BAB 41

Romance Completed 438970

Tengku Natasha berjalan ke arah lelaki yang dikenali sebagai David iaitu tauke dadah terbesar dan pemilik syarikat di negara itu lalu duduk di atas ribanya.Bibirnya mengukirkan senyuman penuh kejahatan.Rancangannya selama ini berjaya.Tengku Haqiem memandang gadis itu dengan wajah yang penuh kehairanan.

Sejak dari haritu,dia langsung tidak berjumpa dengan Tengku Natasha lagi.Walaupun gadis itu setiap hari menghubunginya namun Tengku Haqiem tidak menjawab.Jujur dari hatinya,lelaki itu tidak pernah mencintai sesiapa kecuali isterinya sendiri,Mikayla cinta pertama dan terakhirnya.

Ya,sebelum ini Tengku Haqiem seorang kaki perempuan.Berpuluh-puluh wanita dikeliling pinggang.Setiap hari,mesti lelaki itu membawa wanita tidur bersamanya hampir setiap malam.Lepas minum di kelab,dia akan mabuk lalu meniduri ramai wanita.Cuma semenjak dia berkahwin dengan Mikayla,perangainya itu ada sedikit berubah.Dia lebih suka mempermainkan hati wanita sebelum ini tetapi tidak sekarang.

" Kau Tasha ! " kata Tengku Haqiem sambil menundingkan jarinya tepat ke arah wanita itu.

" Apa kena mengena kau dengan David?" tanya lelaki itu lagi.Sungguh dia benar-benar tidak memahami situasi sekarang.

" Well well.Tengku Haqiem.Now,you dah tahu kan.I sedih la tengok you ni Haqiem.Hidup you ni memang sunyi kan.Patutla you suka sangat main dengan banyak perempuan termasuk I ." kata Tengku Natasha sambil matanya ralit memandang ke arah Mikayla yang tunduk menekur lantai.Gadis itu hanya diam membatu.Tiada sebarang tindak balas.Tengku Haqiem yang memandang isterinya seraya berkata,

" Sayang,jangan dengar cakap perempuan gila ni." jawab Tengku Haqiem lagi.Derapan tapak kaki dari belakang menghentikan katanya.Segera mereka menoleh.Kelihatan James dan Fir turut serta di situ.

" Wah..Anjing kesayangan kau pun ada la Qiem.Bravo ! " tepuk David lagi lalu berdiri menghadap mereka.

" Memandangkan semua ada dekat sini.Aku rasa nak main satu permainan.Tapi sebelum tu,apa kata kita ceritakan dari mula apa yang sebenarnya yang terjadi dekat bini dia," ajak David lagi lalu memandang ke arah Tengku Natasha.Wanita itu hanya tersenyum gedik.

" Kau nak tau tak siapa lelaki kau sebenarnya?Okay let me share.Tengku Haqiem bin Tengku Kamal seorang lelaki yang paling disegani dalam dunia ni.Bapak dia ada berpuluh-puluh syarikat dekat dalam dan luar negara.Tapi,sayang mak dia curang.Kau nak tau mak dia curang dengan siapa?Mak dia curang dengan bapak kau Mikayla!" kata David lagi dengan nada yang tinggi.

" Aku tahu dari kecik kau memang tak pernah berjumpa dengan bapak kau kan?Mak dia suruh bapak kau ceraikan mak kau.Tapi,bapak kau tak nak.Dia tak sanggup tinggalkan mak kau.Jadi,mak jantan ni rancang untuk bunuh bapak kau masa tu.Ya Mikayla.Dia yang bunuh bapak kau.Dia yang langgar bapak kau masa tu dengan kereta pinjam.Pastu,dia bla macam tu je dan jadikan kes langgar lari.

" Beberapa tahun lepas tu,kebetulan pula,kakak kau datang dalam hidup abang dia.Masa tu kakak kau,Marissa tak tahu siapa yang bunuh bapak kau masa tu.Jadi,kakak kau ni macam mak jantan tu la.Pelacur ! " kata David lalu tersenyum.Mikayla menggelengkan kepalanya laju.Tidak sanggup mendengar lagi.Air mata mula membasahi pipi.

" Shut up or i kill you ! " bentak Tengku Haqiem.

" Then,aku tahu abang dia mati sebab bunuh diri dalam bilik tidur dia.Dia tak dapat terima hakikat yang kekasih dia tinggalkan dia macam tu je.Dia dah bagi dekat perempuan tu macam-macam .Tapi kakak kau yang tak guna lari dengan suami dia ke luar negara.Sejak dari tu,laki kau cari kau sampai lubang cacing.Dia nak seksa hidup kau sampai kau mampus.Cinta dia dekat kau tak ikhlas pun.Dia saje nak permainkan kau," kata Tengku Natasha pula.

Mikayla memandang wajah Tengku Natasha dan David silih ganti.Cuba menelan semua ini.

" Macam mana kau tahu?Aku tak percaya ! " kata Mikayla.

" Lembab jugak kau ni kan perempuan?Kalau kau nak tahu,dari mula kau sampai sini,19 March jam 3:30 petang kau landing ke sini dari Berlin.Masa dekat airport lagi ,aku dah intip kau.Sebab aku tahu masa tu Tengku Haqiem akan cari kau sebab masatu aku tunang dia.Jadi,semua benda aku tahu.Aku upah orang untuk siasat semua ni.Sebab apa?Sebab aku benci dia.Aku dendam dengan dia macam mana dia dendam dengan kakak kau atas kematian Tengku Haiqal."

" Aku benci jantan keparat ni sebab dia tolak cinta adik aku masatu.Adik aku tu separuh mati cintakan dia tapi dia tolak.Adik aku sekarang hilang.Entah ke mana.Dia murung.Jadi,aku ambil keputusan untuk jadi tunang dia.Aku yang paksa dia tunang dengan aku walaupun aku tahu dia takkan cinta kan aku dan perempuan lain."

David bangun lalu mencangkung di hadapan Mikayla.Gadis itu menangis lagi.Apa semua ni?
David pula mula berbicara.

" Kau tahu Mikayla kenapa aku benci suami kau.Sebab bapak dia yang masukkan bapak aku dalam penjara.Bapak dia yang bocorkan rahsia dekat polis masa tu.Bapak dia tu memang tak guna.Aku benci bapak dia dan keturunan dia.Aku janji dengan diri aku yang aku seksa keturunan dia dan orang yang dia sayang termasuk kau Mikayla.Dia sayang dekat kau dan cintakan kau.Untuk puaskan hati aku,aku culik kau dan aku akan seksa kau depan mata dia.Baru dia rasa apa yang aku rasa selama ini.Jadi,kami berdua rancang untuk bekerjasama musnahkan keturunan Tengku Haqiem bin Tengku Kamal termasuk dengan orang yang dia sayang.Kau dengan dua kawan baik dia dekat belakang tu."

" Ada satu lagi benda yang kau tak tahu Mikayla tentang mak kau,nenek kau dan adik sedara kau." kata Tengku Natasha pula seraya bangun daripada kerusi.Dia mengelilingi Tengku Haqiem.Dipandangnya atas bawah.

" Kau mesti rindu dekat diorang kan sejak hari pertama kau kena culik?Betul tak?Kau telefon mak kau tapi dia tak angkat.Kau tau diorang pergi mana?" kata Tengku Natasha lagi.

" Baik kau diam betina sebelum aku sumbat mulut kau dengan air longkang ! Kau jangan nak fitnah aku depan bini aku.Masak aku kerjakan kau,sial ! " jawab Tengku Haqiem marah.Dia memandang isterinya sayu.Matanya mula berkaca.

" Keluarga kau semua dah mati Mikayla ! Mati ! Ni..Jantan ni yang bunuh diorang semua sebulan yang lepas.Jantan ni yang upah orang untuk bakar rumah keluarga kau dekat kampung.Ya ! Kerja laki kau Mikayla ! Kau mesti tak sangka kan ? Now,kau dah tahu semua ni." jerit Tengku Natasha nyaring.

Terbuntang mata Mikayla.Aku tak salah dengar kan ? Ya Allah ! Apa semua ni..Kenapa aku yang jadi mangsa dendam mereka semua walaupun ini bukan salah aku.Perit sangat.Perit untuk aku telan.Mama ,Nek,Usu panggil Mikayla di dalam hati.Air matanya mula membasahi pipi.

Tengku Haqiem yang terkesima dek kata yang keluar daripada mulut Tengku Natasha segera menghampiri isterinya.

" Don't you dare to touch me Tengku Haqiem bin Tengku Kamal ! Aku meluat tengok muka kau dekat sini ! Berambus kau dari sini. Ceraikan aku ! " terduduk Tengku Haqiem bila mendengar perkataan itu.Lututnya lemah dan terasa longgar.

Ya Allah,kesian isteri aku !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience