Pesawat MH129 yang membawa 120 penumpang selamat mendarat di Melbourne International Airport jam 7:45 pagi.Perjalanan yang memakan masa selama 7 jam 15 minit itu akhirnya tiba juga.
Mereka berdua menghela nafas lega sesudah sampai di sana.Alhamdulillah,segala urusan telah dipermudahkan dengan izin-Nya.Masing-masing mengucap syukur.
Mikayla tersenyum mesra.Mahu melupakan kekusutan yang melanda di benak .fikirannya.Sudah tiba masanya dia melupakan kisah lama dan memulakan hidup barunya di kota itu bersama Mary Jonson.
Dia menarik bagasinya lalu meletakkan di bonet teksi.Begitu juga dengan wanita tua itu.Betapa banyaknya buah tangan yang sempat dikirim oleh rakan-rakannya semalam sewaktu di hospital itu.
Sepanjang perjalanan,matanya tidak berhenti menatap keindahan kota kedua yang terkenal selain daripada Sydney itu.Bangunan-bangunan gah berdiri dengan tegaknya.Ditambah pula dengan bangunan pencakar langit di situ iaitu Eureka Tower.
Tidak sabar dia mahu menghabiskan masanya di situ sebelum dia melakukan pembedahan.Entah berjaya atau tidak,dia sendiri tidak dapat menjaminnya lagi.
" Malam ini,kita pergi Queen Victoria Market nak?" ajak Mary Jonson yang senang hati melihat gadis itu tersenyum semula.
" Wah,macam menarik." balasnya teruja.
" You larat ke nak jalan malam ni?"
" Of course la.Tak sabarnya.By the way,dekat situ ada apa,mummy?"
" Dekat situ?Semua ada.Kalau you nak cari souvenir boleh,nak cari makanan Barat pun boleh.I bawa you."
Queen Victoria Market adalah sebuah pasar besar yang sarat dengan pelbagai jualan menarik termasuklah barang cenderamata, makanan dan minuman.Bukan sahaja boleh mencuba makanan digerai-gerai terdekat, tetapi juga boleh menikmati makanan dan minuman yang dijual di cafe yang eksklusif dan lazat. Pasar yang bergaya klasik ini penuh dengan gaya seni bina Victoria.
Mikayla mengangguk tanda setuju lalu melemparkan pandangannya semula ke luar tingkap teksi.Dia perlu menyimpan tenaga hingga ke malam ini.Tidak sabar rasanya !
Tengku Haqiem sudah bersiap-siap untuk bertolak.Dia mengemas sedikit katil hospital itu lalu menarik beg bagasinya.Sementara menunggu kehadiran rakan-rakannya,sempat lagi dia menatap gambar yang pernah diberikan oleh isterinya itu semalam.
" Bro,kau dah siap?" tanya James.
" Dah.Semua dah settle kan?" tanya Tengku Haqiem.
" Settle bro.Kau jangan risau." balas Aiman Firdaus pula.
" Flight aku pukul berapa?"
" Esok,pukul 8 pagi.Aku tak book terus flight kau tengah malam ni,sebab kau pun tak berapa nak sihat lagi,so aku risau jadi apa-apa dekat kau.Aku dah book hotel dekat airport juga.Malam ni kau stay hotel tu dulu." kata Aiman Firdaus lagi.
" Thanks,guys.Sorry sebab susahkan kau orang." ikhlas permohonan maaf daripada seorang lelaki bernama Tengku Haqiem.
" Alah,kecil punya hal la.Kau kan kawan baik kita orang.Apa-apa problem,kau minta tolong terus." balas James lalu menepuk bahu lelaki itu.
" Kau tahu ke nak cari dia dekat mana?" tanya Aiman Firdaus.
" Yang tu aku tak tahu lagi,bro.Tapi,aku boleh tanya orang sekitar situ.Maybe,ada petunjuk." balasnya lemah.
" Okay jugak tu.Haraplah kau dapat jumpa dia.Kau jangan lupa pesan aku,makan ubat ini on time." pesan James pula.Macamlah dia tidak tahu payah benar lelaki itu mahu makan ubat.
" Inshaallah,bro.Jomlah,takut lewat pula." jawab Tengku Haqiem lalu perlahan-lahan menapak ke arah pintu.
Sejurus teksi sampai di hadapan hospital itu,sempat lagi mereka bertiga berpelukan.
" Don't leave her.Jaga hati dia.Kau bertuah sebab dapat dia.Kejar cinta dan kebahagiaan kau sendiri.Dia mampu bahagikan kau." bisik Aiman Firdaus.Lelaki itu mengangguk laju lalu berterima kasih kepadanya.
" Ingat pesan aku,bro.Jangan jadi ego.Paling penting,layan dia macam permaisuri di hati kau.Sayang dan cinta dia lebih daripada diri kau sendiri.Kalau kau sakitkan dia,bersepai gigi kau." ketawa James.Dalam nasihatnya juga ada lawak.
Tengku Haqiem turut ketawa geli hati.Ada-ada sahaja loya buruk rakannya yang seorang ini.
" Pasal syarikat,kau tak payah risau.Aku ada hire someone ni untuk pantau.Inshaallah,lusa aku balik KL balik.Majlis aku pun aku tangguh dulu la sebab aku nak kau dengan Mikayla datang majlis aku."
" Thanks,bro.Sorry susahkan kau untuk jaga company aku.Fir,kalau kau free aku minta tolong kau tengok juga ya.Kau hire la lagi seorang.Boleh tolong-tolong.Masalah semua dah settle,aku dan Mikayla akan balik."
" Dah sampai sana,call kita orang.Aku doakan kau semoga dapat bersama adik aku tu semula." lambai Aiman Firdaus dari luar.Tengku Haqiem mengangguk lalu turut melambaikan tangan kepada mereka.Teksi itu memecut meninggalkan perkarangan hospital itu menuju ke stesen bas.
Mikayla menghempaskan badannya di atas katil bilik itu.Dia memerhatikan keadaan sekelilingnya.Bilik itu adalah bilik kepunyaan arwah Marissa.Terpampang beberapa gambar gadis itu pada dinding sedang tersenyum mesra.
Rindu pula pada kakaknya itu.Ketukan pada pintu menghentikan langkahnya.Mary Jonson meminta izin untuk masuk lalu duduk di birai katil.
" Bilik rumah ni tak banyak sebab dulu I duduk berdua je dengan Marissa.Tak apa ke you duduk bilik Marissa ni?" takut pula gadis itu tidak selesa.
" Lebih daripada selesa,mummy.Besar dan cantik sangat.Pemandangan dekat luar pun cantik.Boleh nampak dari sini Brighton Beach."
Matanya ralit memerhati dari jauh pantai yang terkenal itu.
" Kan.Esok kita pergi pantai situ pula.Tak ja uh pun dari sini.Kalau dari pusat bandar,11km dah boleh sampai dah."
" Mummy,jom makan.Laparlah." rengek gadis itu sambil memegang perutnya.
" You nak makan apa?Kita makan dekat luar nak?Sebab dekat dapur tu barang semua dah habis.Dah lama kan mummy tak balik sini.Banyak dah expired."
" Boleh jugak tu.Mummy bawa Kayla pergi makan dekat tempat yang sedap.Yang pasti,halal." ketawa gadis itu sambil membuat jari 'tumbs up'.Tersenyum wanita tua itu melihat telatah anak angkatnya.
" Tu CBD Kebab.Dekat sini paling famous Snack Pack sebab daging dengan fries dia memang sedap.You should try,my dear." ajak Mary Jonson.Jari telunjuknya ditunjukkan ke arah restoran yang dipenuhi orang ramai.
Semestinya restoran itu menghidangkan pelbagai sos yang menarik disediakan dan ditambah pula dengan daging yang sangat berjus dan empuk.Jadi,tidak hairanlah restoran itu menjadi salah satu tempat makanan halal terkenal di Melbourne.
" Wah,tengok pun macam sedap je mummy.Jomlah,dah lapar ni." Mikayla segera menarik tangan wanita tua itu lalu masuk ke dalan restoran untuk menikmati hidangan tersebut.
Usai memesan makanan,mereka duduk di bangku yang telah disediakan di hadapan kedai.Memandangkan kedai itu hanya menyediakan perkhidmatan bungkus,jadi mereka memilih untuk menunggunya sahaja sambil berbual-bual.
" Esok,kita pergi hospital and jumpa dengan doktor tu ya untuk confirmation tarikh operation you."
" Alright,mummy."
" You okay tak ni?"
" Yeah.I'm okay.Why?"
" No.I just risau dekat you."
" For what?"
" I takut hilang you."
" Alah,mummy.Don't worry.Mummy just doakan Kayla semoga urusan pembedahan itu nanti berjalan dengan lancar okay."
" I tak nak hilang you macam mana I pernah hilang Marissa."
" Don't cry.Inshaallah,Kayla akan selamat."
Mary Jonson mengangguk lalu mengesat air matanya.Bertambah sedih hati gadis itu apabila memikirkannya.Dia memeluk wanita tua itu erat.Cuba untuk menenangkannya.
Share this novel