" I think she needs to have surgery as soon as possible.I'm worried her cancer cells are spreading faster this time," kata Mr.George selaku doktor peribadi kepada mereka sekeluarga.
Mary Jonson hanya menunduk lemah.Tiada langsung respon daripanya.Dia mengesat air mata yang bercucuran.Sungguh dia amat menyayangi menantunya itu seperti anak kandungnya.Suaminya?Hilang tanpa jejak.
Dia meneguk liur mendengarkan butir bicara doktor itu.Dia berasa amat takut kehilangan Marissa.Dialah satu satunya permata yang dia ada sekarang selain anak lelakinya.Suaminya telah meninggal dunia akibat sakit tua 2 tahun yang lepas.Kini,Marissa lah tempat dia berkongsi kasih sayang.
Lututnya juga terasa lemah.Menggigil badannya itu.Setelah selesai bicara antara doktor dengan dia,dia keluar daripada bilik doktor itu dengan perlahan menuju ke bilik rawatan VVIP yang menempatkan Marissa binti Mustapha.
Pintu dikuak dengan perlahan.Risau kalau kalau permatanya itu terjaga daripada tidur.Dia menarik kerusi lalu duduk di sebelah Marissa.Dia mengusap jari jemari Marissa yang kurus itu.Keadaan Marissa ketika itu sangat teruk.Bak kata doktor pembedahan harus dilakukan segera.Tetapi,doktor tidak dapat menjanjikan dia akan terus hidup kerana nyawanya bagaikan 50-50.
Marissa yang terjaga daripada tidur dek sentuhan seseorang segera bangun.Dia mengukirkan senyuman manis ke wajah orang tua itu.Wajah itu lah membuatkan dia mahu terus hidup.Wajah itu lah yang menjaga dia bagai menatang minyak yang penuh.
"Why are you crying? I'm still alive mom.Everything will be fine.Don't worry,okay?" kata Marissa sambil mengukirkan senyuman.Dia tidak mahu membuat wanita itu sedih walaupun nyawanya bagaikan di hujung tanduk.
"Mr.George told me that you have to remove the cancer by doing a surgery," kata Mary Jonson sambil menangis tersedu sedan.Dia mengelap air matanya dengan tangan tuanya itu.Dia berasa begitu simpati dengan keadaan yang menimpanya.
"Mom, i have something to tell you.If I died,I want you to find my family at Malaysia.Maybe,i will never meet them after this.Promise me that you have to tell them that i would like to apologize.And one more thing,this chain has a partner.Find the another one,please," kata Marissa panjang lebar sambil menggengam rantai itu yang terletaknya ada seorang gambar wanita.
Mary Jonson menghamburkan tangisannya di dada Marissa.Walau bagaimanapun,dia berjanji akan menunaikan segala permintaan Marissa.Dia sanggup.Dia mahu mengupah seseorang untuk mencari identiti siapa pemilik separuh daripada rantai itu.
Tengku Haqiem mencapai kemejanya.Dia bersiap siap untuk ke pejabatnya memandangkan semalam dia tidak hadir ke pejabat kerana 'berasmara' dengan gadis itu.Puas hatinya apabila dapat menyeksa gadis itu.Namun,penyeksaan belum berhenti setakat itu.Masih banyak lagi rancangan jahatnya.
Dia turun menapak menuruni anak tangga rumahnya.Sesekali dia menjeling ke arah pintu bilik Mikayla.Belum bangun lagi kot agaknya,desis hati Tengku Haqiem.Kelihatan orang gajinya sibuk menghidangkan sarapan di atas meja.Ada roti bakar yang sudah disapu dengan inti kacang dan ada secawan teh terhidang di atas meja membangkitkan seleranya.
Dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggungya.Kepalanya ligat memikirkan apa lagi rancangannya itu menyeksa Mikayla.Tiba tiba dia terdapat satu idea.Dia memanggil Kak Senah selaku ketua orang gaji di dalam vilanya itu.
"Kak Senah sini jap.Saya ada benda nak cakap.Saya nak harini betina tu basuh semua kereta yang ada dekat luar tu.Semua eh.Jangan ada tertinggal satu pun.And make sure dia bersihkan dalam dalamnya sekali.Harini saya balik awal petang sikit," kata Tengku Haqiem sambil tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipitnya yang dalam.Sesiapa yang melihatnya pasti terpana lalu terkentut terberak semua ada.
Kak Senah mengangguk tanda faham lalu segera bergegas ke bilik Mikayla.Dia mengetuk pintu dengan perlahan lalu membukanya.Risau tindakannya itu mengganggu Mikayla.Dia menutup semula pintu itu dengan rapat.Kelihatan Mikayla masih tidur.
Dek bunyi pintu itu membuatkan Mikayla tersedar.Dia mengurut urut perlahan kepalanya.Terasa masih sakit lagi dan dia cuba bangun daripada katil itu.Bibirnya mengukir senyuman kecil.Badannya masih tidak sedap ketika itu.Kak Senah duduk di birai katil dan memandang wajah pucat dan lesu Mikayla.
"Mikayla okay ke?Kak Senah tengok lesu je kamu ni.Risau pulak akak.Tengok tu muka pun pucat.Akak bagitahu tuan kejap ye," kata Kak Senah berura ura mahu keluar balik.
"Eh tak payah Kak Senah.Mikayla okay la.Sikit je ni.Nanti makan ubat okay lah tu.Ada apa ni Kak Senah masuk bilik Mikayla?," tanya Mikayla lembut.
"Tengku Haqiem suruh akak bagitahu kamu.Dia suruh kamu cuci semua kereta dia yang ada dekat luar tu.Tapi akak kasihan la tengok kamu ni Mikayla.Tak perlu buat la.Nanti akak suruh Pak Lang Hisyam yang cuci,"kata Kak Senah panjang lebar.Risau dia melihat keadaan Mikayla seperti itu.
"Janganlah macam tu Kak Senah.Nanti,korang berdua pulak kena tengking dengan Tengku Haqiem.Mikayla tak nak disebabkan Mikayla akak terkena tempiasnya.Is okay,Mikayla boleh buat.Tapi Mikayla nak mandi kejap ya.Rasa badan melekit ni tak selesa pulak nak buat kerja,"kata Mikayla lalu mencapai tuala mandinya dan bergegas masuk ke bilik air.
Kak Senah hanya mengangguk tanda faham.Sebenarnya dia simpati dengan keadaan yang menimpa Mikayla.Sudahla dia diculik lalu diseksa.Kasihan Mikayla,bisik hati Kak Senah sebelum keluar daripada bilik itu dan segera melakukan tugas hariannya.
sorry kalu ada salah bahagian english tu..hehe
Share this novel