BAB 82

Romance Completed 438970

" Weh kau ingat lagi tak waktu kita dekat sekolah dulu?" tanya James sambil ketawa.Dia cuba mengembalikan memori masa silam mereka bertiga.

Tengku Haqiem dan Aiman Firdaus menggaru kepala yang tidak gatal.

" Yang mana mangkuk ? Mana la kita orang tahu." bentak Aiman Firdaus.

" Ala.Ingat lagi tak ada seorang perempuan ni dia suka dekat Qiem?"

" Ouh,Fatonah kan nama dia ? Tapi dia nak orang panggil dia Bella ? Hahahah.Pelik betul.Nama Fatonah suruh panggil Bella" geli hati Aiman Firdaus mendengar.

" Ye do.Masa tu pula si Haqiem ni jejaka idaman Malaya lah orang katakan.Semua senior dengan junior tunduk dekat dia."

" Ilmu apa la dia pakai." gurau Aiman Firdaus.

" Amboi,sedap kau orang mengata aku." kali ini Tengku Haqiem tidak mahu mengalah.

" Betul la.Setiap hari,ada je atas meja dia coklat la,buku la,surat cinta la.Satu pun dia tak ambil.Rugi betul kau ni Qiem.Kalau aku jadi kau,aku dah jadi playboy tau." kali ini James pula yang mengenakan Tengku Haqiem.

" Suraya tu kau nak letak mana? Ni kalau dia dengar,terbalik la hospital ni dibuatnya." ugut Aiman Firdaus.Tengku Haqiem hanya menggelengkan kepalanya.

" Tapi kan,kelakar juga kau dulu kan?Acah handsome pandai semua bagi dekat kau."

" Kau pun apa kurang James.Awek keliling pinggang jugak masa tu.Belum tambah waktu kita dekat universiti lagi.Si Fir ni je bukan satu uni dengan kita."

" Aku ingat lagi masa dekat uni dulu.James nak mengorat lecturer ni.Bukan main kau ya.Geli geliman aku." cerita Tengku Haqiem pula.

" Kau nak tau Fir,si James ni siap bagi bunga lagi dekat lecturer tu tau.Memang dasar kaki playboy kau ni.Lepastu,scandal dengan budak course apa tu.Course TESL.Aku tak ingat nama dia.Nasib baiklah si lecturer tu tak layan.Sebab ada laki.Berani kau kacau laki dia."

" Aku ingat kau dah berubah dah James last masa kita Form 5 tu.Rupanya,perangai kau bertambah playboy ya.Ni kalau aku cerita dekat Su,apa jadi?" ugut Aiman Firdaus.Dia menggaru dahunya berpura-pura untuk berfikir.Meletus ketawanya.

" Bangang la kau ni.Aku tumbuk kau lumat-lumat kalau kau bagitahu Su.Aku dah nak kahwin.Jangan macam-macam,bro." James sudah melayangkan penumbuknya di hadapan Aiman Firdaus.Bertambah geli hati lelaki itu dibuatnya.

Tengku Haqiem hanya menggeleng melihat gelagat dua orang sahabatnya.

" Takut juga kau dengan Su tu.Ni kalau aku bagitahu dia,memang pinggan cawan semua melayang dekat kepala kau.Baru dia tahu perangai sebenar bakal syubenn dia."

" Hello.Aku dah tak macam dulu,eh.Aku sekarang dah jadi pecinta wanita yang satu.Cinta aku hanya untuk gadis bernama Suraya dunia dan akhirat aku.Amin." James seakan berdoa.Dia menadah tangannya tinggi.

" Blueekk.Berbulu ketiak aku dengar pengakuan cinta kau ni." jelir Aiman Firdaus.James yang melihat menyiku lengan rakannya kasar.

Ketukan pada pintu menghentikan gelak tawa mereka.Masing-masing memalingkan wajah pada situ.Terpacul wajah Mikayla yang sedang berdiri sambil memegang perutnya sedikit.

" Eh,Kayla.Dah bangun dah?" tanya Aiman Firdaus lalu segera berdiri untuk memapahnya.

" Sudah." jawabnya ringkas.

James turut membantunya.Tengku Haqiem hanya menjongketkan keningnya tanda tidak faham.

" Kau orang kenal ke perempuan ni?" bagaikan mahu meletup sahaja jantung Mikayla mendengar.

" Mestilah kenal.The one and only Tengku Haqiem punya precious wife." jawab James sambil ketawa.Tak habis-habis lagi dengan sisa ketawanya.

" Gila la kau orang ni.Dah,aku tak nak jumpa kau.Siapa nama kau tadi?Kayla,Mikayla eh.Apa-apa je lah.Pergi berambus." marahnya lagi.Entah perempuan mana yang berani masuk ke dalam biliknya,dia pun tidak tahu.

" Bagi saya 10 minutes sahaja.Lepastu,saya keluar." pinta gadis itu.Air mata yang bertakung di tubir matanya ditahan.Tidak mahu dia menunjukkan yang dirinya lemah.

" James,Fir kau orang keluar lah dulu.Pergi breakfast ke apa.Kesian kau orang,awal pagi dah lawat aku." Mereka berdua mengangguk lalu memberi ruang kepada pasangan suami isteri itu untuk bersama.

Mikayla duduk di atas kerusi yang disediakan dan mencapai tangan kekar suaminya.

" Apa ni pegang-pegang ? "marah lelaki itu kasar.Segera dia menarik semula tangannya apabila dicapai oleh orang yang dia tidak kenal.Suka hati sahaja orang ini pegang tanpa izin.

" Remember me? I'm Mikayla binti Mustapha,your wife." Mikayla cuba memperkenalkan diri.

" Sejak bila pula aku ni dah kahwin?Ada bukti?"

Fikiran gadis itu melayang pada hari pertama perkahwinan mereka.Ya,mereka berkahwin di negara Thailand.Mustahil untuk dia mempercayai.

" Abang macam mana?Makin sihat?"

" Buta ke?Dah nampak aku dah boleh duduk ni,kira dah sihat la kan?" perlinya lagi.

" One more thing,don't call me Abang."

" Sa...saya minta maaf dekat awak.Saya cuma nak bagitahu yang saya punca semua benda ni jadi.Tengku Haqiem,kalau awak ingat kisah silam awak,saya nak bagitahu yang saya cintakan awak sepenuh hati saya.Saya pergi dulu." pinta gadis itu lalu bangun dan bergerak menuju ke luar.

Tidak boleh dia berlama-lama di situ.
Tengku Haqiem memegang kepalanya kuat.Entah kenapa setiap kali gadis itu berjumpa dengannya,pasti dia akan begitu.Sakit kepala dan matanya berpinar mengingatkan kisah lama.

Mikayla menutup pintu itu semula.Dadanya terasa sesak sekali.Air mata yang ditahan akhirnya jatuh juga.Sebak hatinya bila memikirkan.Dia memegang dadanya yang sakit.Cuba menarik nafas sedalam-dalamnya.Mengumpulkan segala kekuatan.

Mikayla menapak perlahan menuju ke dalam biliknya.Kelihatan Mary Jonson yang baru tiba segera menegurnya.

" You pergi mana tadi?Penat I cari you."

" I pergi jumpa Haqiem tadi."

" Then,why you're crying?" risau wanita tua itu melihat keadaannya.Cengkung,tidak bermaya dan berat badannya makin berkurangan.

" Nothing,mummy.Don't worry."

" Mummy,i think Kayla dah buat keputusan."

" Keputusan apa?"

" I nak pergi Australia."

" Seriously?! Alhamdulillah.Nanti mummy call doctor personal yang pernah rawat arwah Marissa dulu.Kita terus set appoiment dengan dia." teruja wanita tua itu mendengar.Penantiannya akhirnya membuahkan hasil.

" Tapi,Kayla takut."

" Why,Kayla?Mummy kan ada." pujuknya.

" I...I takut lepas operation tu nanti,I tak sempat nak jumpa Haqiem."

" Please,jangan cakap macam tu lagi.Kita kena usaha dulu.Ye,operation ni you kena ambil risiko but you kuat kan?"

Mikayla memegang perutnya yang berdenyut.Kedengaran gadis itu terbatuk-batuk.Kini gadis itu tidaklah selincah dulu.Dia menjadi seorang yang murung,pucat lesi,lemah dan berat badannya juga turun mendadak.

" Before kita pergi,bagi I masa dalam 2 or 3 hari ni.I nak spend time dengan Haqiem kejap.Even I tahu dia benci I,but maybe dalam tempoh ni dia akan ingat I lagi.Betul tak,mummy?"

" Yes.Betul sayang.Don't worry.Baju semua nanti mummy uruskan."

" Thanks mummy.By the way,mana Nurul and Suraya?"

" Dia orang breakfast kejap dengan James dengan Fir."

Mikayla mengangguk lalu merebahkan dirinya di atas katil semula.

" Saya macam pernah tengok awak la tapi dekat mana ya?" tanya Aiman Firdaus sambil menggaru dagunya.Dia berfikir bila kali pertama dia berjumpa gadis di depannya itu.

" Awak bukan ke yang hari itu tanya saya arah nak pergi chalet tu kan?" kali ini Nurul pula yang teringat.

James dan Suraya hanya memandang mereka dengan kehairanan.

" Exactly.Awaklah orangnya.Tak sangka boleh jumpa juga dekat sini." balas Aiman Firdaus sambil tersengih.

" Betul la awak.Tu lah tak sangka kan." malu-malu Nurul menjawab.

" Ehem..Ehem." sengaja James berdehem kuat.

" Amboi kemain kau orang mengingatkan memori lepas eh?Kita orang ni apa,tunggul?" pedas kata-kata James dihamburkan.

Masing-masing ketawa geli hati.

" Aku kesian tengok adik aku tu.Dah tak bermaya sangat dah tu.Dengan suami dia pun tak ingat dia." kata Aiman Firdaus.

" Betul tu bro.Aku kesian sangat tengok Mikayla.Dari dulu lagi sekejap je dia orang rasa bahagia.Lepastu,diuji macam ni."

" Ini semua ujian untuk mereka dan untuk kita juga.Kita sama doakan dia." kata Suraya pula.Masing-masing mengangguk tanda setuju.

" Kau ada cara lain tak macam mana nak bagi si Haqiem tu ingat dekat bini dia lagi?" tanya James.

" Aku rasa maybe kita boleh tunjuk dekat dia gambar dia orang masa first kahwin or tempat yang dia orang pernah pergi." cadang Aiman Firdaus.

" Bangang la kau ni.Kau dah lupa ke apa aku bagitahu dulu?Kan dia orang kahwin dekat Thailand,secara paksaan pula.Mestilah gambar kahwin semua tak ada." kepala rakannya disiku.

" Kampung Mikayla.Yes air terjun.Kilang dia." cadang Nurul pula.Sejak tadi dia hanya berfikir.

" Betul juga tu.Kita bawa dia ke tempat yang baru dia pergi.Banyak memori manis dia orang dekat sini berbanding dekat KL tu." Aiman Firdaus mengiyakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience