda faham.
" You dah dengar kan apa doktor kata tadi ? You kena buat operation.Kita pergi Australia.Dekat sana,mummy ada seorang doktor peribadi yang uruskan arwah Marissa dulu.I nak you sembuh." nasihat Mary Jonson tegas.
" Tapi mummy..." belum sempat gadis itu menghabiskan kata-kata,dia sudah dipotong oleh Mary Jonson.
" No tapi-tapi. I nak you sembuh and sihat macam dulu.Kalau you sayangkan kami,you kena follow apa yang kami cakap.Kami nak yang terbaik untuk you." Kali ini Mary Jonson sudah menjadi lebih tegas daripada dulu.Nak diikutkan keras kepala Mikayla sampai bila-bila pun dia tak akan sembuh.
Mikaya hanya memuncungkan bibirnya ke depan.Matanya beralih semula ke arah kipas yang sedang berputar.
" Baby.I'm back." kata Tengku Haqiem yang sedang menjijit beg plastik berisi makanan.Terkejut dia melihat isterinya yang sedang menangis.Mary Jonson meminta izin untuk keluar terlebih dahulu bagi memberi ruang kepada mereka berdua.Tengku Haqiem duduk di birai katil dan memandang wajah isterinya sayu.
" Kenapa sayang sedih ni ? Abang ada buat salah dengan sayang ke ? Abang minta maaf."
" Abang tak ada salah dengan sayang pun.Tapi,sayang takut."
" Sayang takut sebab apa ? Hmm."
" Sayang...sayang tak nak tinggalkan abang."
" Kenapa sayang cakap macam tu ?"
" Sayang tak tahu berapa lama lagi sayang akan hidup dengan abang.Sayang takut."
" Allahuakbar.Janganlah macam tu sayang.Abang tak suka tengok sayang sedih macam ni.Sayang sedih,hati abang ni sakit tau."
" Abang,sayang nak minta maaf sebab gagal jadi isteri yang terbaik untuk abang.Sayang tak dapat nak bagi abang zuriat.Sayang izinkan abang untuk kahwin lain." terkesima Tengku Haqiem mendengar.Dia merapati tubuhnya dan memegang wajah isterinya supaya mata mereka bertentangan.
" Andai sayang pergi dulu sebelum abang,abang kena cari kebahagiaan abang yang sebenar.Cari wanita yang boleh jadi isteri yang sempurna untuk abang.Sayang yakin,abang akan bahagia."
" What ?! No sayang.Abang tak suka sayang cakap macam ni.Listen.Abang tak nak dengar sayang cakap benda ni lagi,faham?!" nada Tengku Haqiem sudah mula meninggi.Kadang-kadang dia juga geram dengan sikap Mikayla yang terlalu mengikut perasaan dan keras kepala.Dengan cara apa lagi dia harus pujuk gadis itu.
" Macam ni lah,Mikayla.Saya minta maaf dekat awak sebab saya punca semua benda ni berlaku.Dalam dunia ni,tak ada seorang pun yang tak pernah buat silap.Tak ada salah pun kalau memaafkan seseorang itu.Jangan paksa saya untuk membuat keputusan macam ni.Fikir tentang diri awak,saya dan mummy.Tolonglah,jangan keras kepala.Please " kata Tengku Haqiem sayu.Tiada lagi panggilan abang-sayang yang selalu dia bahasakan.
Sememangnya dia agak kecewa dengan sikap gadis itu.Dengan perasaan sedih,kecewa dan marah,dia terus berlalu pergi daripada situ.Terhinjut bahu gadis itu dek hempasan kasar pada pintu.Dia terus menangis tersedu sedan.
Share this novel