BAB 56

Romance Completed 438970

Gadis itu cuba membuka matanya dengan perlahan.Alhamdulillah,kepalanya terasa ringan sedikit berbanding tadi.Mungkin kesan selepas makan ubat.Dia mencapai tudung kerjanya lalu disarungkan ke kepala.

Dia membuka pintu bilik rehat staf dengan berhati-hati.Kelihatan ramai pekerja yang sedang berkumpul di situ.Encik Musa menerangkan sedikit maklumat yang baru dimaklumkan kepadanya.Tengku Haqiem sudah beredar bersama James dan Suraya menuju ke lokasi tapak pembangunan tersebut.

Mikayla yang baru tiba tercangak memandang ke arah pengurusnya itu.Nurul yang berada sebaris dengannya mencuit bahunya sedikit menyebabkan gadis itu terkejut.

" Ada apa ni?" tanya Mikayla lembut.Telinganya masih menangkap butir bicara pengurusnya di hadapan.

" Tadi,boss besar kita datang.Nak buat sportcheck mengejut.Pastu,dia terus bla macam tu je.Rupanya,dia tu ambil alih syarikat arwah ayah dia.Sebab,dulu aku dengan yang lain kenal ayah dia je.Ni pula,first time kita orang jumpa anak dia.Haishh,segak betul." puji Nurul seraya tersenyum malu.

" Kau ni,kenapa keluar?Dah sihat sikit ke?"tanya Nurul mengalih topik.Risau keadaan rakannya itu yang masih pucat.Kalau jadi apa-apa,susah pula mereka.

" Aku okay je.Dah ringan sikit kepala.Tu yang nak sambung kerja.Tengok-tengok,ada taklimat." jawab Mikayla.Nurul mengangguk perlahan dan masing-masing menumpukan perhatian semula ke arah Encik Musa dan Encik Amin.

Tengku Haqiem yang baru keluar dari kilang segera menuju ke lokasi tapak pembangunan yang mahu dibangunkan di sebelah kilang miliknya itu.Dia melihat-lihat kawasan persekitaran di situ dan sedang membincangkan tentang projeknya bersama.

Masing-masing mengangguk tanda faham dan segera mencatat butiran penting yang keluar daripada Tengku Haqiem.Mereka menumpukan perhatian sepenuhnya.

Setelah mengambil masa beberapa jam,Tengku Haqiem meminta izin untuk ke tandas sebentar.Dari tadi perutnya memulas.Dia bercadang untuk membuang di tandas staf di belakang kilang.

" Weh,Kayla.Kau tengoklah tu.Jejaka kacak lagikan kaya.Hensem betul pula boss kita tu kan.Untung siapa dapat dia." kata Nurul yang ralit memandang gerak-geri majikan mereka.Dia menyiku sedikit lengan gadis itu yang sedang tekun bekerja.

" Jangan kacau aku boleh.Kau kalau suka dia haa kau tengok je dia sampai terkeluar biji mata kau.Tak nampak ke aku tengah kerja ni.Kau ni nak kerja ke nak cari jodoh?" sindir gadis itu tersenyum.Dia tidak memandang langsung ke belakang walaupun Tengku Haqiem berjalan betul-betul di belakangnya.

Tengku Haqiem juga hanya tegak berjalan tanpa memandang kiri kanan.Tegas betul dia.Patutlah ramai yang kagum dengan penampilan dan peribadinya.

Mikayla hanya menggeleng melihat telatah sahabat baiknya itu.Kenal benar dengan rakannya yang seorang itu.Pantang nampak lelaki kacak,semua dia nak kebas.Tapi,dia tahu rakannya itu ada menyimpan perasaan terhadap Amin.

" Haa kau orang mengumpat ya time bekerja.Aku report dekat boss karang baru tahu. " kata Amin dari arah belakang.Seperti biasa,rakan yang lain menjeling ke arah mereka.Semestinya,mereka cemburu melihat keakraban antara pengurus dan staf.Ditambah pula,Mikayla sekarang menjadi anak kesayangan Encik Musa.

Lelaki itu selalu memujinya dek kerajinan gadis itu semasa bekerja.Tidak pernah sesekali dia datang lewat,curi tulang dan sebagainya.Senang cite,hampir sempurna.Patutlah,ramai yang suka dia.

" Kau ni.Terkejut aku." balas Nurul sambil menjegilkan matanya.

" Okay,that's all for today.I nak you all semua berkumpul dekat sini around 10 am for tomorrow.Sato,you dah boleh arahkan pekerja yang lain datang esok." arah Tengku Haqiem lalu menyerahkan fail berwarna merah itu kepada setiasausahanya.

Mereka mengangguk tanda faham lalu menghantar pandangan kepada Tengku Haqiem yang sudah memecut meninggalkan perkarangan kilang itu.

Dia memicit kepalanya yang berdenyut sedikit.Segera dia merebahkan dirinya di atas katil.Tidak tahu mengapa hari itu dia dapat rasakan ada sesuatu.

Namun,tidak tahu apa dan mengapa.Cepat-cepat dia mencapai tuala dan segera beredar menuju ke bilik air disebelahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience