Usai mendengar ceramah di surau berdekatan,Tengku Haqiem dan Mary Jonson berjalan kaki pulang ke rumah mereka.Mereka memilih untuk tidak menaiki kereta memadangkan jaraknya yang tidaklah terlalu jauh.
" Mummy,Qiem nak tanya satu soalan boleh ? " tanya Tengku Haqiem.Walaupun mereka baru sahaja berkenalan,namun hubungan mereka sudah akrab seperti ibu dan anak.
" Sure." balas Mary Jonson ringkas.
" Qiem risau sangat dengan keadaan kesihatan Mikayla lately ni.Dia degil sangat mummy.Bila Qiem ajak pergi hospital dia tak nak.Dia kata tak apa sebab dia boleh makan ubat.Boleh tak kalau Qiem nak bawa Kayla pergi Australia ? " pinta Tengku Haqiem risau.
" Apa pula tak boleh.Kamu tu dah jadi suami yang sah kepada anak mummy itu.Kalau itu yang terbaik,mummy hanya ikut je."
" Tapi Qiem nak minta mummy pujuk Kayla,boleh ? Atau mummy ikut kami sekali ? " tanya Tengku Haqiem.Mary Jonson berfikir sejenak.
" Mummy okay je kalau nak ikut sebab alang-alang tu mummy boleh lawat kubur arwah Marissa.Mesti Mikayla rindu akan kakak dia.Setiap hari,mesti dia akan bagitahu mummy yang dia rindukan family dia.Kesian Kayla."
Tengku Haqiem sebak seketika.Ya dia tahu semua benda ini berpunca daripada dirinya.Dia terlalu mengikut hawa nafsu dan dendam kepada orang yang langsung tidak bersalah.Dia menyesal kerana menyakiti gadis itu.Dia menyesal kerana telah menyakiti orang yang isterinya sayang.Dia kejam.
Matanya kembali tertumpu pada jalan raya yang gelap.Hanya berbekalkan cahaya lampu suluh sahaja.Mereka beriringan pulang ke rumah.Entah kenapa hatinya tidak berasa sedap tiba-tiba.Dia melajukan langkah kakinya itu.
Mikayla mengesot ke belakang sedikit demi sedikit.Peluh di dahi sudah merecik membasahi wajahnya.Tangannya terketar-ketar menahan sakit dan ketakutan.Sesekali dia memegang perutnya dengan tangan kanannya yang berdenyut dan pedih.
Jelas terpampang di wajahnya riak takut dan sebagainya.Dia hanya mampu berdoa agar Allah melindunginya.
" Kau nak apa dari aku,Amin ?! " jerit Mikayla kuat.
" Aku nak kau la.Aku nak kau ! " balas Amin.Obses sungguh lelaki itu dengan Mikayla.
" Gila ke apa ? Ingat Tuhan Amin.Bawa mengucap." nasihat Mikayla pula.
" Kisah pula aku.Kenapa kau tak pilih aku ? Ouh lupa.Sebab kau mata duitan.Dia kaya.Ada duit dan segalanya.Sebab tu kau tak nak dekat aku kan ? " tangannya mengenggam penumbuk.
" Jangan buat benda bodohla.Aku dah kahwin lama dah sebelum kau jumpa aku lagi." rayu Mikayla.Air mata sudah laju menuruni pipinya.
Amin tersenyum sinis lalu membuka bajunya.Dia melonggarkan sedikit tali pinggangnya dan mencampakkannya ke tepi.
" Kau...kau nak buat apa ni ha ?! " tengking Mikayla.Syaitan mana dah rasuk dia.
" Shushh.Jangan bising.Nanti orang dengar.Aku buat slow je.Jangan takut ye." ketawa Amin.Dia menapak satu persatu ke arah Mikayla yang sudah tersandar pada tiang.
" Kau memang sial ! "
" Kau cakap apa tadi ?!" marah Amin pula.Dia mencengkam kuat pipi Mikayla sehingga menimbulkan kesan merah di pipi mulus gadis itu.Dia menghadiahkan satu tamparan kuat pula ke arah pipi gadis itu sehingga ada kesan luka di situ.
" Arghhh. " jerit Mikayla.Dia sudah tidak berdaya lagi.Dadanya berdebar hebat.
" Kau jangan main gila dengan aku.Aku cintakan kau separuh mati.Alih-alih pula kau mengaku yang jantan tu laki kau.Habis selama kita bersama ni untuk apa ? " tanya Amin dengan nada yang meninggi.
" Kau salah faham Amin.Aku layan kau dengan Nurul sama je.Aku layan kau baik sebab kau ni kawan baik aku.Aku tak sangka kau sanggup buat macam ini dekat kawan baik kau sendiri.Hanya sebab aku dah kahwin sampai kau sanggup rosakkan persahabatan kita."
" Ya aku sanggup buat apa je untuk dapatkan kau.Malam ini biar laki kau balik nanti dapat tengok isteri dia ni dah kena tebuk dengan lelaki lain." bentak Amin keras.Dia sudah bersedia.Mikayla menggeleng laju.Sungguh tubuhnya terasa begitu lemah sekali.
Dia sudah tidak larat untuk melawan.Kesakitan yang dirasa semakin kuat.Pada masa yang sama,dia memegang perutnya yang teramat sakit.Apalah kudrat sebagai seorang gadis yang sangat lemah.Wajah Amin merapati wajah gadis itu.Mata Mikayla semakin tertutup.Tiba-tiba,ada satu hentakan kuat pada pintu depan rumah.
" Mikayla ! " jerit Tengku Haqiem.Pandangannya kini beralih pada Amin yang berdiri kaku.Lelaki itu sudah pun mengacukan pisau ke arah gadis itu yang terbaring lemah.
" Setapak kau melangkah,aku tikam perempuan ni ! " jerit Amin kepada Tengku Haqiem.
" Baik kau letak pisau tu sebelum aku call polis." ugut Tengku Haqiem pula.Lelaki itu cuba berjalan sedikit demi sedikit bagi mengaburi pandangan Amin.
" Kalau kau nak dia hidup,kau jangan call polis.Mati aku kerjakan perempuan ni." gertak Amin.
" Apa yang kau nak daripada dia ? "
" Bodoh betul soalan kau.Aku nak dia.Aku nak kahwin dengan dia.Kau jantan tak guna.Gunakan kekayaan kau untuk pikat perempuan ni.Ceraikan dia sekarang ! "
" Kau gila ke,sial ?! Mikayla dah jadi isteri aku yang sah.Aku tak akan sesekali ceraikan dia.Tak ada sesiapa boleh pisahkan kami melainkan Allah SWT sahaja yang berhak.Kau siapa nak pertikaikannya ?! "marah benar Tengku Haqiem.
" A...abang.Ceraikan saya.Tolonglah,saya tak nak bercerai mati dengan abang.Saya lebih sanggup bercerai hidup." luluh hati Tengku Haqiem mendengar.Dia mengepalkan jarinya lalu mengenggam kuat.
" Sayang cakap apa ni ? " tanya Tengku Haqiem risau.
" Kau dengar kan apa bini kau cakap ? Dia tak hadaplah dengan kau."
" Fine.Tapi ada satu syarat Amin." uji Tengku Haqiem.
" Sebelum aku lepaskan dia,aku nak kau simpan pisau tu dan aku janji aku akan ikut semua arahan kau." tawar lelaki itu semula.Amin diam seketika lalu mengangguk.Dia mencampakkan pisau itu ke tepi.
" Bagus.Bagi aku masa untuk peluk isteri aku dulu."
" Aku bagi masa kau seminit je." Amin membelakangkan tubuhnya.Dia berjalan mundar mandir.
Tengku Haqiem merapati tubuh Mikayla.Matanya dikerlingkan ke arah Amin yang memusingkan tubuhnya membelakangi mereka.Dengan sekelip mata,Tengku Haqiem menyepak kaki lelaki itu sehingga tersadung.
" Mummy call ambulance now." arah Tengku Haqiem.Mary Jonson mengangguk laju lalu mencapai telefonnya.
Amin mengerang kesakitan apabila dahinya terkena pada bucu meja yang sangat tajam.Dia mengesat darah yang mengalir lalu bangun daripada situ.Dengan pantas,tangannya mencapai semula pisau tadi lalu diacukan kepada Tengku Haqiem.
" Kau main bangsat dengan aku ! " Amin sudah bersedia untuk melawan.Dia mengepalkan pisau itu tadi dengan kuat.Tengku Haqiem masih tidak mengalah.Dia juga sudah membuka langkahnya.Bersedia untuk melawan musuh.
Amin cuba menghayunkan pisau ke arah leher Tengku Haqiem namun gagal kerana di sempat mengelak sedikit.Dengan langkah yang pantas,Tengku Haqiem pula menumbuk perut Amin sehingga terjatuh.Amin terus bangun lalu menyadung kaki Tengku Haqiem.
Kini,Tengku Haqiem berada di bawah manakala Amin menindih badannya.Dia cuba menikam dada lelaki itu namun Tengku Haqiem lebih cekap berbanding Amin.Manakan tidak,perkara sebegini sudah menjadi 'makanannya' sejak dulu lagi.Tidak hairanlah dia hebat berlawan.
Tangan Tengku Haqiem menahan pisau itu sehingga pisau tajam itu tertimbus sedikit pada telapak tangannya.Dia menghantukkan dahinya pada mulut Amin.Lelaki itu memegang bibirnya yang terkoyak sedikit.
Apalagi,tanpa berlengah Tengku Haqiem menyepak perutnya lalu menumbuk berkali-kali wajah itu sehingga terkeluar cecair berwarna merah pekat.Sungguh Amin tidak berupaya lagi untuk melawan.
Siren ambulans dan polis semakin kedengaran dari arah luar.Beberapa orang polis memecah masuk rumah itu lalu mengacukan pistol ke arah Amin yang terbaring.Mereka menggari tangannya yang cuba melepaskan diri.
Dengan pantas,Tengku Haqiem mengangkat tubuh Mikayla yang tidak sedarkan diri itu keluar dan menaiki ambulans.Dia dibawa ke hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.
Share this novel