Petang itu cuaca agak mendung.Peluh di dahi disapu menggunakan hujung baju.Mana taknya,bukan satu je kereta yang dia kena cuci ada 5 biji sekaligus dia kena cuci.Belum tambah lagi sebiji kereta lagi yang Tengku Haqiem bawa untuk ke tempat kerja.
Pak Lang Hisyam kan ada.Kenapala dia nak aku jugak yang cuci kereta ni semua.Tengok semua kereta ni,bersih je.Macam baru lepas cuci tapi Tengku Haqiem mati mati nak dia yang cuci.Sudahla teruk semalam dia kena bantai.Apalah nasib badan dapat suami macam ni,rungut Mikayla di dalam hati.
Tanpa dia sedari,ada seseorang yang memerhatinya daripada jauh.Lengkap berpakaian serba hitam dengan hoodie dan mask berwarna hitam.Semua hitam.Lelaki itu duduk di balik tiang lampu.Pelik juga bagaimana lelaki itu boleh lolos masuk ke kawasan villa itu sedangkan kawasan itu memang milik Tengku Haqiem seorang dan dikawal rapi oleh bodyguardnya.
Pistol dikeluarkan daripada poket.Lelaki itu dengan tangkas menarik picu pistol itu lalu menghalakannya kepada Mikayla.Dengan serta merta,peluru itu tepat mengenai sasarannya iaitu bahu Mikayla.Dushh!
Bunyi itu menyentakkan seisi villa itu.Bodyguard yang mengawasi villa itu serta merta mendapatkan Mikayla yang terkulai lemah di kawasan luar villa.Kak Senah yang baru sahaja selesai solat Asar bergegas ke luar rumah itu kerana ingin tahu apa yang berlaku.
"Ya Allah,Mikayla.Kenapa ni,nak?Cepat Danish kau pergi call ambulance sekarang!Jangan lupa call Tengku Haqiem lekas,"kata Kak Senah sambil memangku kepala Mikayla.Darah pekat mula membanjiri lantai.Mikayla tidak sedarkan diri.
"Doktor,macam mana dengan Cik Mikayla?,"tanya Danish selaku bodyguard kepada Tengku Haqiem.Di antara kebanyakan bodyguard majikannya,dialah orang yang paling Tengku Haqiem percaya.Segala urusan penting,dia akan serahkan kepada Danish untuk menjaganya .
"Boleh saya tahu awak ni keluarga dia ke?",tanya Dr Malik selaku doktor yang merawat Mikayla.
"Bukan.Saya bukan keluarga dia.Dia majikan saya.Suami dia dalam perjalanan ke sini," kata Danish kepada doktor tersebut.Terpancar riak risau di wajahnya itu.Risau apa apa jadi kepada majikannya yang satu itu.
"Okay,macam ni.Cik Mikayla sekarang dalam keadaan agak kritikal di mana darahnya hilang terlampau banyak.Jadi,kalau ada ahli keluarga yang boleh mendermakan darah kepadanya,kita akan segera melakukan.Saya risau keadaanya akan jadi lebih teruk.Sekarang ni kami memerlukan darah jenis A.Bekalan darah di hospital ini tidak cukup untuk Cik Mikayla," kata Dr Malik panjang lebar.
Danish menghelakan nafasnya panjang.Dia tahu bahawa dia tidak dapat mendermakan darahnya kepada Mikayla kerana dia sendiri ada penyakit berkaitan darah jadi dia sendiri tidak dapat berbuat demikian.
"Aku doktor.Aku boleh dermakan darah aku sebab aku pun darah A," kata seorang lelaki daripada belakang.Mereka berdua segera menoleh kepada arah suara itu.Terlihat Tengku Haqiem bersama lagi seorang kawan baiknya,James yang berdiri terpacak di belakang mereka.
"Okay,ikut saya.Kita buat pemeriksaan darah dahulu," kata Doktor Malik kepada Tengku Haqiem sambil tersenyum.Tengku Haqiem membuntuti belakang Doktor Malik masuk ke bilik.
"Okay,nice.Alhamdulillah darah awak sesuai dengan darah Cik Mikayla," kata jururawat yang mengendalikan Tengku Haqiem.
Tengku Haqiem hanya diam tanpa suara.Entah apa yang dia fikirkan pun tidak tahu.Tetapi,ada satu perasaan aneh di dalam hatinya.Risau,takut semua menjadi satu apabila bodyguard nya tadi memberitahu bahawa Mikayla ditembak.Fikirannya ligat memikirkan tentang keadaan Mikayla di tambah pula tentang siapa yang menembak Mikayla.Mungkin ada musuh di sebalik semua ini.Saja mahu membangunkan singa yang tidur.
Usai sahaja proses itu tadi,Tengku Haqiem keluar daripada bilik itu.Dia masih menunggu tentang keadaan Mikayla selepas ini.Rambutnya diraup kasar.Ikutkan hati mahu sahaja dia masuk ke bilik yang menempatkan Mikayla,namun dia tidak boleh berbuat demikian kerana doktor masih belum selesai melakukan proses pemindahan darah kepada pesakit.
Dia mengambil tempat di hadapan rakan baiknya,James.Mukanya jelas kelihatan yang dia mempunyai masalah.Pening memikiran namun masih tidak mempunyai jawapan.James yang perasan akan tindakan kawannya yang seorang itu segera menegur.
"Kau dah kenapa bro? Macam ada masalah je?" tanya James dengan soalan yang bodoh seperti itu.Kelakar ke tanya soalan macam tu sedangkan Mikayla sedang bertarung nyawa.
"Kau ni kenapa bodoh plus benak sangat?Aku tengah pening ni fikir macam mana betina tu boleh kena tembak?Aku rasa aku tak ada pun musuh bro.Kalau ada,memang aku ganyang mamat tu.Silap haribulan aku kerat badan dia hidup hidup," kata Tengku Haqiem kasar.Geram je dengan soalan kawan baiknya yang seorang itu.Soalan tak boleh pakai!
"Amboi bro! Risau nampak.Tak pernah lagi aku tengok kau serisau macam ni.Perempuan yang pernah kau main sebelum ni tak ada pun kisah.Kenapa si Mikayla tu pulak yang kau risaukan?," tanya James menduga.Dia sendiri hairan dengan kelakuan kawannya yang seorang itu.Bukannya dia tidak tahu kelakuan Tengku Haqiem.Asyik bertukar awek je.Awek pun keliling pinggang.Tambahan pula,dia sekarang bertunang dengan Tengku Natasha iaitu sepupu James.
"Bro,kau tolong aku untuk dapatkan siapa dalang or musuh yang cuba musnahkan hidup aku.Kau arahkan anak buah kau dan aku akan arahkan anak buah aku untuk siasat lagi satu perkara penting," kata Tengku Haqiem tegas.Kalau aku dapat siapa yang tembak Mikayla,siap aku kerjakan,bisik Tengku Haqiem di dalam hati.
"Tengku Haqiem,saya nak bagitahu tentang keadaan Mikayla.Setahu saya,encik ni suami dia betul?" tanya Doktor Malik minta kepastian.
"Ya aku suami dia.Tapi aku nak kau rahsiakan perkara ini.Jangan sampai orang lain tahu.Kalau aku dapat tahu kau yang bukak mulut,benda pertama yang aku akan buat is aku akan sagat mulut kau dekat jalan raya,kau faham?!," gertak Tengku Haqiem.
James yang mendengar jawapan daripada mulut Tengku Haqiem terlopong sehingga membuat bentuk 'O'.Aku tak salah dengar kan,tanya James di dalam hati.
Doktor Malik hanya meneguk liur.Air liur terasa kelat dan pedih.Risau pula dengan lelaki yang di hadapannya ini yang mengugutnya.Dia mengangguk kepalanya tanda faham dan memulakan bicaranya.
"Okay keadaan Puan Mikayla sekarang masih tidak stabil.Sebentar tadi proses pemindahan darah berjaya dilakukan.Sekarang,kita hanya menunggu keadaanya stabil dan saya jangkakan dia akan koma selama seminggu.Tetapi,itu semua kerja Allah.Dia lah yang tahu segala galanya.Kita hanya mampu berdoa sahaja," kata Doktor Malik sambil menepuk bahu Tengku Haqiem.
"Aku nak kau pastikan dia sembuh dan sedar dengan cepat.Kalau jadi apa apa dekat dia,kau orang pertama yang aku akan cari.Kau faham kan maksud aku.One more thing,kau belum kenal siapa aku.Kalau ada benda yang menghalang aku,nyawa mesti dijadikan galang gantinya," kata Tengku Haqiem perlahan sambil membisikkan ke telinga Doktor Malik.
Doktor Malik hanya mengangguk dan segera bergegas daripada situ.Dia sendiri takut dengan tingkah Tengku Haqiem.Silap haribulan,dia akan jadi mangsanya.
"Bro ! Tadi aku tak salah dengarkan? Kau dah kahwin.Sial ! Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau dah kahwin ? Habistu minah gedik tu kau nak campak mana?," tanya James melulu.Terkejut beruk dia bila mendengar kawan baiknya itu dah berkahwin.Tengku Haqiem bukan manusia macam itu.Dia bukannya jenis mudah jatuh cinta dan nak cepat kahwin.
Sebelum ini pun,wanita yang pernah main dengan dia pun hanya untuk mengisi kekosongan di dalam hati dan memperdayakan wanita termasuk Tengku Natasha.Walaupun dia tunang kepada Tengku Natasha,cintanya bukanlah kepada minah itu seorang.Cintanya sudah mati dek kejadian beberapa tahun lepas.Tetapi,kerana paksaan yang dibuat tunangnya,dia hanya akur tetapi dia tidak kisah kerana tunang pun masih boleh putus.
"Oii jantan ! Kau dengan Danish je tau yang aku dah kahwin.Ada benda yang perlu aku buat.Aku nak seksa dia sampai dia mampus," kata Tengku Haqiem sambil tersenyum.
"Kau dah gila ke bangang?!Apa salah budak tu dekat kau gila?!Sampaikan kau kena kahwin dengan dia?!Dia tu muda lagi kan bro?!Mentah lagi budak tu," tanya James bertubi tubi.Geram dengan sikap kawannya yang seorang itu.Ikut kepala dia je.
"Aku tak nak siapa siapa tahu eh bro yang aku dah kahwin.Kalau kau bocorkan rahsia ni,bukan setakat doktor tu je tau yang aku bunuh,silap haribulan aku kerat badan kau lepastu aku campak badan kau dekat gaung!," kata Tengku Haqiem sambil menjegilkan matanya ke arah James.
James hanya keras membatu dan terkebil kebil.Terkejut dengan situasi sekarang ditambah pula ugutan Tengku Haqiem.Dari kecil lagi dia kenal kawannya yang seorang itu,dia kata A jawapannya mesti A.Tak boleh jawab B atau C.
Tetapi,dia tahu di sudut hatinya Tengku Haqiem tidak akan bunuh kawan baiknya sendiri kerana mereka teman sehidup semati.Paling paling lama pun Tengku Haqiem akan patahkan leher dia !
thank koramg
Share this novel