BAB 84

Romance Completed 438988

Gadis itu mengerling jam di pergelangan tangannya.Sudah menunjukkan pukul 11:30 malam waktu Malaysia.Berbaki sejam lagi sebelum mereka berlepas ke Melbourne International Airport.

Lenguh-lenguh pada badan kian terasa.Sudahlah perjalanan memakan masa berjam-jam sejak pagi tadi.Malam ini,mereka terus menyambung perjalanan ke negara orang putih itu.

Mikayla menyarungkan jaket pada tubuhnya yang menggigil.Sejuk betul suhu di ruang menunggu ini.

" For you." hulur Mary Jonson.Gadis itu menyambutnya mesra.

Air kopi hangat dihirup sedikit demi sedikit.Nikmat betul.Pandangannya dialihkan ke hadapan semula.

" Are you okay?" tanya Mary Jonson.Cuba berbual dengan gadis itu.Tidak mahu gadis itu asyik termenung.

" I'm okay." balasnya.

" Good." jawabnya sepatah.

" By the way,mummy.Arwah Marissa dikebumikan dekat mana?"

" Tak jauh daripada rumah kita.Nanti,kita pergi ziarah dia."

" Sure.Tarikh operation Kayla kan lagi seminggu.So,bolehla Kayla spend time dekat sana nanti.Kan,mummy?"

" Of course.Mummy nak bawa Kayla pergi jalan-jalan dekat area sana nanti before you operation."

" Wow,bestnya.I hope sangat after operation nanti,Kayla boleh ajak Haqiem datang sana.Itu pun kalau dia still ingat Kayla lagi." muram wajah gadis itu mengingatkannya.

" Dahlah,Kayla.Tak perlu lagi nak ingat dekat dia.Yang penting sekarang adalah kesihatan you.Kalau you nak balik sini jumpa dia semula,you kena lawan dulu.Jangan stress." pesan Mary Jonson sambil mengusap belakang badannya lembut.

Gadis itu mengangguk tanda faham.Betul apa yang mummy nya pesan.Kalau dia asyik teringat akan suaminya,sudah tentu dia sendiri akan bertambah murung.Mikayla menghabiskan sisa air kopinya terus.

" Betul ke keputusan kau ni,bro?" tanya Aiman Firdaus risau.

" Ni je jalannya." balasnya selamba.

" Kau tak sayang dia?"

" Sebab aku sayang la aku terpaksa."

" Kau tak kisah kalau dia tahu perkara sebenar?"

" Aku redha."

" Kesian dia bro.Mati-mati dia ingat kau hilang ingatan."

" Aku dah tak ada jalan lain.Ni je caranya.Aku nak test dia sama ada dia betul-betul sayangkan aku atau tidak."

" Selfish la kau ni,bro.Kesian dia pergi sana berdua.Dia nak sangat kau temankan dia."

" Aku pun tak sangka yang dia bersetuju untuk buat operation itu.Bila aku dapat tahu yang dia nak buat,akulah manusia paling happy sebab aku nak sangat dia sihat."

" Habistu kau tak rasa ke yang kau ni kejam?"

" Aku terpaksa."

" Kalau terpaksa,ni bukan jalannya Haqiem.Dia betul-betul cintakan kau sepenuh hati dia.Kau tak nampak ke punya struggle dia nak bagi kau ingat semula?"

" Kayla tu nak buat operation.Operation tau.Melibatkan hidup atau mati.Kau sanggup biarkan dia seorang diri dekat sana tanpa sokongan daripada seorang suami.Berpunca dari ego kau tu."

" Dengan cara apa lagi yang kau nak uji dia dengan permainan bodoh kau tu.Tak pergi mana pun la Qiem.Kau jangan menyesal yang suatu hari nanti,Mikayla tu akan betul-betul tinggalkan kau."

Aiman Firdaus meninggalkan Tengku Haqiem terkontang-kanting keseorangan.Di tangannya masih mengenggam sepucuk surat daripada isterinya sebelum dia berangkat.

Assalamualaikum SYURGA Kayla,
Kayla nak minta maaf dekat abang atas semua kesalahan yang pernah Kayla buat pada abang.Kayla takut yang Kayla tak kuat nak lawan sakit ni seorang diri.Kayla tak salahkan abang atas semua benda ini,tapi semua ini salah Kayla.Kayla punca abang excident.

Waktu abang baca surat ni,maybe Kayla dah tinggalkan Malaysia.Ingat pesan Kayla.Jaga diri abang,jangan tinggal solat.Kayla harap abang tak lupakan Kayla.Kalau abang dah ingat semula,cari Kayla.

Kayla rindu sangat nak peluk abang.Rindu nak dengar ucapan cinta yang keluar daripada mulut abang.Kayla tahu abang benci dengan Kayla kan sekarang ini.But,setiap hari Kayla akan berdoa semoga ingatan abang akan pulih.

Jujur daripada hati Kayla yang Kayla benar-benar cintakan abang sepenuh hati Kayla.Tak ada lelaki lain yang ada dalam hati ini kecuali abang.Kayla sendiri tidak tahu sama ada Kayla akan balik atau tak.Doakan Kayla semoga panjang umur.

Assalamualaikum dan terima kasih atas segalanya.

Tengku Haqiem menutup helaian surat itu dengan deruan air mata.Apakah benar dia seorang yang pentingkan diri?Dia hanya mahu menguji gadis itu sama ada dia masih cintakan dirinya lagi atau tak.Pada masa yang sama,dia nak isterinya bersetuju untuk membuat pembedahan itu di sana.Hanya cara ini sahaja yang memboleh memujuk isterinya.

Lelaki itu menyarungkan seliparnya lalu membuka pintu dengan kasar.Tangan kanannya memegang kepala yang berdenyut.Pada mulanya,Tengku Haqiem memang disahkan menghidap amnesia.Namun,kejadian pada malam kelmarin menyebabkan semua memorinya muncul satu demi satu.

Jadi,dengan keputusan itu dia buat untuk menipu isterinya dengan berpura-pura dia hilang ingatan walaupun sebenarnya dia sudah sedar dan boleh mengingatnya semula.

" Eh kau nak pergi mana ni?" terkejut Aiman Firdaus melihat.

" Aku nak dia.Aku nak jumpa dia." lantang suara lelaki itu berkata.Tubuhnya terasa lemah.Kepalanya pusing.

Syaitan mana yang rasuknya supaya membuat keputusan sebegitu.Dia jijik dengan diri sendiri.Sanggup menipu isterinya hidup-hidup.Lukakan hati gadis yang paling dia cintai.Membiarkan gadis itu melakukan pembedahan seorang diri.

" Kau ni tak sihat.Baring.Aku panggil doktor."

" No.Aku nak pergi Australia sekarang."

" Eh,kau gila ke?Kau belum boleh discharged lagi."

" Aku tak kisah.Tolong uruskan untuk aku,Fir.Aku nak teman dia."

" Kau kena rest dulu.Dah lewat dah ni."

" Please,Fir.Tolong aku."

" Fine,aku tolong kau.But,sekarang dah nak dekat pukul 1 pagi dah ni.Esok aku book tiket flight kau and aku akan uruskan discharged kau.Kau kena sabar dulu.Pergi rest dulu.Muka kau pucat tu."

Tengku Haqiem bagai nak gila mahu berjumpa dengan gadis itu.Dia mahu segera bertemu dan menemaninya.Langkah berat diatur semula menuju ke katilnya.

Share this novel

Rohani Hussin
2021-11-20 14:57:59 

Dh agak dh..saja bt2 hilang ingatan

Esjasz Malek
2021-11-20 00:30:26 

sedihnye..x sedar air mata turun..


NovelPlus Premium

The best ads free experience