BAB 67

Romance Completed 438970

Pemuda itu duduk bertekur di atas rumput.Entah kenapa dia memilih untuk duduk di bawah sedangkan di sebelahnya tersedia bangku panjang.Aneh sungguh karenah lelaki itu kebelakangan ini.

Dia memandang ke dada langit yang nun membiru.Berkepul-kepul awan membuat bentuk.Ada juga sekumpulan burung yang mahu pulang ke sarang.

Dia mengeluh dengan sedikit kasar.Beratnya terasa menghempap bahunya itu.Sudah beberapa hari dia asyik sebegitu.Sedikit makanan langsung tidak dijamah.Hanya meneguk segelas air kosong sahaja.

Sikapnya itu amat mengusarkan hati neneknya.Dari dalam,orang tua itu asyik memerhatikannya.Bila ditanya,langsung tidak dijawab.Selalu,dialah yang paling ceria apabila berada bersama insan tersayang.

Telefon bimbitnya nyaring menandakan ada panggilan masuk.Dia mendengus sendirian.Sudah tahu siapa empunya badan.Lambat-lambat dia menekapkan di telingannya.

" Amboi.Kau pekak ke ? Aku dari pagi tadi call kau langsung kau tak angkat ? Kenapa tak tahun depan je baru kau angkat ? " sindir Nurul yang kemarahan.Geram dengan perangai sahabat sejatinya itu.

Apa susah sangat ke nak angkat ?

" Kau nak apa ? " tanya Amin malas.Malas dia mahu bertekak.Bukannya dia menang pun.

" Lepas kerja,aku datang rumah kau.Jangan tak buka pintu pula.Aku robohkan rumah kau nanti." pandai betul gadis itu bila bab mengugut.Walaupun keperibadiannya yang agak kasar,namun dia seorang yang sangat baik hati.Selalu prihatin dengan keadaan sekelilingnya.

Amin terus mematikan panggilannya.Diletakkan telefonnya itu di sebelahnya lalu memandang ke dada langit.

" Berani kau matikan call." gumam Nurul sendirian.

" Oii gemuk.Kau cakap dengan siapa ? " sindir Bella daripada tepi.Dia membuka pintu lokernya untuk mengambil beg tangan.Sebelum pulang,menjadi kebiasaannya untuk mencalitkan gincu merah pada bibirnya yang munggil.

Menyampah Nurul dibuatnya.Ada sahaja nak cari pasal.

" Eh keding.Sehari kau tak cari pasal dengan aku tak sah kan hidup kau ? " sindir Nurul.

" Mana kawan kesayangan kau tu ? Mentang-mentanglah bini boss,suka hati je tak masuk kerja." tangannya ralit memebetulkan sedikit gincu yang tidak rata.

" Kau dah kenapa gila ? Biarlah tu laki dia.Bukan laki kau." jawab Nurul pula.Tangannya mula mengenggam penumbuk.Bila-bila masa sahaja penumbuknya itu akan dilayangkan.

" Memanglah dia tu bini boss.Tapi,dia tu masih pekerja bawahan.Apa dia ingat dia siapa ? Belagaklah tu."

" Tak sekarang ni apa masalah kau keding ? Dia ada kacau hidup kau ke ? Laki dia tu yang bayar gaji kita semua.Bukan kau.So,aku rasa kau tak payahlah nak sibuk hal dia laki bini.Kau tu ha.Bila nak ada laki ? Asyik kacau laki orang je.Risau nanti rambut karat kau ni makin berkarat pula." ketawa Nurul terbahak-bahak.Sakit perutnya ketawa.Suka melihat wajah Bella yang kelat.

Bella tidak menjawab sebaliknya bibirnya cemberut ke tepi.Menggelegak hatinya bila diperlakukan sebegitu.Kau tunggulah nasib kau,gumam Bella sendirian.

Mikayla melipat sejadah dan telekung selepas selesai menunaikan fardhu Asar.Lalu,duduk di tepi birai katil.Dia memegang perutnya yang terasa sakit sekali.Bibirnya diketap cuba menahan kesakitan.Ada air mata yang menitis dek kesakitan yang teramat.

Tengku Haqiem dari tadi sudah keluar untuk membeli menu petang mereka di gerai berhampiran.Jadi,hanya tinggal Mary Jonson dan dia sahaja di dalam rumah.

Pintu dibuka dengan perlahan menandakan Tengku Haqiem sudah balik.Terkejut lelaki itu melihat gadis itu duduk membongkok sambil memegang perut.Terus dia menerpa ke arah gadis itu.

" Sayang ,are you okay ? Jomlah abang bawa pergi hospital." ajak Tengku Haqiem berura-ura untuk mengangkat tubuh kecilnya.Segera gadis itu menggeleng.

" No,is okay.Maybe,perut masuk angin kot.Awak beli apa ? " tanya Mikayla pula.Hakikatnya dia cuba menyembunyikan kesakitan.

" Janganlah macam tu sayang.Tu nampak teruk tu sakit.Abang risau la."

" Saya kata tak payah ,tak payahla.Please,jangan paksa saya."

" Betul ni hanya masuk angin ? "

" Ye." jawab Mikayla sepatah.

" Okay,sayang baring kejap.Abang sapukan minyak dekat perut." kata lelaki itu lalu mencapai botol minyak angin di atas meja solek.Mikayla hanya akur lalu mengubah posisi kepada baring pula.

Tengku Haqiem meminta izin untuk menyelak sedikit baju isterinya itu sehingga ke bawah dada.Dia menuang sedikit minyak tersebut di perut gadis itu lalu mengurutnya perlahan.Mikayla hanya diam sambil menutup mata.Sesekali dia meringis kesakitan.

" Dah okay sikit ke ? " tanya lelaki itu prihatin.Mikayla mengangguk sedikit.

" Abang ada belikan goreng pisang.Jom abang suapkan."

" Abang..." tutur Mikayla perlahan.Hampir terlepas goreng pisang yang dipegangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience