BAB 91

Romance Completed 438390

Bilik itu hanya bising dengan bunyi mesin sahaja.Bermacam-macam wayar sudah menembusi tubuh badannya selepas pembedahan itu tadi berjalan.

Keadaan kesihatannya tidak dapat dikawal lagi.Ianya berlaku dengan pantas sehingga pihak hospital membuat keputusan untuk membuang sel kansernya secepat mungkin.

Memang benar kesihatannya semakin merosot baru-baru ini.Wajahnya pucat lesi dan berat badannya semakin berkurangan.Namun,gadis itu langsung tidak memaklumkannya kepada mereka.

Dia hanya mengambil ubat-ubatan sahaja untuk mengurangkan kesakitannya.Selebihnya,dia hanya mampu berdoa agar Allah SWT dapat memanjangkan umurnya.

Tengku Haqiem hanya dapat mengintai gadis itu dari luar bilik.Dia tidak dibenarkan melawat isterinya sehingga tempoh yang sesuai.Doktor sendiri tidak dapat mengesahkan sama ada dia akan sedar atau tidak.

Semua bergantung kepada semangatnya sendiri.Tangan lelaki itu menyentuh cermin pintu bilik isterinya.Dia mahu memegang erat tangannya supaya dapat menyalurkan segala kekuatan yang ada.

Dia mahu memeluk gadis itu semahunya.Air mata lelakinya menitis juga untuk insan yang paling dia sayangi.Hatinya benar sakit melihat gadis itu terlantar sakit.Fikirannya terganggu apabila ada satu sentuhan halus menyapanya.

" How about her? Dia baik-baik je kan?" Cemas sahaja wanita tua itu.Mata Tengku Haqiem menjeling ke arah insan di belakang Mary Jonson.

Micheale.

Tengku Haqiem menggeleng lalu terduduk di situ.Fikirannya benar-benar buntu waktu itu.Apa yang harus dia lakukan?

" Allahuakbar." laung Mary Jonson sambil memegang kepalanya.

" You buat apa dengan dia sampai dia boleh sakit macam tu?" Micheale mengenggam penumbuknya ketika itu.Dia benar-benar geram.
Tengku Haqiem kini menatap marah wajah lelaki itu.

" Kau buat apa dekat sini? Pergi balik." arahnya.

" I ask you!" bentak Micheale.Soalannya tidak dijawab.

" She's my wife.Kau tak ada hak nak tanya." balas Tengku Haqiem kasar.Suka-suka sahaja lelaki di hadapan ini menengkingnya sebegitu.

" Kau tak layak jadi suami kepada dia.Kau tak mampu nak jaga dia dengan baik." sinis sahaja Micheale membidas kata Tengku Haqiem.

" Aku malas nak gaduh dengan kau.Mummy,suruh dia balik." Tengku Haqiem melontarkan pandangannya ke arah lain.Malas dia mahu bertekak di situ.

" Mic,please go.Jangan keruhkan keadaan." Mary Jonson hanya mengikuti sahaja.

" Fine!" Micheale meninggalkan mereka berdua dengan perasaan marah dan geram.

" Mummy,Qiem tak kuat.Sumpah!"

" Qiem,jangan cakap macam tu.Kita doa yang baik-baik je untuk Mikayla.

" Macam mana kalau dia tak sedar? Macam mana,mummy?"

" Bawa mengucap.Kita serahkan semuanya kepada Allah SWT.Dia lebih tahu." Mary Jonson cuba menenengkan menantunya itu.

" Semua ni salah Qiem.Kalau Qiem paksa Kayla buat operation tu awal,semua benda ni tak akan jadi."

" Kenapa cakap macam tu? Mummy tak suka tau.Dah,kita tunggu sahaja keadaan Mikayla nanti." Walaupun hakikatnya wanita tua itu tidaklah kuat,tetapi sebagai orang lebih tua,dia patut cuba berfikiran positif.

" Ya Allah,selamatkanlah isteriku." Doanya di dalam hati.

3 bulan kemudian ~

" Sayang,tengok abang bawa apa." Tengku Haqiem meletakkan sejambak bunga ros kegemaran isterinya di atas meja.Dia mengusap dahi Mikayla lembut lalu menciumnya lama.

Dia menarik kerusi lalu duduk bersebelahan dengan katilnya.Tengku Haqiem mengenggam erat tangan mulus itu yang langsung tidak berkutik walau seinci.

Ditenung isterinya lama-lama.

" Sayang bila nak bangun?Abang rindu tau dengan sayang.Bila kita nak jalan-jalan lagi?" Lelaki itu menangis sendirian.

" Sayang nak tahu tak? James dengan Suraya dah berkahwin dah tau.Cuma majlis lepas itu dia orang tak nak buat lagi sebab nak tunggu kita balik Malaysia." ceritanya lagi.Dia tahu gadis itu bisa mendengarnya.

" Fir? Fir pula dalam perancangan nak bertunang dengan kawan baik awak,Nurul.Alhamdulillah,masing-masing dah jumpa cinta hati mereka yang sebenar."

" Sayang pula.Abang bosan tau tak ada sayang.Abang rindu nak tengok sayang gelak,ceria,nangis macam dulu."

" Bila sayang dah sedar nanti,kita makan sedap-sedap nak tak? Cakap je nak makan apa."

" Tapi,sayang kena bangunla.Sayang tak kesian ke dekat abang seorang? Nanti,kalau ada orang nak ngorat abang,macam mana? Sayang tak jealous?"

Tengku Haqiem masih tekun bercerita seperti gadis itu boleh melihatnya.Dia asyik bercerita sehingga tidak perasan Mary Jonson berada di belakangnya.

Abang....abang....

" Kenapa tempat ni gelap sangat? Kayla sorang je dekat sini.Mana yang lain? Abang tolong Kayla keluar dari sini.Kayla takut." Gadis itu menangis sendirian namun tiada sesiapa yang mendengarnya.

Memang benar di sekelilingnya gelap gelita tiada cahaya.Mikayla semakin takut dengan keadaan di situ.Tubuhnya menggigil.Tiba-tiba dia ternampak akan cahaya yang terpancar betul-betul di depannya.

Dia cuba mengamati apakah itu dan alangkah gembiranya dia bahawa cahaya itu adalah milik mama,papa dan Marissa.Mereka bertiga tersenyum memandangnya.

" Rindu kami tak?" tanya Marissa.

" Rindu sangat dengan mama,papa,along.Kau orang pergi mana? Kenapa tak ajak Kayla? Sampai hati." Gadis itu memuncungkan bibirnya.

" Jangan risau.Nanti Kayla akan ikut kami juga." kata mamanya pula.Mikayla membeliakkan biji matanya.

" Betul ke?" Gadis itu seakan tidak percaya.

Masing-masing menganggukan kepala lalu menghulurkan tangan mereka ke arah Mikayla.Gadis itu menyambutnya perlahan-lahan dan....

Tet.............

Share this novel

IvyErena
2021-11-30 15:34:49 

huhu 2 hari nk habiskn 91 bab sangat sedih,perit semua ada.smbung please

Rohani Hussin
2021-11-30 12:48:28 

Update pleasee

norsila
2021-11-29 22:26:09 

alamakkk eeemmm


NovelPlus Premium

The best ads free experience